Suamiku Bergaji RM1500

Assalamualaikum. Terima kasih kerana menyiarkan cerita saya. Saya perkenalkan diri saya, Iffa (bukan nama sebenar) berumur lewat 20-an.

Alhamdulillah saya sudah 3 tahun berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata berusia 2 tahun.

Saya merupakan seorang penjawat awam di Ibu Kota dan suami merupakan pekerja swasta. Suami saya hanyalah bergaji RM1500 sahaja sebulan. Jika dicampur gaji kami, kami masih B40 yer. dengan kos hidup sekarang …

Bagaimana dengan gaji kecil suami boleh tanggung kami?

Alhamdulillah, boleh. Pada awal perkahwinan, kami dah berbincang tentang kewangan. Apa yang kami persetujui untuk bayar bersama-sama, berapa perbelanjaan bulanan dan sebagainya.

Apa yang kami amalkan dalam rumah tangga, kami selalu solat berjemaah. Suami setiap malam, selepas maghrib wajib membaca al- Quran.

Sepanjang perkahwinan, dah berapa kali suami khatam al- Quran.

Selain itu, suami juga rajin bersedekah. Dan yang paling saya suka tengok, suami gemar memberi kucing- kucing makan.

Walaupun kami tidak membela kucing, Tetapi stok makanan kucing sentiasa ada di rumah kami. Suami kata, kita kena berkongsi. Baru rezeki kita berkat.

Dan memang betul! Walaupun suami bergaji kecil, tetapi hidupnya sangat tenang. Belum pernah dia mengadu tidak cukup duit, pinjam situ, sini.

Sebagai isteri yang bekerjaya, saya juga membantu dan bertolak ansur dalam rumah tangga. (Jangan pernah memandang rendah kepada suami walaupun kita bergaji besar)

Untuk pengetahuan pembaca, kami berdua tidaklah kelihatan mewah seperti orang lain. Pakaian kami juga biasa sahaja. Kereta juga, kereta tempatan sahaja. Syukur, rezeki Allah tidak pernah putus.

Kami asalnya menyewa flat kos rendah sahaja. Dan sekarang, pada usia perkahwinan 3 tahun, kami dalam proses membeli rumah teres bernilai RM300K lebih.

Rasa macam tak percaya, tapi benarlah. Keberkatan dalam rezeki itu sangat penting. Urusan kami juga lancar, berjumpa agent yang baik, peguam2 yang baik. Doakan kami dapat tinggal di rumah pertama kami hujung tahun ini yer.

Jadi, sahabat di luar sana. Carilah keberkatan dalam rezeki tersebut. InshaAllah, Allah akan permudahkan segala urusan kita. Jaga hubungan dengan Allah, dengan isteri, dengan suami, dengan keluarga, dengan jiran tetangga.

Semoga bermanfaat sahabat.

– IFFA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *