Suamiku Boros

Assalamualaikum. Terima kasih IIUM Confession sebab sudi siarkan luahan aku ni.

Aku tak tahu nak luahkan kepada siapa. Sebab kadang aku terpikir sama ada luahakan aku ini terlalu remeh sebab perkahwinan aku baru setahun lebih.

Aku pernah terbaca 5 tahun perkahwinan yang pertama akan diuji salah satu dari segi kewangan.

Aku telah berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata. Sebelum berkahwin, aku dan suami telah berbincang segala urusan kewangan aku yang akan uruskan.

Orangtuanya juga berpesan pada ku supaya aku uruskan kewangan sebab suamiku pernah habiskan duit berpuluh ribu dlm masa beberapa bulan semasa belajar.

Pada awal perkahwinan segalanya nampak okay. Tapi selepas beberapa bulan aku nampak suami tak pandai uruskan kewangan/boros dalam berbelanja.

Untuk pengetahuan pada awal perkahwinan aku yang pegang kad bank suami aku. Tapi selepas beberapa bulan aku pulangkan kad tersebut dan suami aku yang pegang sehingga kini.

Apabila dapat sahaja gaji suami akan asingkan duit rumah dan duit keperluan barang dapur. Dan bakinya suami bayar segala hutang dan duit belanjanya.

Tapi perbelanjaan suami ku melebihi gajinya. Dalam beberapa hari saja duit gaji yang sepatunya untuk perbelanjaan selama sebulan habis.

Aku tak tau die belanja beli apa. Aku mintak semula kad bank suami aku tapi dia tak bagi dan menukar kata laluan banknya. Jadi aku tak tahu duit keluar masuk digunakan untuk apa.

Hal ni juga menyebabkan aku bergaduh dengan suami aku.

Aku tak pernah mintak duit suamiku, apa yang dia bagi aku terima seadanya. Cukup atau tak cukup aku terima sebab aku bekerja dan ada duit sendiri.

Aku jenis yang tak suka berhutang, tapi berbeza dengan suami aku, suka berhutang bila hujung bulan sabab duit dah habis.

Puas aku nasihat dia tapi masih sama. Setiap bulan pinjam dan akan pulangkan bila ada duit. Aku tak tahu berapa ramai yang dia berhutang.

Banyak kali aku nasihatkan dia sampai bila nak berhutang. Jangan berbelanja melebihi gaji. Tapi masih sama.

Aku tak kisah perbelanjaan guna duit aku, sebab hutang dia pun aku pernah bayarkan. Bil telefon dia dua bulan jejak RM800 aku yang tolong langsaikan.

Duit rumah tak cukup aku topup. Duit yang aku simpan kat rumah pun dia ambik tapi aku tak kisah sebab dia suami aku. Tapi bila benda yang sama saja berulang aku dah tak tahan.

Bila dapat duit lebih sikit dia tak reti nak menyimpan. Dia utamakan keperluan diri daripada keperluan isteri dan anaknya.

Sejak bujang sampai kahwin sehingga ada anak dia takde simpanan. Aku cuma nak suami aku menyimpan, jangan berbelanja keperluan diri melebihi gaji.

Tolong utamakan keprluan isteri dan anak. Jangan dapat duit gaji lebih tapi hujung bulan berhutang dan benda yang sama berulang2 setiap bulan. Nak hidup macam ni sampai bila.

Aku tak berkira dengan suami sendiri tapi sampai bila.

Aku cuma harapkan pendapat yang baca luahan aku ni. Terima kasih.

– Puan I (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *