Suamiku Bekas Playboy II

Untuk part I, (https://iiumc.com/suamiku-bekas-playboy/).

Hai korang…. Puan Ranting ni. Sebenarnya aku tak berhajat pun nak buat second confession. Tapi bila aku baca komen2 korang mungkin ada yang aku kena jelaskan sikit pada persepsi negatif cerita aku di part satu.

KENAPA TAK SALAHKAN SUAMI. ASYIK2 ENDING NAK SALAHKAN PERAMPAS?

Owhhh… salah tanggapan korang tu. Manusia yang paling aku salahkan awal2 dah tentulah suami aku. Siapa yang terlibat dlm kes aku ni tetap salahkan suami aku. Dia pun mengaku salah dia. Korang jangan cakap aku tak serang suami.

Malah keluarga mertua bertindak ambil aku dan anak2 tinggal dengan mereka dan suami aku dilarang jumpa aku. Hanya jumpa anak tu pun tak boleh masuk rumah. Dia dipulau keluarga sendiri.

Kalau korang tau apa yang aku dan keluarga suami aku buat masa situasi genting tu, korang pun rasa puas hati dengan balasan yang dia dapat.

Aku tak pernah jumpa perempuan tu. Hanya bermesej dengan dia. Aku tak maki dia dengan perkataan2 tak baik. Tapi sebaliknya aku yang dihina oleh perempuan itu.

Mertua aku pun tak pernah bercakap atau bermesej dengan perempuan tu. Kata mertuaku hati mereka terlalu sakit. Sebab mertua aku turut terpalit dihina perempuan tu kerana pertahankan dan menyebelahi aku.

Bukan aku tak belajar untuk terima perempuan itu. Tapi perbuatan dia menghina aku, mendoakan kehancuran hidup anak2 aku membuatkan aku terlalu sakit. Aku disakiti tak apa. Aku ada kekuatan. Tapi bukan anak2 aku.

Aku tak nak sebut cara jijik lain yang dia buat untuk pisahkan aku dengan suami aku. Sangat menjijikkan.

Di sini pun korang boleh rasa, adakah dia orang yang benar boleh hidup berkongsi dengan aku. Aku ni bukan fikir sekali, tapi berkali kali. Malah suami aku pun bersuara, tak perlu belajar untuk terima perempuan itu. Dia pun tahu akibatnya.

KISAH INI SEKADAR PENGAJARAN UNTUK AKU DAN SUAMI

Sebenarnya apa yang aku dapat rasa, Allah beri kami pengalaman singkat ini hanya sebagai teguran dan pengajaran. Kalau aku tak lalui benda ni, mungkin sampai skrg aku akan jadi manusia yang tak tau apa silap aku. Hanya rasa aku mangsa.

Sama jugak suami aku, Allah bagi dia rasa sekejap merasai berbini dua. Bila dia dah rasa baru dia tau apa itu tanggungjawab. Baru dia tau apa itu mampu dan adil. Baru dia tahu rasa sakit. Sunnah bukan untuk keperluan nafsu.

Begitu juga dengan wanita itu, Allah bagi dia merasai mengurus suami yang ada wanita lain di hati suamiku. Dia rasa sakitnya bila suami aku berusaha nak dapatkan cinta dan kepercayaan aku kembali.

AKU DAH MAAFKAN MEREKA

Jujurnya aku menulis confenssion ni bila semua ni dah berlalu setelah bertahun tahun. Aku battle untuk perjuangan ni pun berbelas tahun.

Ada komen cakap suami aku tak layak lagi digelar playboy. Yer mungkin sebab berkali kali dia curang dalam tempoh masa itu, bukanlah bertukar pasangan setiap masa.

Yang aku ingat dalam 4 kali. Cuma skandal pertama dan terakhir memakan masa yang lama. Berkali kali sebab takder perubahan pun pada aku yang tetap baran.

Setiap skandalnya sudah minta maaf dengan aku. Kecuali skandal terakhir. Tapi aku dah maafkan mereka. Moga kehidupan mereka lebih baik.

ILMU DAN RAWATAN BUAT AKU TERIMA SUAMIKU

Macam aku cerita sebelum ni, aku cari ilmu untuk start berubah. Aku setuju korang cakap bukan senang nak lupakan hal2 curang suami.

Aku masuk kelas terapi untuk released semua trauma dan bayangan tu. Bukan mudah korang. Awal2 aku tolak dan tolak untuk menerima ujian ni. Tapi makin aku lalui tempoh terapi, aku belajar berdamai dengan ujian yang Allah bagi.

Kadang2 kita tak sedar. Dengan cara ni Allah makbulkan permintaan kita untuk suami kembali le pangkal jalan. Merasai dulu apa yang dia nak, tapi diberi pengajaran yang tidak boleh dilupainya dari apa yang dia lalui akhirnya.

Begitu jugak aku. Aku mintak Allah naikkan darjatku untuk menjadi penghuni syurga, tapi aku kena lalui ujian ni untuk naik ke darjat yang aku inginkan.

Allah dah kata, dunia tempat ujian untuk orang2 yang inginkan syurga. Aku diuji dengan suami. Kalian mungkin diuji dengan perkara lain. Ujian aku di usia muda, ujian org lain mungkin di hujung usia. Kita tak tau.

FAKTOR LAIN SUAMI CURANG

Pengaruh kawan juga adalah punca. Tu sebab aku kata suami aku asalnya baik. Dari keluarga yang baik2. Aku jadi baran asalnya bukan sebab suami aku ada skandal.

Puncanya aku tak puas hati dia terpengaruh dengan kawan2 melepak hingga tengah malam. Bila balik aku bebel2 dia rasa rimas dan anggap aku ni bukan isteri yang menenangkan.

Bila bersahabat dengan kaki2 perempuan membuatkan nasihat yang mereka anjurkan adalah cari perempuan lain spy ada tempat nak tenang. Boleh ajak sembang dan keluar. Itulah cara fikiran mereka. Singkat kan. At last dari main2 tersangkut hati.

So bila dah terkantoi perempuan korang boleh imagine la baran aku boleh mendidih sampai level mana. Lelaki mana yang tahan dengan isteri yang panas baran. Sama jugak isteri, tahan tak dengan suami panas baran?

Suami aku tak pernah naik suara. Pukul aku jauh sekali. Dia bukan orang yang panas baran. Kalau dia kaki dadah, kaki pukul, kaki zina dah tentu aku pun dah cabut awal2.

Dengan skandal2 dia, dia memang berusaha halal kan. Cuma bila diaorang tau suami orang, diaorang tarik diri. Malangnya yang tak mahu tarik diri di datangkan dengan pakej pengajaran bermakna buat suamiku.

Dalam hidup ni memang bukan mudah untuk jadi pemaaf. Aku nak jadi seorang pemaaf bukan seminggu dua. Makan masa. Tapi kita cari dengan berguru.

Nak hilangkan syak wasangka bukan mudah kerana trauma tu bukan mudah nak hilangkan. Syak wasangka ni adalah racun paling berbisa untuk pulihkan hubungan suami isteri, apatah yang telah melaluinya seperti aku.

Aku tak jamin masa depan aku akan sentiasa baik. Tapi aku bersyukur aku dah lalui ujian yang paling aku takut dalam hidup berumahtangga. Aku belajar cara menyelesaikannya dengan cara yang baik untuk aku dan anak2. Mungkin orang lain ambil langkah yang berbeza.

Yelah, kita manusia jalan cerita tak sama. Hati kita lebih mengetahui. Kita yang melaluinya. Mungkin pengalaman ni buat aku tenang melalui ujian2 lain yang aku tak tau di masa hadapan.

Untuk yang tak diuji lagi bersyukurlah. Lelaki dan ujian wanita ni akan datang tak kira masa umur mereka. Kerana nafsu lelaki tak luntur hingga mati. Lain dengan wanita.

Yang menguatkan mereka hanya iman. Ada yang diuji di usia muda, di awal perkahwinan…. tapi ada yang duji di hujung2 usia. Ini lagi menyedihkan.

Aku masih bersyukur melalui ketika usia aku masih di pertengahan. Dan aku tak lelah mencari ilmu dan memperbaiki diri hingga kini.

NASIHAT AKU…

Wanita…. tak kiralah dia mana kedudukan korang. Orang yang perlu kau cintai mula2 adalah diri sendiri. Orang yang perlu kau minta maaf dulu adalah diri sendiri. A

papun ujian yang kalian lalui, mulakan untuk diri sendiri. Bukan orang lain. Tak kira kau bersalah atau tak, mulakan dari diri sendiri. Nak orang lain berubah, kita berubah dulu. Nak orang terima kita, terima diri kita dulu (ujian).

Oklah… dah panjang sangat sambungan ni. Aku harap dapat bagi motivasi pada isteri2 yang sedang hadapi masalah seperti aku. Korang lebih tau apa yang korang lalui…

Yang mengecam aku tak salahkan korang. Satu masa jika direzekikan melalui ujian ni, kalian akan faham. Terima kasih semua.

– Puan Ranting (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *