Suamiku Anak Emak

Assalamualaikum semua. Saya harap kisah saya dapat menjadikan pengajaran bagi lelaki dan perempuan yang ingin berkahwin.

Saya telah berkahwin selama 3 tahun dan baru di kurniakan cahaya mata. Setelah beberapa tahun menunggu kehadiran cahaya mata, akhirnya Allah kabulkan doakan kami untuk memiliki anak sendiri.

Saya dan suami hidup bahagia 2 tahun kebelakangan ini, akan tetapi sejak akhir akhir ni masalah rumah tangga makin menghimpit kehidupan kami.

Suami saya seorang anak yang baik dan taat kepada ibu bapanya. Akan tetapi kebelakangan ini semua perkara dilakukan diatas rujukan dan panduan mengikut kata kata ibu bapanya.

Dari hari ke hari saya merasakan suami saya dan perkahwinan kami di kawal oleh keluarga mentua. Acap kalu pergaduhan atau pertengakaran kami suami isteri akan sampai kepada pengetahuan mentua.

Keadaan bertambah buruk apabila ada orang ketiga iaitu adik beradik yang suka masuk campur didalam hal rumah tangga kami.

Bila ada orang ketiga dan keempat saya merasakan hubungan kami suami isteri semakin jauh. Suami saya bukan lagi suami yang saya nikahi sebelum ini.

Selain itu, suami saya seorang yang terlampau attach dengan HP atau boleh dikatakan 24 jam HP di tangan.

Masa banyak terbuang dia PUBG, Youtube dan sebagainya, walhal masa itu sepatutnya di habiskan untuk anak kami yang masih kecil dan perlukan perhatian dari seorang ayah.

Saya pernah menyuarakan rasa tidak puas hati kepada mertua saya akan tetapi semua salah itu diletakkan dibahu saya sehingga dari hari ke hari saya semakin tertekan.

Campur tangan mertua tidak berkurangan dan suami pula seakan berubah.

Pada suatu hari pergaduhan besar telah berlaku dan saya tidak mampu lagi menahan tekanan hidup bersama suami dan setiap hari saya terfikirkan segala tomahan yang mertua lemparkan kepada saya.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan hubungan kami suami isteri semakin renggang dan saya rasakan semakin tawar hati untuk hidup bersama suami.

Keadaan tiada perubahan dan sikap suami juga dari hari ke hari sama sahaja.

Kadang kadang saya terfikir adakah saya cuma orang gaji dirumah, komunikasi juga jarang dan suami saya telah setahun tidak memberi nafkah batin.

Saya pernah suarakan masalah tersebut pada mertua saya mengenai masalah saya dan suami akan tetapi, seperti biasa isteri yang akan bersalah juga.

Suami juga selalu mengadu kepada mertua segala masalah tanpa segan silu dan mengaibkan saya pada adik beradiknya.

Bila saya bertanyakan perkara tersebut dia cuma mengatakan mahu mendapatkan nasihat dari kedua orang tuanya.

Saya pernah berpesan kepada suami untuk tidak bercerita atau mengadu segala masalah perkahwinan kami kerana ini adalah asam garam kehidupan orang berkahwin akan tetapi suami tidak pernah menghiraukan perasaan saya sebagai isteri.

Suami juga selalu mengatakan saya menfitnah dan suka menipu tiap kali bertengkar. Keadaan ini membuatkan suami lebih mempercayai ahli keluarganya sendiri dari sang isteri.

Saya makin tersepit dan tekanan yang datang tidak mampu lagi saya hadapi. Saya sayangkan perkahwinan ini dan anak saya. Saya berharap suami saya berubah akan tetapi tidak ada satu perubahan pun yang positif.

Saya telah memfailkan permohonan ke jabatan agama untuk mendapatkan nasihat dan panduan untuk tindakan seterusnya mengenai perkahwinan kami.

Dalam masa itu, saya merasakan saya mampu untuk hidup tanpa suami di mana anak saya menjadi cahaya kekuatan saya untuk terus hidup.

Pada lelaki yang bakal berkahwin saya ingin sampaikan, isteri adalah cerminan suami dan makhluk yang lemah.

Andai kata suami sendiri tidak pernah mempercayai isterinya atau mempertahankan isterinya dari dicaci atau dimaki oleh ahli keluarga sendiri, pulangkan lah isteri tersebut kepada ahli keluarga kembali.

Ini kerana mereka juga mempunya ahli keluarga yang tidak pernah melakukan sedemikian kepadanya. Renungkan.

– Zulaikha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *