Nama saya Khadija (bukan nama sebenar). Saya ingin berkongsi cerita hidup saya. Umur saya 48 tahun dan suami 3 tahun lebih tua, usia perkahwinan 21 tahun.
Berat rasanya nak meluah sebab saya tahu rata2 akan kata saya isteri yang terlalu bodoh. Mungkin itu telah menjadi stigma bagi isteri yang berterusan berkorban untuk suami.
Saya bercinta hanya sekejap dengan suami. Masa itu saya sedar, rasa kurang serasi dengan suami. Tapi mungkin terlalu sunyi umur pun dah meningkat. Semua orang asyik tanya bila nak kahwin. Akhirnya saya terima lamaran suami.
Seawal perkahwinan saya dah mula rasa kesal sebab mula nampak suami lebih pentingkan diri sendiri, suka menyakitkan hati menyebabkan kami kerap bergaduh. Biasalah kita akan cuba bertahan apa saja.
Baru 4 tahun kahwin dah ada 2 orang anak. Saya tahu ada yang mengutuk tapi rezeki anak ni bukan kerja kita. Saya dah cuba control dengan pil tapi side effect sangat teruk.
Masa anak kedua, suami dah mula curang. Bermain cinta dengan rakan pejabat. Mungkin sebab kami kerap bergaduh. Bila suami curang saya akui kesilapan saya. Dan cuba perbaiki. Kami baik semula.
Beberapa tahun kemudian masa anak dah 3, suami curang balik, kali ni dengan bekas isteri sahabat dia. Sedihnya saya hanya Allah saja yang tau. Masa ni saya terus buat laporan di pejabat agama. Kami dipanggil sesi kaunseling dan berbaik semula.
Untuk pengetahuan semua saya bekerja dan gaji lebih dari suami tapi untuk tanggung rumahtangga dan anak2 seorang diri masih tidak mencukupi.
Saya risau kalau bercerai confirm suami tidak akan mampu bagi nafkah anak2 yang mencukupi sebab gaji dia kecil.
Beberapa tahun berlalu, ketika saya mengandung anak ke 4, dalam keadaan saya yang lemah, suami sibuk dengan minat pada badminton sehingga mengabaikan saya dan anak2 (pelajaran mereka pada waktu malam persekolahan, tiada siapa yang tengok).
Suami mempunyai sikap suka mengkondem, dengan membebel tapi tidak membantu anak2. Menyebabkan anak2 tidak suka dengan ayah mereka.
Tambah memburukkan bila suami bermain cinta dengan wanita yang tidak dikenali melalui online. Mereka bermesej luc4h. Suami seorang yang rajin solat tapi dia juga seorang yang cepat bosan.
Bila saya dapat tau kegiatan tersebut, dia berhenti seketika. Tapi kemudian sambung semula. Dari seorang wanita bertukar ke wanita lain.
Saya pernah nekad untuk berpisah. Tidak tahan dengan sikap dia, malah anak perempuan pun suruh kami berpisah (dia pernah terbaca mesej luc4h ayahnya).
Tapi bila saya buat solat istiqarah, hati saya yang marah jadi tenang setenang2 nya. Marah saya hilang terus dan saya terus lupa.
Itu adalah petunjuk dari Allah untuk saya terus bersabar dengan sikap suami.
Akhirnya saya mendapat satu kesimpulan bahawa, apa yang suami buat, dia tanggung dosa sendiri. Biarkan dia. Sebab penceraian tidak semestinya jalan terbaik. Mungkin akan menambahkan beban.
Kerana selain keburukan dia, banyak juga kebaikan dia. Setiap pagi dia yang akan uruskan anak2 ke sekolah, mencuci, menyidai dan mengangkat pakaian. Sekiranya kami berpisah saya yang terpaksa buat semua tu.
Malah dari segi nafkah, setiap kali dapat gaji dia mesti bagi saya RM1k, walaupun tidak mencukupi tapi alhamdulillah byk mengurangkan beban saya. Sebab saya yang uruskan semua bayaran termasuk perbelanjaan anak2.
Pada satu ketika saya mula menyedari saya tidak pernah bersyukur atas nikmat suami. Sejak itu saya bertaubat dan mula mensyukuri nikmat suami. Tidak lama lepas tu, semakin banyak benda yang saya bersyukur.
Akhirnya, tak tahu macamana nak cakap tapi semakin rapat hubungan dengan suami. Kami semakin intim dan mula spend honeymoon walhal sama2 dah tua.
Tapi untuk pengetahuan semua saya masih menjadi breadwinner. Allah murahkan rezeki saya, tapi rezeki suami masih kadang2 sesak.
Tapi saya pula sentiasa mencukupi malah semakin banyak simpanan saya. Setiap kali gaji, semua duit yang saya gunakan untuk rumahtangga, saya niatkan infaq kerana Allah dan saya ikhlaskan dunia dan akhirat.
Walaupun saya pernah jumpa suami ada akaun fb lain menggunakan nama samaran (yang sentiasa dia logout).
Saya pernah dapat masuk dan tengok dia chat dengan beberapa perempuan, tak habis2 pasal s3x. Saya pernah cuba create FB lain dan hantar friend request dan chat dengan dia…
Memang sah suami saya ni suka buang masa chat tentang s3x dengan perempuan lain. Walaupun rasa marah, saya tau setiap perbuatan dosa, dia tanggung seorang.
Sebelum saya jadi seperti dia atau tertangkap, akhirnya saya buang FB tu dan spend masa dengan benda2 yang berfaedah. Banyak dengar ceramah, solat sunat, baca al quran, baca story orang lain pulak di IIUM Confession… hehe..
Sekarang hati saya sangat tenang. Saya tidak pernah fikirkan suami curang ke apa.. Masa yang ada, saya lakukan aktiviti untuk mendekatkan diri dengan Allah.
Bagi saya Allah sangat sayangkan kaum isteri, doa kita sangat makbul di sisi Allah. Tapi Allah berikan saya dugaan seorang suami supaya saya sentiasa ingat pada Dia.
Sekian cerita saya. I am open for any comment. Adakah saya bodoh sangat sebab terus kekal bersama suami yang tidak setia?
– Khadija (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit