Untuk part I, (https://iiumc.com/suamiku-bekas-banduan/).
Assalamualaikum semua. Suzuki sini. Terima kasih atas sambutan di entri yang sebelum ni. Aku ingatkan takde yang suka. Tak sangka ramai yang berminat nak tahu pasal pengalaman first-hand di penjara..
Baiklah, aku sambung. Sebelum tu aku nak perkemaskan sedikit info yang agak kurang jelas di entri sebelum ni.
Duit yang ditelan tu, banduan bukan dapat dari gaji kerja diorang ye. Gaji tu diorang hanya akan dapat bila dah bebas.
Duit ‘gulung’ tu sebenarnya banduan dapat bila diorang ada sebutan di mahkamah. Duit ni waris yang bagi. Duit ‘gulung’ ni tak lain tak bukan hanya untuk membeli tembakau saja kat dalam penjara nanti.
Dalam penjara, tembakau ialah matawang. Haha.
Apabila banduan balik dari mahkamah, mereka akan diasingkan dulu selama 7 hari di blok lain. Hal ini untuk elakkan mereka membawa benda terlarang (dadah, handphone, tembakau dll) ke dalam penjara.
Sebab dekat checkpoint penjara nanti, UKP (unit kawalan penjara) akan check semua benda terutamanya dubur kau.
Banduan akan mencangkung bogel atas kamera, dan UKP akan suluh tengok ada apa dalam dubur. Sebab tu waktu ni, duit takleh masuk kot bawah. Kena telan.
Jadi, dari situlah asal usulnya duit ‘gulung’ tersebut. Jelas ye? Haha.
Kenapa tembakau, bukan rokok? Sebab tembakau jimat dan tahan lama. Boleh guna sikit-sikit.. diorang gulung tembakau tu dalam kertas panjang dan share sama-sama dalam sel.
Panasonic cakap, kau hisap sambil dikelilingi ramai orang yang tengah tunggu turn. Dapat lah 2,3 pam. Hahaha.
Oh ya, kalau ada spotcheck, tembakau ni akan disumbat kot ‘bawah’ setelah di sealed dalam plastik.
Korang tahu, benda paling tak masuk akal suami aku nampak orang sumbat ialah handphone nokia 3310. Hahahaha. Berdekah aku.
Panasonic ditempatkan di dua penjara. Penjara pertamanya di Johor. Penjara tu macam tempat jin bertendang laki aku cakap. Menggerunkan dan fasilitinya daif.
Masuk je situ, belum pape dah kena belasah dengan UKP. UKP ni memang garang-garang laki aku cakap.
Kalau ada pergaduhan antara banduan (jarang-jarang), UKP ni la yang turun dengan cota. Siapa yang gaduh, akan ditempatkan di sel asing.
Sebijik macam dalam movie, sel asing kat Johor ni memang sempit, kotor, dan gelap. Cuma ada lubang untuk kasi makanan je. Berak dalam baldi tau. Nanti pagi baru keluar pergi buang taik. Pastu masuk sel semula. Memang ngeri la sape yang kena.
Kalau ada pergaduhan, semua sel kena denda. Sel takkan dibuka untuk riadah selama 14 hari ikut budi bicara warden. Duduklah pishang dalam sel masing-masing.
Penjara kat Johor ni agak kurang sikit kemudahannya. Selimut busuk dan hapak gila.
Waktu ni lah Panasonic kena penyakit kudis buta kat kaki. Sakit ya amat dia cakap. Nak jalan pun sakit. Ramai orang kena penyakit ni. Banduan diberi kebenaran jumpa doktor sekali dalam seminggu.
Panasonic dapat ubat ‘bedak sejuk’ dan ubat cuci darah. Alhamdulillah dia sembuh. Tapi memang seksa dia cakap. Bernanah habus macam orang kena aids..
Dekat penjara situlah yang dia makan bubur ulat tu. Hygiene kat situ agak kurang. Sebab tu penyakit mudah merebak.
Bila sebut pasal makanan, rasa kelakar dan kesian.
Makanan dalam tu memang takde rasa langsung laki aku kata. Sedap lagi makanan hospital. Patutlah Bainun boleh kurus walaupun diorang diberi makan enam kali sehari tau.
Bubur kanji tawar macam makan nasi kosong. Ikan takde rasa. Sawi ada ulat. Sebab tu banduan kebanyakan akan beli megi, gula, milo di koperasi penjara (yang ni beli secara legal melalui sistem koperasi penjara).
Pakai perencah megi untuk sedapkan sikit. Sampai sekarang, Panasonic kalau makan bubur kanji, dia akan makan dengan megi! Sumpah aneh. Haha. Aku ni ngekek je tengok.
“Kat dalam tu cabai melaka ialah benda rare tau. Macam emas”, kata Panasonic.
Kalau nak cabai, pergi mintak kat banduan tukang masak, tapi pengerasnya ialah tembakau. Hihihi.
“Untunglah sape yang kerja masak kat situ kan?” Tanya aku.
Iye untung. Tapi selalunya golongan yang dah lama ada situ. Banduan yang kolar biru kalau tak silap lah. Diorang boleh lah curi makan sedap sikit.
Oh ya, aku cakap nak cite pasal benda yang banduan buat untuk hilangkan bosan kan.. Salah satunya ialah diorang asah batang berus gigi buat tayam.
“Hah apa tu tayam bang??”
Tayam ni bearing. Pasang kat penis. Giler kan? Panasonic tak buat sebab tak berani. Kena toreh kulit penis dan masukkan tayam tu bawah kulit. Giler kau.
Dah la banyak effort nak hasilkan tayam tu. Kena potong pakai benang, buat bentuk, pastu nak kikis sampai licin pulak. Betul-betul takde keje ni.
Banduan ni sebenarnya waktu riadah boleh je keluar main takraw ke, tengok tv, baca novel dan sebagainya. Tapi ada waktunya.
Sebelum senja semua dah kena masuk sel semula sebab taknak kena sorok dengan hantu kopek. Ehh takdelah gurau je. Haha. Memang dah itu jadual waktu penjara jadi mungkin itu yang bosan sangat kot bila malam takda aktiviti.
Setelah aku dengar semua ni, aku sedar yang memang betul pepatah, ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’.
Sebab aku betul-betul mindblown dengar cerita laki aku pasal akal banduan ni. Pandai je diorang mereka-reka ikhtiar nak buat sesuatu kat dalam tu.
Kalau ada yang sudi baca lagi, di next entri aku akan share pasal ikhtiar hidup dalam penjara dan kehidupan mereka sewaktu bulan ramadan dan raya.
Untuk yang bertanya, aku berkenalan dengan Panasonic di fesbuk je. Setelah dua belas tahun bersama kami dikurniakan zuriat iaitu Yamaha dan Toshiba. Ehek.
– Suzuki Daiken (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Lagiiiiiiiii