Suamiku Baik, Tapi…

Assalamualaikum. Saya perlukan nasihat berguna. Tolong jangan kecam.

Sedikit pengenalan, kami dah berkahwin selama beberapa tahun.

Kami dua2 bekerja dan level education kami berbeza. Saya degree dan dia belajar sampai tahap sijil. Gaji saya lebih dan keperluan saya tanggung sendiri. Nafkah wajib dia tunaikan.

Dia suami yang baik. Yang penuh dengan act of services. Macam mana korang tengok YB layan Bella, macam tu la dia layan saya. Sebelum dan selepas kahwin. Sangat rajin bekerja dan kerja rumah pun dia buat. Alhamdulillah syukur sangat part ni.

Masalah dia cuma satu. Dia sangat suka menipu saya. Sekecil-kecil hal sehingga sebesar hal. Sampai saya tak tahu apa yang betul keluar dari mulut dia. Dan segala penipuan hanya saya tahu bila saya cek telefon dia.

Bila saya confront, dia akan manipulate, gaslight, play victim. menengking, mengungkit. You named it semua yang seangkatan dengannya.

Walaupun saya ada bukti. Dan akhirnya akan berakhir dengan pergaduhan. Pernah dia langgar taklik dan taklik jatuh tapi dia diamkan. Akhirnya saya tahu sendiri. Kami rujuk.

Dia sangat susah nak mengaku kesalahan dia. Kadang-kadang saya rasa dia macam narsisis..

Emosi saya drained. Saya sangat penat bila jadi macam ni. Saya dah hilang kepercayaan. Saya takut taklik dilanggar lagi sekali dan dia diamkan lagi.

Tenaga saya hilang. Saya lemah semangat. Sampai bila saya perlu cek telefon dia?

Boleh ke saya hidup macam ni selama-lamanya. Saya dah sedia ada anxiety. Overthinking.

Saya sayangkan dia. Dia baik. Adakah saya perlu bersabar dengan satu kelemahan ini kerana banyak lagi kebaikan dia? Sudah saya sabar. Berapa lama lagi?

Apa patut saya buat? Saya tak boleh mengadu pada keluarga. Nanti mereka risau. Saya nangis sendiri dan hanya mengadu pada Tuhan.

Tolong tenangkan saya dengan nasihat yang baik..

– Leo (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *