Hai semua, ni 1st confession aku kat sini. Thanks admin kalau approved.
Actually aku bukan nak cerita kisah lampau suamiku. Tetapi luahan hati suamiku waktu kami berborak tentang ‘Kenapa lelaki mudah curang’. Padahal ada yang masih sayang bini. Bini cantik, jaga body, jaga makan minum, bagi anak. Tapi kenapa masih nak cari perempuan lain.
SIFAT LELAKI MEMANG SUKAKAN WANITA
Melalui luahan hati ke hati dia jelaskan kat aku, fitrah kejadian lelaki memang dicipta sukakan wanita. Tapi beza dengan perempuan, kesukaan mereka pada harta dan material.
Alim la kau macam mana, lelaki mesti tertarik melihat wanita. Secara fitrah lelaki ada keinginan untuk memiliki wanita lebih dari satu. Bezanya iman kau kuat atau tak. Iman tu termasuk memikirkan tanggungjawab dan melihat pengorbanan isteri sedia ada.
PINTU CURANG
Perasan tak, kenapa bila suami kantoi curang, si perampas sering diserang. Ayat yang biasa kita dengar kalau tak bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Point dia di sini.
Macam suami aku cakap, lelaki ni memang suka ketuk pintu atau bahasa lain test market. Yang buka pintu tu perempuan. Lelaki mana yang tak suka diberi peluang.
Dah fitrah lelaki suka benda2 berkaitan perempuan. Suami yang baik pun, pasti suka tengok benda2 yang berkaitan perempuan. Payudara, punggung perempuan tu mcm perempuan tengok barang kemas. Walaupun dah ada, suka2 cuci mata nak tambah koleksi kalau boleh.
Perempuan kalau dah tersangkut hati, mengakulah suami orang sekalipun, dia akan cakap dia mengalah, tapi dalam tindak tanduk dia dia akan mengharap si lelaki mengejar dia kembali.
Ni pun bergantung pada iman si perempuan. Kau yang tentukan nak stop atau teruskan. Lelaki on saja kalau dibagi ruang.
PUNCA CURANG
Tadi aku cerita pasal pintu. Ni aku cerita pasal punca. Macam mula2 aku cakap, bini dah cantik, body cantik, jaga makan minum tapi kenapa still curang. Senang je suami aku cakap. Punca dia ‘Mulut Isteri’.
Memang aku akui apa yang suami aku cakap.
Mulut aku antara punca suami aku menjauh dengan aku. Aku marah atau letih, aku suka cabar dia. Aku suka bentak2 bila dia tak ikut kemahuan aku.
Sikap baran aku yang buat dia jauh hati. Bila hati kami jauh, ada satu ruang kosong. Ruang kosong ni lah peluang besar yang mudah sangat diisi dengan kecurangan.
Suami aku curang dengan aku bukan sekali dua. Malah berkali kali.
Dah akhirnya dia kahwin dengan skandal terakhirnya. Aku tak nak cerita tentang perkahwinan tu, sebab sangat memeritkan dalam hidup aku dan famili mertua aku.
Aku beruntung, mertua aku tidak menyokong suamiku. Kerana mereka tau sisi hidup anak mereka. Salah tetap salah. Nak bercerai bukan sekali dua. Banyak kali. Tapi Allah tetap kuatkan rumahtangga kami.
PEREMPUAN SEMUA SAMA
Itulah yang suami aku cakap. Bila dia dah dapat apa yang dia nak, merasai hidup poligami atas air mata aku, anak2 aku, mertua aku…. hanya satu dia kata pada aku. Perkahwinan dia dengan wanita itu satu ‘kesilapan besar’.
Dia akui tekanan buat aku berubah menjadi baran.
Aku dulu seorang yang sangat lembut, tetapi tekanan hidup dari suami buat aku jadi baran. Dia akui semua tu. Kerana apa?
Bila dia lalui dengan perempuan yang lain dan diberi tekanan yang sama seperti aku, malah tak seteruk aku, perempuan tu pun turut berubah. Malah memaki hamunnya lagi dahsyat berbanding aku.
Padahal sewaktu nak dapatkan perempuan itu, dia mengatakan perempuan itu sangat memahami hatinya berbanding aku. Huh….
Aku tanya dia jujur, adakah layanan seks dan tubuh badan menyebabkan dia tawar hati denganku. Aku kurus, si wanita itu berisi. Dia kata bukan. Perempuan semua sama.
Tempat tu sama je rasanya.
Tapi yang membezakan rasa cinta. Malah dia akui, layanan aku lagi hebat diranjang, aku bukan cakap tujuan riak, tetapi sebagai jawapan telus kenapa lelaki curang bukan sebab tubuh badan dan seks.
Kalau disebabkan tubuh badan, maka tidak adillah Allah menciptakan manusia ni berbeza beza kalau keinginan hanya pada tubuh yang cantik.
Jaga sahajalah kebersihan dan kesucian tempat suami kita bercucuk tanam. Tapi yang penting jagalah mulut dan akhlak kita sebagai isteri.
BILA SUAMI AKAN BERHENTI CURANG
Mengikut pengalaman aku, inipun mengikut iman masing2. Kadangkala dah merasa kahwin dua pun, kalau kita dan suami tak berubah dia akan terus curang lagi.
Dalam kes aku, bila dia dah kahwin dua dan dia dah rasa ‘seksa’ dan tiada kemanisan pun dengan poligami, inilah point dia berhenti. Moga ini titik perubahan dan berkat doa2 ku dan ibunya.
Sebenarnya orang yang mula2 berubah adalah aku.
Aku mula mendalami ilmu untuk jadi isteri yang baik bila aku gagal kali pertama. Aku jadikan peluang kedua yang Allah beri melalui tegurannya (poligami) dengan baiki diri.
Waktu ni suami aku masih asyik dengan perkahwinan baru. Aku bangkit merubah diri aku dari seorang yang baran kepada orang yang mudah berbincang.
Aku jadi seorang isteri yang suka berterima kasih dengan suamiku walaupun sekecil kecil pemberiannya.
Aku tak sangka, hanya ucapan ‘terima kasih’ membuatkan hatinya mula cair pada aku. Dan ajaibnya perkara tu buat aku tak pernah halang apa saja minatnya selama ni aku halang. Malah aku cuba untuk support minat2 nya.
Dalam masa yang sama dia mula jatuh cinta kali kedua dengan aku. Aku pun turut rasa yang sama. Kami mula bermesej spt orang bercinta.
Dating tanpa anak2. Pillow talk sambil berpelukan, malah lebih romantik dari dulu. Nak berpisah pergi kerja pun rasa macam bertahun nak tunggu waktu balik.
Percayalah isteri2 yang pernah dicurangi, jatuh cinta kali kedua ini sangat hebat rasanya walaupun dah berpuluh tahun kahwin.
ADAKAH DIA TERUSKAN POLIGAMI
Bagi suamiku (diri dia yer), meneruskan poligami ibarat menganiaya salah seorang dari kami. Dalam masa yang sama wanita itu menjadi baran seperti aku dulu kerana hasratnya melihat aku bercerai dengan suamiku tak kesampaian.
Aku taknak cerita apa yang dia lakukan pada aku agar aku dan suamiku bercerai. Sangat2 menyakitkan. Akhirnya suami aku lepaskan wanita itu kerana perkahwinan itu hanya menganiya perasaan wanita itu.
Secara jujur aku memang tak boleh hidup dalam poligami sebegini. Aku bukan anti poligami. Tapi aku rasa sakitnya poligami yang aku lalui.
Kalau aku ceritakan apa yang aku lalui, pasti kalian menghina wanita itu dan kebodohan suami aku. Cukuplah perkara ini sudah selesai dan Allah kembalikan suami ku.
Poligami yang aku lalui mungkin ujian singkat dan cara Allah menegur aku, suamiku dan wanita itu.
Untuk aku, Allah nak tegur aku supaya aku berhenti menjadi manusia yang baran. Untuk suamiku, Allah nak tegur imannya adakah dia ini suami yang baik atau tidak.
Dan untuk wanita itu, mungkin Allah nak tegur sikapnya yang suka merendahkan dan menghina wanita lain. Kami sama2 merasai kafarah ini.
KENAPA AKU TERUS MENCINTAI SUAMI
Pada isteri2 yang sedang melalui fasa kecurangan suami, kalian ada 2 jalan. Sama ada nak berhenti atau menjadi pejuang cinta. Aku pada awalnya memang hendak berhenti. Tapi aku tau suamiku ada sisi yang baik. Itu yang aku pertahan bersama anak2. Bukan demi anak2.
Memang dari sudut kewangan suamiku tak layak poligami.
Aku lebih mengetahui. Waktu dia hanyut, dia berjudi dan berhutang sana sini. Mungkin tak berkat rezeki, hidupnya sepanjang bersama wanita itu tidak pernah senang.
Suami aku tidak pernah tinggikan suara pada aku, malah menjentik aku pun tidak. Cuma dia membalas aku dengan kesakitan begini dlm diam. Sedangkan aku memaki dan meluahkan panas baran aku.
Bila kami dah diuji begini, kami betulkan kesilapan. Tapi isteri kena mulakan dahulu walaupun secara zahir kita tak bersalah. Siapa kata kita tak bersalah?
Tulah silap kita awal2. Berubahlah, suami akan terikut sama. Carilah ilmu. Ilmu kalau tak dicari memang tak jumpa.
PESANAN BUAT WANITA YG MENGHIMPIT SUAMI ORANG
Kunci pintu di tangan anda sendiri.
Anda yang membukanya. Jangan salahkan orang yang mengutuk dan menghina anda. Kerana anda yang membuka ruang itu.
Jika anda terlalu ingin hidup berpoligami, carilah circle orang2 yang hidup sebegini. Ada cara yang harmoni. Hormati wanita lain yang tak mampu hidup berpoligami seperti aku.
Kerana poligami dengan menyakiti orang lain akan menambah dosa kita. Carilah circle tu kalau kamu benar2 ingin berpoligami. Kerana suami yang jujur sahaja mampu mengemudi poligami dengan baik.
Yang benar,
– PUAN RANTING (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit