Assalamualaikum admin dan semua pembaca setia IIUM Confession. Sebelum nie aku cuma silent reader sahaja disini, tidak pernah komen dimana-mana post pun. Namun, hari nie terdetik untuk aku buat post pertama kat sini kerana aku tiada tempat unuk meluah.
Aku cuma mahukan pandangan dan pendapat dari kalian semua dari confession yang bakal aku coretkan disini. Sebelum itu, aku mohon maaf andai ayat aku agak berterabur kerana perasaan aku pada saat ini bercampur baur. Terima kasih admin sekiranya confession ini disiarkan.
Sedikit pengenalan tentang aku. Aku berusia lewat 20an, surirumah sepenuh masa (buat masa ini), dan juga baru bergelar isteri dalam tempoh 3 bulan.
Kami berkahwin selepas 5 tahun berkawan (baca sebagai “berkawan” sahaja, bukan couple. Berkawan dimana panggilan dari “kau aku” bertukar kepada panggilan nama sahaja).
Okay, cukup setakat itu. Apa yang aku nak kongsikan kat sini, seperti tajuk kat atas, ye. Suamiku biseksual. Macam mana aku boleh tahu benda nie? Meh aku ceritakan…
Pada awal perkahwinan, aku tak pernah sangka yang suamiku biseksual. Aku tidak pernah berasa sangsi atau ragu-ragu dengan cinta suamiku walaupun sebelum ini kami tidak bercinta pun.
Aku sangkakan beliau benar-benar cintakan aku kerana seringkali aku akan bertanya kepadanya, selalunya sebelum tidur, adakah beliau benar-benar sayang dan cintakan aku.
Dan jawapannya, ye. Beliau cintakan aku sepenuh hati. Sebagai isteri, pastinya hati akan rasa berbunga bila kita dapat jawapan seperti yang kita impikan.
Namun semasa aku mula tahu password handphonenya (masa kami keluar dating selepas aku baru sampai di kampung halamannya setelah PJJ selama seminggu), aku mula check handphonenya tanpa pengetahuannya.
Untuk makluman, aku seorang yang sangat-sangat pelupa. Namun untuk password phonenya, entah kenapa ingatanku kuat walaupun aku tidak mencatitnya di note phone aku.
Pada mulanya, aku cuma check apps yang ada di phonenya. Namun tiada yang mencurigakan. Then, aku check Whatsappnya, juga tiada yang mencurigakan. Semuanya hal berkaitan kerja mahupun berkaitan keluarga sahaja. Thats it.
Namun, pada suatu hari, aku terdetik untuk check phonenya lagi sekali dan mungkin beliau terlupa untuk padam segala apps yang telah dibukanya, aku menemui apps yang meragukan dengan penuh gambar lelaki.
Aku gagahkan juga untuk buka apps tersebut sebab sifat ingin tahu sungguh tinggi pada masa tersebut untuk tahu apa sebenarnya apps itu.
Nahhhh, sekali aku buka, rupanya itu adalah apps untuk gay. Ye, apps untuk gay dimana didalam itu semua profile dan username kebanyakannya menyentuh tentang lelaki (tidak perlu aku beri contoh kerana sesungguhnya aku jijik untuk menaipnya disini).
Aku terkedu. Namun masa tu, aku tidak berani buka lagi mesej-mesej yang ada disitu. Aku cuma melihat feed sahaja. Dan aku terus tutup dan buang apps tu dari recently open apps.
Ohh, untuk pengetahuan semua, aku check handphone suamiku semasa beliau tidak ada denganku samada beliau di toilet, di luar rumah dan semasa beliau tidur. Kerana beliau tidak tahu yang aku tahu passwordnya. Pintarkan aku. Hahahaha.
Berbalik pada apps tersebut, kan aku sebut kat atas tadi aku tak buka pun mesej yang ada disitu sebab aku takut kantoi. Tapi sampai bila sahaja yang aku mampu bersabar sebab aku benar-benar ingin tahu apa kandungan mesej-mesej tersebut. And finally, aku buka juga mesej-mesej tersebut.
Ya Allah, terduduk aku bila baca mesej kat situ. Walaupun suamiku tidak terlampau melayan (setakat yang aku baca), namun selalunya beliau yang akan memulakan perbualan tersebut (say Hi sahaja).
Kerana apps tersebut ada menunjukkan jarak antara orang-orang yang mempunyai apps tersebut. Senang cerita, macam wechat. Kan ada berapa kilometer, berapa meter dengan lokasi kita. Haaaa, apps tu macam tu laa.
And ada aku perasan 1 mesej nie, berdasarkan rupa profile tu, macam orang yang dah agak berumur, mungkin dalam 40an macam tu. Dia bahasakan dirinya Daddy dan ada ajak suamiku untuk bertemu di bilik.
Ya Allah, aku tergamam, terkaku membaca mesej-mesej tersebut. Aku benar-benar tak sangka yang suamiku biseksual kerana pada luarannya tidak nampak seperti itu. Beliau seorang yang sangat bertanggungjawab terhadap aku, terhadap keluarganya.
Apa-apa mesti beliau akan dahulukan keluarganya sampai adik-adiknya sering memuji sikap abangnya. Suamiku sering mengimamkan aku pada setiap kali ada masa terluang (selalunya maghrib & isyak) dan kami akan mengaji bersama-sama walaupun beliau baca surah lain, aku baca surah lain.
Namun apa yang aku perasan, suamiku tidak pernah meninggalkan surah Al-Waqiah & Al-Mulk setiap kali mengaji. Kadangkala beliau akan menambah surah Ar-Rahman sekiranya masih sempat lagi sementara belum Isyak. Dan perbuatan itu telah menjadi ikutanku.
Dari segi nafkah pula, beliau tidak pernah culas dari memberiku nafkah. Pada awal perkahwinan, kami cuma tapau sahaja lauk di kedai sebab katanya aku tidak perlu memasak.
Namun aku pernah beritahunya bahawa aku bosan dan jika aku dapat memasak, boleh mengurangkan sedikit kebosananku berada di rumah bersendirian. Dan selepas aku berkias untuk memasak, akhirnya beliau akur dan beli barang-barang keperluan.
Dan aku mula memasak untuk suamiku walaupun aku bukanlah handal sangat bab-bab memasak ni. Aku selalu call mak di kampung untuk tanya resepi, bukan sebab aku tak pandai macam mana cara nak masaknya, cuma aku belum biasa masak untuk dua orang makan sahaja.
Masa awal-awal masak dulu, masak sardin setin pun tak habis makan. Hahaha.
Suamiku beritahu tidak perlu masak banyak-banyak sebab berdua je makan plus suamiku pula sejenis makan sekali sehari je, itupun tengahari sahaja.
Pagi tu beliau akan makan bersama rakan sepejabatnya, tapi cuma makan ringan sahaja. Pagi memang aku takkan buat breakfast untuknya sebab aku pernah bertanya if aku siapkan breakfast, dia akan makan tak.
Jawabnya jujur, tak sebab beliau akan makan bersama rakannya dan untuk makan seawal itu, perutnya masih belum bersedia untuk menerima makanan berat.
Kalau aku sediakan pun, kadang-kadang cuma roti yang disapu planta dan gula sahaja. Air pula cuma sediakan air vitamin yang larut dalam air tu je.
Mudah sangat menjaga perutnya. Apa sahaja yang aku masak, beliau akan makan. Selalunya aku yang akan tanya samada masakan aku itu sedap atau tidak, dan beliau selalu memuji masakanku sedap.
Namun seandainya masakan aku pada hari tersebut ada terkurang sedikit (selalunya masin), beliau akan komen dengan jujur. Aku terima komen beliau sebab itu salah satu cara untuk aku improve masakan aku.
Kadang-kadang pada hari minggu, beliau yang akan offer untuk buat breakfast tanpa aku minta walaupun breakfastnya hanya sekadar roti telur, daging burger goreng makan dengan roti, aku rasa bahagia dan itu pun sudah cukup mengenyangkan bagiku.
Dari segi nafkah batin pula, tidak pernah beliau culas memberi. Sebab itu aku tak sangka yang suamiku ini biseksual. Selalunya selepas bersama, kami akan berborak tentang apa yang tidak puas hati antara satu sama lain.
Selalunya aku yang akan meluahkan ketidakpuasan hatiku,manakala beliau cuma cakap tiada apa-apa yang kurang pada aku, namun setelah didesak berulang kali, beliau mengaku yang aku agak sensitif orangnya dan minta untuk aku ubah perangai aku yang sensitif itu.
Aku akui yang aku agak sensitif dengannya kerana pada masa pandemik ini, kebanyakannya masanya hanya wfh. Namun, bangun pagi sahaja, dia sudah bermain phone. Selepas mandi, dia akan bermain phonenya lagi tanpa menghiraukan apa yang aku buat di dapur.
Pada satu hari tu, aku menangis masa beliau tengah main game. Beliau tanya aku kenapa, dan apa salahnya.
Aku jujur katakan yang beliau lebih banyak meluangkan masa dengan phone berbanding denganku walaupun pada hari cuti. Aku ada terlepas cakap kalau macam tu, baik beliau pergi kerja sahaja takde laa sakit hatiku melihatnya macam tu.
And one more thing, beliau sangat-sangat kurang bercakap denganku. Aku ni pula sejenis yang suka bercakap.
Selalunya aku yang akan memulakan perbualan, namun perbualanku kadang kala hanya dijawab acuh tidak acuh sahaja. Aku juga pernah persoalkan masalah ini kerana aku rasa stress sangat tidak dapat bercakap dengannya.
Dah laa dekat rumah aku nie, aku tinggal sorang je, tiada jiran di kiri kanan. Boleh bayangkan tak aku lonely tahap apa bila balik-balik kerja pun beliau masih tidak bercakap denganku.
Aku luahkan semua (kecuali yang aku mengetahui tentang apps itu) dan beliau berjanji akan cuba berbual lebih lagi denganku selepas ini.
Ye, mesti akan ada orang akan cakap yang aku berperangai agak kebudak-budakan, suka membesarkan isu yang kecil, namun bagi seseorang yang sunyi seperti aku, keluarga pula jauh, memang aku akui aku agak tertekan dengan perangainya yang banyak mendiamkan diri dan menghabiskan masanya di dalam bilik bersama phone.
Selalunya lepas habis kerja, beliau akan terus pergi jogging dan akan pulang ke rumah dalam pkul 7.15. Selepas itu, kami akan berjemaah sekali dan selesai solat Isyak, beliau akan terus masuk bilik manakala aku masih di ruang tamu menonton tv.
Aku sudah muak untuk menghadap phone kerana seharian aku dengan phone semasa ketiadaan beliau dirumah.
Pada mulanya, aku cuba bersangka baik yang beliau cuma ingin melepaskan stress bekerja, dan aku husnuzon yang semasa bekerja beliau tidak menggunakan phone. Jadi mungkin selepas bekerja adalah waktu untuknya bersama phone.
Namun lama kelamaan, aku jadi makan hati dengan perbuatanya yang seperti menganggap aku tidak wujud didalam rumah itu.
Pernah aku menyoalnya samada adakah beliau berasa yang beliau cuma hidup didalam rumah ini seorang diri.
Namun persoalanku tidak berjawab kerana beliau leka dengan gamenya. Lepas 3 minit macam tu baru dia respond itupun beliau suruh aku ulang kembali apa yang aku tanya sambil tangannya tidak lepas dari phone.
Aku mendiamkan diri sahaja kerana sesungguhnya aku terasa dengannya. Aku menangis di ruang tamu, lama. Selepas 15 minit macam tu, baru beliau keluar and eye to eye denganku tanya apa salahnya sampai aku menangis.
Aku tetap jawab tiada apa-apa sehinggalah aku mengadu di dalam semasa dalam perjalanan ke rumah mertuaku. Aku luahkan apa yang aku tidak puas hati dan beliau akur dan meminta maaf atas salahnya dan berjanji tidak akan attach dengan phone lagi.
Alhamdulillah, setelah drama air mataku haritu, aku lihat beliau tidak lagi bermain game di phonenya. Beliau lebih banyak meluangkan masa denganku, temanku tonton tv walaupun beliau masih dengan phone, namun aku rasa perubahannya.
Aku sungguh bersyukur dengan perubahannya ke arah yang lebih positif.
Pada satu malam tu, beliau sedang bekerja depan pc, aku pula menonton tv. Sebelum nie, aku pernah tengok gallery phone dia, ada gambar-gambar lelaki selfie yang aku tidak kenali tetapi tidak aku persoalkan kepadanya.
Aku meminta phonenya untuk aku ambil gambar-gambar lama kami didalam phonenya kerana dia masih tidak hantar gambar-gambar itu kepadaku walaupun setelah beberapa kali aku mendesaknya.
Pada malam itu, adalah kali pertama aku minta izin untuk pinjam phonenya dan beliau bertanya untuk apa aku nak guna phonenya.
Aku cakap yang aku takkan beritahu sebab kalau aku beritahu confirm dia akan buat sendiri dan aku tak dapat peluang untuk lihat gambar-gambar dalam phonenya. Puas juga aku merayu untuk meminjam phonenya sampai aku dah tawar hati.
Selepas lebih kurang 15 hingga 20 minit, baru beliau beri aku phonenya. Aku tahu pada masa tersebut beliau cuba delete apa yang tidak sepatunya aku tahu dan sangkaanku benar.
Dalam pada masa aku mencari apps gallery, aku sengaja tengok ada lagi tak apps gay tersebut dalam phonenya, dan ternyata telah didelete.
Begitu juga dengan gambar-gambar selfie lelaki yang tidak dikenali itu juga sudah tiada. Aku hanya tersenyum sinis kerana aku sudah menjangka perkara itu akan berlaku.
Aku memohon pada Allah semoga suamiku tidak install lagi apps tersebut for good and it only last for not more than a week. Selepas tu, aku tengok apps tu kembali ada dalam phonenya.
Untuk pengetahuan semua, kami selalu pulang ke rumah mertua dan boleh dikatakan 5 kali seminggu kami ke sana. Kadangkala aku rasa muak hendak ke sana lagi kerana aku tidak tahu apa yang boleh aku lakukan dan sembangkan dengan keluarga mertuaku.
Lebih-lebih lagi setelah adik iparku yang baru berhenti kerja semasa pandemik telah duduk di bilik suamiku. Setiap kali aku ke sana, pasti aku tiada tempat hendak dituju. Selalunya aku akan bawa segala baju tukar, telekung dan sebagainya untuk aku tukar di rumah mertua.
Namun setelah bilik itu didiami adik iparku, aku jadi tidak tahu bilik mana yang perlu aku tuju kerana semua bilik di dalam rumah itu sudah berpenghuni. Aku tidak pernah masuk ke dalam bilik ipar-iparku tanpa izin kerana aku menghormati privasi mereka.
Suamiku pula, bila balik je rumah mertua, beliau akan terus menuju ke biliknya dimana didalam bilik itu ada adik iparku (perempuan).
Walaupun adik iparku perempuan, aku tidak selesa untuk masuk ke dalam bilik itu walaupun suamiku ada didalam bilik tersebut. Aku rasa macam tiada privasi. Dan antara masalah-masalh inilah menyebabkan aku jadi malas nak balik rumah mertua lagi.
Ada masa aku akan tinggal sahaja di rumah. Pada awalnya, bila aku cakap dengan suami aku tidak mahu ikut pulang ke rumah, beliau pasti bertanya kenapa dan sejujurnya aku tiada jawapan untuk soalan itu.
Ye, aku meluahkan yang aku bosan di rumah sorang diri, namun bila terjadi macam nie, aku lebih rela bersendirian dirumah kerana aku sudah boleh adapt dengan keadaan.
Aku masih ingat, 2 kali aku beritahu suami yang aku tidak mahu ikutnya pulang ke rumah mertua, namun 2 kali itu jugalah aku akur untuk ikut beliau pulang kerana aku tidak mahu mertuaku menganggap yang bukan-bukan tentangku walaupun hakikatnya aku rasa terpaksa sangat untuk kesana.
Again, bila sampai disana, aku jadi macam orang asing sahaja di rumah tersebut. Hahahahaha.
Setelah aku berkeras ada harinya yang aku tidak mahu pulang ikutnya ke rumah mertua, suamiku turutkan jua kehendakku.
Namun, ada peristiwa yang membuatku menyesal sangat tidak ikut beliau ke rumah mertua, kerana rupanya beliau pergi berjumpa dengan kenalan di apps itu untuk berjanji temu.
Aku rasa marah, aku rasa aku bodoh sangat kenapa laa aku tak terfikir yang suamiku akan berjumpa dengan kenalannya didalam apps itu.
Ya Allah, kalau ikutkan hati aku, aku rasa nak hempas je phone beliau ke lantai biar berkecai, biar tak jumpa lagi, tak contact lagi kenalan-kenalannya. Namun aku masih ada sifat sabar dan iman yang tinggi. Aku biarkan sahaja dulu sebab aku nak tengok sejauh mana beliau akan melayan di dalam apps itu.
Aktiviti check phone suami masih lagi aku lakukan sehingga ke hari ini, dan kini hasil pencarianku tertumpu pada recent call, Whatsapp, dan apps tersebut masih lagi aku intai.
Aku dapati suamiku selalu menghabiskan masa di luar rumah, di laman selepas Isyak ataupun selepas beliau pulang dari jogging. Lama sehingga 30 ke 40 minit.
Aku tertanya-tanya apa yang beliau lakukan dan katanya hanya sekadar mengambil angin. Namun segalanya terjawab apabila aku check recent call, ada tertera seorang nama lelaki yang digelar X. Rupanya suamiku telah lama berhubung dengan X dan banyak kali mereka saling on the phone (otp).
Selalunya yang aku perasan, mereka akan otp semasa suamiku pulang kerja. Suamiku pulang kerja pukul 5, dan dalam masa itu mereka akan otp sehingga suamiku berhenti untuk jogging. Bukan sekejap ye mereka otp, aku lihat ada yang sampai hampir sejam pun pernah!
Kalau perempuan, mungkin biasa sekiranya otp selama itu kerana aku sendiri begitu dengan bffku namun bagi lelaki untuk call selama itu, aku merasa agak pelik.
Aku mula mengambil nombor telefon X dan simpan didalam phoneku. Dan ternyata, X merupakan mamat yang tidak ku kenali didalam gallery suamiku sebelum ianya dipadam. Aku masih ingat lagi wajahnya dan aku pasti memang X orangnya.
Sepanjang aku berada dengannya, tidak pernah sekalipun aku nampak nama X naik di skrin phone suamiku. Rupa-rupanya mereka berhubungan di belakangku. Dan paling latest, aku jumpa whatsapp suamiku dengan Z. Z bekerja di syarikat kereta import terkenal dan namanya disave sebagai “Z H***a”.
Aku boleh terbuka whatsapp tu sebab aku nak tau adakah suamiku ada keinginan untuk memilik kereta berjenama H, namun sangkaanku meleset setelah aku membaca Whatsapp tersebut dimana Z menyatakan “terima kasih” dan suamiku membalas, “sama-sama, nanti jumpa lagi bila free”.
Aku dah tersentak, adakah Z juga merupakan kenalan gaynya. Aku beristighfar dan mengucap sepanjang-panjangnya.
Dan baru-baru ini, kami ke rumah mertua, selalunya dia tidak akan ikut jalan ke syarikat H itu, namun pada hari tersebut beliau bawa aku lalu disitu dan aku tanya kenapa lalu disini sedangkan selalunya tidak pernah lalu disini melainkan jika ingin membeli barang di kedai berhampiran.
Katanya saja nak lalu disitu. Sebenarnya aku tahu, dia hanya ingin melihat adakah si Z bekerja pada hari tersebut kerana mereka sudah berjanji untuk berjumpa pada hari itu.
Sangkaanku benar apabila aku check Whatsappnya dengan Z dan Z menyatakan yang dia wfh pada hari tersebut dan akan berjumpa dengan suamiku esok memandangkan masing-masing berkerja pada keesokan harinya.
Allahu, tiada air mata lagi yang harus aku keluarkan kerana sesungguhnya aku tidak sangka ini terjadi pada diriku, pada perkahwinanku.
Ada satu malam, aku minta izin suamiku untuk ke rumah kawanku yang baru sahaja posting di tempatku dan memintanya untuk ambilku dirumah kawanku itu dan suamiku bersetuju.
Pada hari tersebut, suamiku dipertanggungjawabkan untuk bertugas dari jam 5-9 malam sedangkan pada hari tersebut beliau wfh.
Namun atas arahan, beliau perlu bekerja. Suamiku mengizinkanku ke rumah rakanku, dan selalunya beliau akan pulang jam 9 malam. Namun beliau mengambilku lewat hampir sejam. Aku bertanya kenapa ambilku lewat, katanya beliau pulang ke office dahulu dan hari tersebut banyak kereta.
Beliau juga memberi alasan hendak menggunting rambut, tapi tak jadi kerana terlalu ramai orang di kedai gunting rambut. Kami berbual seperti biasa dalam perjalanan pulang itu tanpa aku mengesyaki apa-apa.
Setibanya di rumah, semasa beliau sedang mandi, aku buka telefonnya lagi sekali dan aku buka recent call, ternyata suamiku otp dengan X untuk masa setengah jam lamanya!
No wonder masa aku tanya adakah dia cuba menelefonku banyak kali sebelum aku angkat panggilannya, kerana dirumah kawanku itu line telefon tidak berapa ada. Dan beliau menjawab, beliau hanya menelefon aku sekali sahaja dan aku terus angkat.
Bila aku fikir semula, memang benar beliau cuma menelefonku sekali sahaja kerana dari pukul 9.04 hingga 9.34 beliau otp dengan X!
Aku betul-betul tak boleh husnuzon yang mereka cuma BFF kerana suamiku tidak pernah menyebut nama X dihadapanku. Lepas aku check recent call, aku terus ke apps tersebut. Dan Allahu, kali nie ujianku sungguh berat. Tak tertanggung rasanya bila aku melihat mesej tersebut.
Ada seorang kenalan barunya mengajaknya untuk m******p. Aku masih ingat mesej tersebut dihantar 8.01 dan pada jam 8.02 kenalannya itu berkata kalau busy, takpe laa.
And yang tak disangka-sangka, pada jam 8.12 suamiku membalas “nak l****p dimana?” Allahu, tanganku menggigil membaca mesej tersebut.
Fikiranku mula memikirkan benda yang bukan-bukan, benda yang tak pernah terlintas selama ini dalam fikiranku. Aku mengucap panjang. Aku mula mempersoalkan pukul berapa sebenarnya suamiku habis bekerja. Adalah pukul 8 dan beliau bertemu dengan kenalannya.
Atau adakah beliau sebenarnya tidak bertemu dengan kenalannya itu sebaliknya memang betul beliau habis kerja pkul 9 dan terus otp dengan X, aku sudah mula serabut memikirkan apa sebenarnya yang Tuhan sedang uji aku.
Pada malam itu juga, aku banyak menghabiskan masa dibilik selepas solat Isyak bersamanya dan beliau menghabiskan masa di PC.
Aku jadi moody, tidak rasa mahu bercakap dengannya dan aku takut marahku meledak. Sebab itu aku memilih untuk mengurung diri didalam bilik.
Pada hari itu juga merupakan hari lahirnya. Aku dalam keadaan serba salah, banyak yang aku rancangkan untuk surprise suamiku, namun semuanya hancur berkecai saat aku dapat tahu tentang itu pada malam sebelum ulang tahun kelahiranku.
Aku mula berfikir yang aku tidak mahu wish kepada suamiku, namun pada masa yang sama aku tidak mahu “orang lain” menjadi yang pertama untuk wish hari lahirnya. Aku keluar tepat jam 12 tengah malam dan mengucup pipinya dan mengucapkan selamat hari lahir.
Setelah itu aku terus berkurung dalam bilik bukannya mahu tidur, tapi aku tidak boleh melelapkan mata.
Pada malam itu, beliau masuk bilik lambat, dalam pkul 3 lebih dan tidak terus tidur sebaliknya masih bersama phonenya. Aku tahu kerana pada waktu tersebut aku masih belum melelapkan mata.
Pada jam 3.55 pagi, aku bangun untuk ke toilet, dan aku dengar dia cuba menutup tingkap dan menarik langsir untuk tidur.
Sebaik sahaja aku masuk bilik, bilik sudah dalam keadaan gelap dan phonenya dicas. Aku cuba juga gagahkan diri aku untuk bertanya samada beliau sudah tidur. Katanya beliau mahu tidur, sebab mengantuk.
Aku bertanya kenapa tak tidur lagi, dah nak dekat pukul 4 pagi. Namun selorohnya sekarang baru jam 2 pagi, dan beliau mengatakan jam di ruang tamu itu salah. Aku menafikan kerana jam di phoneku juga menunjukkan sudah jam 4 pagi.
Aku tanya apa yang dilakukannya, beliau menjawab baru habis tengok movie sedangkan aku tahu beliau tidak tengok movie pun.
Aku wish lagi sekali ulang tahunnya dan beliau bertanya mana hadiahnya. Aku bertanya kepadanya, apa yang dimahukan. Katanya dia mahukan aku. Dan aku pula pada masa itu memang tiada mood untuk melayannya dan menjawab yang beliau kini sudah mendapat aku sepenuhnya.
Beliau cuma tersengih dan setelah itu aku cuba untuk memberikan diri aku walaupun aku tidak rela kerana mesej di apps itu masih segar di ingatan aku. Berulang kali aku memujuk rayunya namun beliau menolak dan katanya hari sudah lewat dan beliau terlalu mengantuk.
Sudahnya, kami tidur seperti biasa setelah puas aku memujuknya untuk memelukku. Namun sebenarnya, aku masih juga tidak boleh melelapkan mata. Aku sedar yang suamiku ada membuka kembali phonenya pada jam 4.45 pagi lebih kurang namun aku tidak pasti apa yang dibuatnya.
Beliau memakai headphone jadi aku tidak boleh detect apa yang sedang dibukanya. Pada masa yang sama, beliau bangun untuk ke toilet dan aku cuba melihat phonenya.
Namun dia hanyalah membuka youtube sahaja setakat yang aku nampak. Dan aku pura-pura tidur kembali setelah dengar pintu bilik air dibuka.
Aku tersedar jam 6.35 pagi untuk solat Subuh dan aku cuba untuk membuka phonenya namun gagal kerana terlalu banyak notification di skrin hadapannya. Jika aku buka, sah-sah akan kantoi jadi aku biarkan sahaja.
Dan pada pagi itu, aku rasa berat sangat nak bangun (aku tidur semula selepas Subuh) dan bangun pada jam 11.45 pagi.
Suamiku bangun awal sikit dariku, jam 11.30 dan mula mencari breakfast. Aku biarkan sahaja kerana aku masih rasa marah terhadapnya dan meraguinya.
Namun beliau memanggil aku untuk bangun kerana beliau memberitahu akan ke rumah mertua pada tengahari itu. Aku kini akan ikut sahaja beliau pulang ke rumah mertuanya kerana aku mahu tahu apa yang dilakukannya.
Sebaik tiba di rumah mertua, beliau seperti biasa akan masuk ke biliknya dan aku terkapai-kapai di ruang tamu. Namun tidak lama selepas itu, adik iparku keluar jadi aku masuk ke bilik dan baring bersamanya.
Dia sedang melihat tiktok, aku pun melihat bersamanya kerana aku sengaja mahu bermanja dengannya walaupun sebenarnya aku pun ada apps tiktok itu cuma beliau tidak tahu aku installnya.
Aku cuma membuka tiktok semasa ketiadaannya dirumah. Namun, aku tertarik dengan satu channel masakan nie, dan aku leka melihat tiktok tersebut, masatu aku yang pegang phone suamiku.
Suamiku bangun untuk ke toilet dan aku mengambil peluang sekali lagi untuk buka whatsappnya dengan Z dan ternyata benar.
Sampai sahaja di rumah, suamiku terus menghantar whatsapp kepada Z dengan hanya emoji mata dan Z membalas bahawa dia wfh pada hari itu dan akan berjumpa dengan suamiku keesokan harinya memandangkan dua-dua bekerja.
Belum sempat aku menutup whatsapp, suamiku sudah masuk bilik. Kelam kabut aku cari semula apps tiktok dan membukanya kembali. Namun aku yakin dia tahu yang aku buka whatsappnya. Kerana pada masa yang sama kami basuh baju dan baju tersebut sudah siap dibasuh namun tidak diletakkan sabun.
Beliau menyuruh aku menyidainya sahaja dengan tidak bersabun, aku berkeras meminta dia basuh semula baju tersebut dan letakkan sabun. Namun dia tidak mahu melakukannya dan melihat sahaja aku memegang phonenya.
Beliau siap merajuk mengatakn perkara seperti itupun beliau yang kena buat. Sebab aku cakap yang aku tidak pandai menggunakan mesin itu dan selalunya beliau yang akan basuh dan sidai baju tersebut.
Namun, pada hari itu, dia tidak mahu melakukannya kerana dia telah tahu aku buka whatsappnya. Aku tawakal juga meninggalkan bilik dengan memikirkan samada aku sempat atau tidak delete recently open apps tu tadi kerana aku juga ada buka apps tersebut.
Petang itu, aku minta izin untuk keluar dengan kawanku kerana hari itu merupakan hari jadinya. Jadi aku plan untuk belikannya kek. Maknya pula telah masak mee kari dan abg iparku pula menyediakan bbq.
Jadi aku rasa aku mahu menyumbang kek untuk suamiku. Suamiku mengizinkan aku keluar, namun meminta aku untuk pulang awal kerana dia mahu hantar barang pada pelanggannya.
Bukannya beliau tidak boleh naik kereta lain, cumanya beg IC beliau dalam kereta yang aku guna. Aku betul-betul lupa untuk keluarkan begnya.
Akhirnya aku pulang jam 7.15. Dan beliau terus keluar hantar barang pada pelanggannya. Sebaik sahaja beliau pulang pada jam 8, aku tidak terus check phonenya kerana sibuk hendak meraikan majlis ulang tahunnya.
Namun setibanya kami di rumah sendiri, apabila beliau didalam bilik air, aku buka recent call and ternyata dia ada call X semasa dalam perjalanannya menghantar barang kepada pelanggannya.
Aku tidak pasti samada mereka bertemu atau sekadar otp sahaja kerana duration call tu cuma 53 saat sahaja.
Aku tidak tahu apa yang aku perlu buat untuk selamatkan rumahtangga ini, kerana kami sebenarnya tidak pernah bergaduh atau bertengkar teruk, cuma aku makan hati apabila suamiku berkelakuan pelik begini.
Aku benar-benar cintakannya walaupun sebelum nie kami hanya berkawan dan bertunang hanya untuk tempoh sebulan sahaja.
Aku tidak pernah berlaku curang kepadanya dan aku sentiasa taat akan perintahnya. Namun apa yang Allah duga padaku amat berat untuk aku terima kerana usia perkahwinan kami baru sahaja 3 bulan.
Aku pernah terfikir untuk berterus terang dengannya bahawa aku sudah mengetahui perbuatan jijiknya, namun setelah aku fikir semula, mungkin aku perlu tunggu sehingga aku dapat bukti yang betul-betul kukuh untuk aku meletop.
Pernah juga terlintas difikiranku untuk beliau memilih samada aku mahupun nafsu songsangnya. Namun itu akan membuatkan hatiku berkecai seolah-olah aku cumalah pilihan untuknya. Dan lebih sakit memilih dengan berlainan jantina dariku. Allahuakbar.
Jadi, aku mohon sangat-sangat nasihat dan pandangan daripada kalian apa yang perlu aku lakukan demi menyelamatkan rumahtanggaku.
Aku mohon jangan ada negatif komen sebab aku betul-betul serabut sekarang ini, aku tidak boleh berfikir dengan waras sehingga aku pernah terfikir untuk hack phone suamiku namun aku tidak tahu bagaimana caranya dan aku risau jika aku hack phonenya, aku akan kantoi nanti.
Tolong aku pembaca-pembaca semua. Terima kasih.
Insan yang lemah,
– Puan S (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit