Su4miku An4kku

Hi, aku ibu kepada empat orang anak. Ingin bercerita mengenai lelaki. Tapi aku tak salahkan dia, aku salahkan ibu bapanya.

Lelaki ini suami aku, yang serba serbi tak tahu. Bukan satu dua hal, tapi boleh dikatakan segala-galanya hingga kadangkala aku rasa dia mungkin ada masalah mental (terlalu tidak pandai-aku tak sampai hati nak tulis).

Lepas berkahwin, dia dihantar latihan selama setahun. Jadi aku tak sempat mengenal dia selepas berkahwin, terus masuk latihan dan ditempatkan di negeri lain.

Aku sempat mengandung sebelum dia masuk latihan, jadinya mengandung & bersalin seorang diri tanpa suami. Sehingga anak aku berumur 3 tahun, aku berpindah ikut suami. Di sini segalanya bermula.

Aku baru sedar, dia tidak tahu apa-apa. Dalam pekerjaan, dia hanya menurut apa yang disuruh rakan. Kalau kawan tak datang, dia gantikan.

Waktu sahur kawan tak bagi balik, dia tak balik. Kawan ajak main game, suruh dia beli PS4, dia beli bagi kawan main. Tapi aku jenis berfikir, aku rasa dia yang menipu, bagi alasan kawan padahal sendiri yang nak.

Sehinggalah aku sendiri baca mesej group kerja dia, ya betul, dia diarahkan itu ni, senang cakap macam dibuli.

Jadi aku mula pertahankan dia. Aku jawab mesej-mesej mereka. Penyudah dia diketawakan, jadi bahan. Jadi aku berhenti ambil tahu hal mereka, aku fokus pada anak dan aku mula berniaga kecil-kecilan untuk sibukkan diri.

Bila barang rumah rosak, tak dibetulkan. Lampu tandas rosak, tiga bulan tak dibetulkan. Aku pegang lampu suluh setiap hari untuk anak mandi ke sekolah.

Bila jiran panggil wire man, dia pun tumpang sekali minta repair lampu di rumah. Agaknya kalau jiran tak panggil, bertahun lah kami bergelap.

Bab kesihatan anak, aku rasa zaman sekarang normal kita akan google. Tapi, handphone dia seolah-olah tak ada applikasi google. Aku buntu, tiada teman berbincang nak bertanyakan pendapat.

Anak demam panas, cirit, muntah, selagi aku tak cakap, jom siap bawa ke hospital, dia tak akan buat apa-apa. Tak akan bunyi dari mulut dia klinik atau hospital.

Ubat tak pernah ambil tahu, kalau aku bawa ke klinik, aku pesan ni ubat demam, ni ubat muntah, ni antibiotik, tapi sampai waktu bagi ubat, tetap tak akan bagi. Aku mesti call setiap 6 jam untuk pesan. Esok, lusa, hingga seminggu mesti call setiap 6 jam setiap hari.

Hal sekolah anak, dia tidak pernah bertanya atau plan. Dari tadika aku survey sorang-sorang hinggalah daftar sekolah aku sahaja uruskan.

Bila aku beritahu atau bertanya, dia angguk sahaja. Okay, tu sahaja jawapan. Jadinya aku perlu fikir segalanya. Baju sekolah, yuran, bas/van, pengasuh dan lain-lain.

Lain-lain, pakaian anak-anak (pakaian aku malas nak cerita), koyak teruk pun dia tetap pakaikan. Mata dia tak nampak atau macam mana?

Baju adik dia pakaikan pada abang, kepala tak lepas pun dia masukkan jugak. Sungguh aku tak faham.

Bab roadtax kereta motor, kalau aku tak cakap dia tak akan renew. Start tahun lepas, aku dah penat nak ingatkan. Aku biar. Aku tawakal.

Dah lebih setahun motor kereta tak renew roadtax.

Kalau kereta rosak, selagi aku tak cakap bawa ke bengkel, dia takkan bawa. Bukan masalah duit ye, cuma otak dia macam tak berfungsi yang bila kereta rosak, kena bawa ke bengkel.

Sama juga bila lampu rosak, kena panggil orang baiki. Ini serius ya, memang dia macam ni.

Sama juga bila hujan, dia tetap hantar anak dengan motor. Aku kena cakap hantar dengan kereta, baru dia ambil kunci kereta.

Aku kena cakap pakaikan jaket, baru dia ambil. Kalau aku tak letak stokin anak di kasut, dia pakaikan kasut anak tanpa stokin. Itukan rutin yang dah bertahun-tahun, tapi aku tetap kena cakap setiap hari.

Mungkin ada yang cakap- biasalah lelaki. Tapi aku rasa tak normal. Tiada langsung masalah duit, tapi segalanya dia tak boleh fikir.

Aku cuma cakap hal rutin, belum lagi hal besar nak beli rumah atau future planning, yang ini memang langsung dia tak fikir.

Tak solat, tak tahu mengaji, tak tahu aurat wanita hingga kaki- kena berstokin- ya dia tak tahu.

Tak tahu hari raya ada solat sunat. Tak tahu khutbah jumaat kena dengar. Tak pernah ajar disiplin anak. Tak pernah ajar adab anak waima ajar perkataan terima kasih bila orang memberi.

Sekolah anak 100% aku urus.

Adab anak 100% aku ajar.

Agama anak 100% aku cari guru agama, aku ajar solat, mengaji, yuran pun dia tak pernah tanya.

Makan anak 100% aku cari, beli, sediakan.

Pakaian 100% aku fikir, beli.

Barang dalam rumah kalau rosak aku repair, panjat, drill, panggil tukang paip semua aku buat.

Kereta rosak, servis, aku bawa ke bengkel.

Sekarang aku dah tak suruh apa-apa. Semua aku buat, sebab aku penat cakap ulang-ulang. Dah 10 tahun perkahwinan. Dah 10 tahun aku ulang. Aku masih sabar. Banyak lagi kalau nak cerita.

Terfikir untuk berpisah. Sebab hal ni memenatkan. Orang mungkin rasa remeh, tapi bila ulang 10 tahun, bukan lagi remeh.

Segalanya hal dia aku perlu urus lebih penat dari jaga 4 orang anak. Aku seolah-olah ada 5 orang anak nak diurus.

Oh ya, isi borang di bank pun dia tak pandai, perlukan aku. Bercinta 6 tahun belum tentu kau buat semua benda sama-sama sampailah berkahwin baru alami semuanya sama-sama.

Baru tahu dia serba serbi tak pandai, macam mana mak ayah dia besarkan dia? Anak-anak aku sedang belajar, dan mereka nampaknya kurang respek ayah mereka sebab terlalu nampak kebergantungan dia dengan aku.

Dalam rumah ni hanya ada seorang lelaki tetapi bukan suami atau ayah. Seorang lelaki yang tak tahu apa fungsinya di rumah.

Terima kasih membaca, aku akan baca setiap komen nanti. Nak juga dengar pendapat orang lain.

– Mama (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *