Suamiku Bukan Alpha

Assalamualaikum semua. Nak diluah mati mak, nak ditelan mati bapak. Nak dibuang suami, nak dilepaskan takut hanya mengikut perasaan.

Aku kenal suami 10 tahun dan kini usia perkahwinan 7 tahun. Berkahwin dalam usia yang agak lambat dengan tempoh perkenalan yang lama. Pada awal perkenalan, aku perasan memang suami tiada ciri-ciri kepimpinan dan banyak mengikut cakap aku sahaja.

Jurang PhD, SPM (sijil terbuka) tu bukan lah sesuatu yang mengganggu fikiran, tetapi nak beri gambaran tahap pemikiran kami berbeza.

Awalnya semasa berkawan, suami ada PMR sahaja. Ketika itu usianya 28 tahun dan aku menasihatkan serta coaching beliau untuk ambil SPM sijil terbuka.

Aku sentiasa sokong dia untuk sambung belajar terutamanya dalam bidang kemahiran kerana dia memang meminati bidang tersebut berbanding akademik.

Aku mengimpikan seorang suami yang boleh memimpin keluarga, tetapi dah dia yang aku pilih, jadi aku hadap sahaja. Aku nak minta cadangan dan nasihat pembaca.

Jujurnya suami tiada pendapatan tetap, tetapi dia rajin dan tak banyak bunyi (tidak bising). Aku tak masak, tak basuh kain, tak menyapu memang dia tak pernah bersuara.

Dia yang akan settle semua, kadang berganti dengan aku. Aku tak kisah pasal tak ada pendapatan tu, sebab memang aku menyara dia dan anak.

Perbelanjaan bulanan dan segala hutang bukanlah sesuatu yang aku risaukan memandangkan pendapatan aku cukup serba serbi.

Sejak PKP, dengan WFH lagi, segala fikiran negatif yang bersarang dalam kepala semakin ligat bermain ditambah dengan hasutan syaitan barangkali..

Aku menjadi sakit hati sebab dia tidak pernah berfikir segala aspek berkaitan keluarga.

Contohnya pendidikan anak macammana, sebulan berapa saving, simpanan kecemasan macammana, anak dah mengaji ke belum, keluarga dan tunaikan solat ke belum dan segala macam perancangan yang sepatutnya seorang suami tu buat.

Semuanya terletak atas bahu aku, yang mana makin lama aku jadi makin penat nak fikir. Bab berkaitan agama, kejap konsisten, kejap tak. Solat subuh hari-hari lambat, solat fardhu suka melambatkan.

Kenapa aku yang kena fikir, keluarga aku ni menuju ke neraka ke atau ke syurga? Esok kalau aku (isteri) kena buang kerja, apa back up plan? Macam- macam.

Suami aku memang budak nakal tetapi hubungan dengan adik beradik, dan mak memang akrab dan sangat baik. Bukan nak salahkan dia 100% tetapi aku fahamlah dia mewarisi sikap acuh tak acuh tu dari mana.

Bayangkan, arwah bapak dia yang dulu bergelar orang kaya (kontraktor tersohor), tersangat kaya pada tahun 80an, akhirnya jatuh bankrap dan tiada satu pun harta ditinggalkan.

Mak mentua memang kata, arwah FIL aku tu tak ada merancang kewangan, tak ada merancang harta anak, cucu untuk masa depan. Contoh, kalau dia dapat 1 hari 30 ribu, 30 ribu juga boleh habis dalam masa 1 hari.

Arwah FIL aku pun sejenis dimanjakan oleh mak. Waktu belasan tahun, minta rokok, emak yang akan belikan. Mak mentua dan keluarganya start solat masa suami aku baru-baru kenal aku 17 tahun yang lalu. Diaorang memang tak ada ilmu agama dan tak pernah solat.

Bila tiada father figure yang ada leadership, wujudlah suami-suami macam suami aku tu. Circle of friends suami aku memang dari kalangan mereka-mereka yang kuat melepak, harap duit parents dan lain-lain.

Ramai juga dari kalangan beruniform, tapi aku tak rasa thinking, action dan behaviour dia boleh develop untuk menjadi seorang suami dan ayah yang at least ada sense kebertanggunjawaban.

Suka untuk diingatkan, umur dia dah masuk 40 tahun. Aku pernah hantar suami aku pergi Australia untuk bekerja,

Alhamdulillah bila dia balik, pemikiran dia sangat berbeza. Melihat kepada Australian citizen yang beradab dan duduk di negara maju, menjadikan dia seorang yang berfikir. Bila balik Malaysia, adalah dalam 6 bulan perangai dia maintain, selepas dari itu, dia berbalik pada asal.

Terbaru, aku hantar dia pergi kursus kapal dengan harapan biarlah dia naik kapal, belayar lama-lama dan belajar dengan orang bijak pandai yang ada misi dan visi dalam tu. At least, boleh membuka minda tentang perancangan masa depan keluarga.

Tetapi atas sebab aku pun sibuk pindah rumah baru, dia hold dulu panggilan kerja atas kapal tu. Aku beli rumah, suami aku yang handle kos wiring, plumbing dan lain-lain.

Banyak modifikasi untuk rumah ni, dan suami aku sumbang 100 peratus tenaga dia. Dalam masa yang sama, suami aku develop passion lain pulak dengan meniaga barangan pre-loved atau bundle kasut dan baju-baju. Strategi perniagaan dia, beli murah-murah dari orang lepastu dia jual balik.

Aku tengok memang berjalan agak baik, tapi kalau dia bijak sikit, dia boleh beli secara pukal dari Jepun, China atau UK. Nampak kan, malas nak buat research.

Dalam kedangkalan, aku tak nafikan dia dengan adik beradik dia ni memang menang dalam perniagaan. Ramai kawan, disegani, manis mulut dan customer suka.

Aku tak tahu kenapa zaman canggih berFB ni, dan berGOOGLE, kau tak reti nak cari maklumat padahal kau berkepit jam dengan phone.. Entahla, perasaan aku sangat bercampur baur.

Aku tengok muka dia pun tak ada selera sebab aku rasa kebanyakan yang dia buat tu semua pentingkan diri. Betulke tindakan aku untuk suruh dia pergi belayar tu? Kadang benda basic, tapi tak reti nak fikir. Aku letih sebab kena fikir.

Betulkah tindakan aku hantar suami aku tu belayar? Aku harap dia dapat ubah perspektif dia tentang kehidupan. Sebelum syaitan berbisik-bisik menuntut fasakh…

– Aton (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *