Suami Yang Unik

Usia perkahwinan aku pada tahun ini memasuki usia 5 tahun. Aku isteri yang tidak berkerja suami berkerja di negara jiran. Gaji nya tidak perlu aku katakan kerana bukan itu masalah nya.

Sepanjang perkahwinan aku tidak pasti ini berpunca daripada aku ataupun suami. Daripada awal perkahwinan kami sering gaduh..

Tapi sejak 3 4 bulan kebelangkan ini pergaduhan itu menjadi sering, adakala setiap minggu mesti ada pergaduhan yang berlaku.. Tapi yang kami gaduhkan adalah lah perkara biasa sahaja tentang anak yang degil tentang aku yang penat menjaga anak.

Aku mengamuk kepada anak yang tidak mendengar kata dan macam-macam lagi tapi semuanya pada aku adalah perkara yang kecil.

Anak aku berusia 4 tahun pada tahun ini perkara yang kecik selalu kami gaduhkan tapi sekejapa sahaja pergaduhan itu tidak sampai sehari kami sudah berbaik. Bergaduh yang tahap setiap kali bergaduh aku akan melontarkan perkataan ‘baik bercerai sahaja’

Untuk pengetahuan semua pergaduhan itu tidak pernah diselesaikan oleh kami dan berlalu begitu sahaja tapi penyelesaian.

Sejak kebelangkan ini setiap kali bergaduh suami kerap keluar rumah nanti dia akan balik semula tidak lama dia keluar mungkin sekadar menghilangkan kemarahan di luar sebelum balik ke rumah aku tidak pasti.

Suami aku sejenis yang sekiranya penat bekerja akan pulang kerumah dengan muka yang stress dia tidak menunjukkan reaksi fizikal yang stress tapi daripada muka nya aku tahu suami aku stress..

Namun suami aku sedia maklum bahawa aku tidak suka dia begitu ketika pulang daripada kerja tapi suami masih membuat muka begitu.

Hal ini jugak sering buat kami bergaduh hampir setiap hari. Aku tidak suka kerana setiap hari aku menunggu dan menyambutnya pulang dengan perasaan yang tidak sabar.

Aku setiap hari akan sediakan dia bekal ke kerja. Selalu masakan makanan yang dia suka. Suami aku bukan seperti suami yang kalian semua miliki, suami aku adalah seorang lelaki biasa.

Dia tidak pandai berbual seorang yang tidak banyak bercakap. Aku jugak tak pasti adakah ini punca kami selalu bergaduh. Sepanjang usia perkahwinan kami. Kami tidak pernah memanggil panggilan seperti sayang, abang, biy, ataupun yang.

Panggilan yang selalu kami gunakan adalah awak saya. Suami aku jugak tidak pernah memujuk aku. Adakala aku akan menangis sendiri tanpa pengetahuan suami aku.

Kini aku rasa sabar aku pada suami semakin berkurang aku tidak tahu apa puncanya. Dulu sebelum kami berkahwin aku pernah bergaduh dengan mak mertua aku. Selama setahun aku dan suami tidak pulang ke rumah mertua.

Seperti biasa sepanjang tempoh itu suami aku tidak pernah berkata apa-apa, tapi aku tidak tahu apa isi hatinya. Selama ini jugak aku tidak pernah tahu apa isi hatinya kerana sepanjang berkhawinan tiada perbincangan pun berlaku.

Aku jugak tidak tahu sampai bila usia perkhawinan ini akan bertahan.

Setiap kali kami marah kami akan abaikan perasaan ini dan perasaan marah tu akan hilang begitu sahaja atau mungkin perasaan itu sudah menjadi dendam aku jugak tidak tahu dan tidak pasti mungkin ini semua daripada pandangan perspetif aku sahaja.

Aku tidak tahu pandangan suami aku bagaimana untuk hubungan perkahwinan ini.

Seperti aku katakan aku tidak pasti dia atau aku yang bersalah sebenarnya. Mungkin aku yang bersalah selama ini. Ataupun sebenarnya betul kata orang isteri diuji ketika suami tiada apa-apa. Suami diuji ketika punya segalanya.

Untuk pengetahuan semua suami aku punya segala nya ada motor 3 biji kereta 2 biji rumah. Semua ini dia dapat ketika aku bersamanya bukan sebelum dia berkahwin.

Sebelum dia berkahwin dia cuma punya 1 biji kereta sahaja. Pandangan kalian adakah aku dan suami perlukan kaunseling? Aku juga tidak pasti.

Semasa aku menulis luahan ini aku sedang bergaduh lagi.

Sampai sini sahaja lah, nanti kalau perkahwinan ini tidak bertahan aku akan beritahu kalian ya.

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. have a pillow talk plzzzzz…point out likes and dislikes ….tulis n switch so that msg2x blh baca n memorize.

  2. What you can do:
    Slow talk, mungkin sambil slow talk tu try la goda suami tu sambil usap2 dada dia, MINTAK MAAF, suruh dia jujur apa yang dia pendam selamani and u pun buat benda sama. Tapi both ways dalam keaadaan nada yg menenangkan. List out apa yg u both suka & tak suka. And sambil tu selit2 panggil panggilan mesra. Kalau segan mungkin boleh start mcm ni “saya panggil awk b/abang/ayang boleh tak mulai sekarang” mesti suami u berbunga2 hati. Kan dah halal, rugi la dah halal tak buat mcm ni sis. Ramai perempuan luar sana menunggu nak panggil panggilan mcm tu kat suami org lain tau. Beware. 1 lagi, sama2 promise untuk fix the problem. Tunggu la anak dah tidur/line dah clear baru buat slow talk ni.

    Good luck sis.

  3. Aku baca komen banyak yang tegur penulis ni. Tapai aku rasa kasihan sbb penulis ni sudah ambil masa dia untuk tulis masalah dia panjang2 dan hantar pada admin. Semestinya perkara ni bukan hal kecik bagi penulis. Aku nak nasihat tp aku pun tak berapa baik. Aku rasa yg terbaik, jika tak boleh ubah pasangan, kita ubahlah diri kita. Mungkin kita yg oerlu adapt dgn pasangan kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *