Salam semua. Nama aku Ani. Aku sudah berkahwin dengan suamiku selama 6 tahun. Belum lagi dikurniakan anak.
Kadang-kadang bila aku fikir pasal anak ni, rasanya ada hikmah kenapa aku belum dikurniakan amanah sebesar syurga itu.
Aku seorang yang happy go lucky. Aku suka senyum dan ketawa. Aku tahu hidup setiap orang dipenuhi liku dan ujian. Tapi, itu bukan alasan untuk aku tidak gembira.
Aku pandang bahawa dunia ini sementara. Kalau kita boleh pilih jalan bahagia, kenapa kita nak pilih jalan derita.
Nak kata aku ni optimis, tidak lah juga. Ada masa aku tertekan, ada masa aku menangis, ada masa aku redha. Tapi aku sejenis orang yang boleh gembira pada perkara sekecil-kecil alam pun.
Walaupun aku jatuh luka, aku masih mampu tersenyum. Kalau aku ada masalah berat, aku masih mampu gembira, kerana aku percaya setiap dugaan tu nikmat.
Ya. Aku mudah gembira. Tapi tidak seperti suamiku. Boleh aku katakan suamiku adalah joy killer.
Dia seorang yang susah nak bergurau, serius memanjang, suka rosakkan mood orang lain, tak boleh tengok orang lain gembira atau bahagia dan ‘rengsek’ kalau orang lain lebih darinya.
Ya, suamiku adalah typical malay yang busuk hati. Mungkin ada yang akan label aku derhaka sebab menuduh suamiku sejenis yang busuk hati.
Sepanjang aku berkahwin dengannya selama 6 tahun ni, tak tahulah berapa kitab pergaduhan dah aku tempuh. Kadang-kadang hanya kerana perkara-perkara remeh yang tak masuk akal.
Aku seorang yang tenang. Aku suka melihat orang lain gembira. Aku suka melihat kanak-kanak bermain, aku suka sesuatu yang cantik, aku suka ke pantai mendengar ombak, dan aku sukakan perayaan.
Aku suka melihat bunga api, dan aku suka sesuatu yang boleh berikan senyuman buat orang lain. Tapi sering kali, kesukaan aku dipandang remeh.
Apabila aku tangkap gambar bunga tepi jalan, suami aku meremehkan aku, cakap aku jakun.
Apabila aku happy tengok budak2 bermain, katanya aku buang masa. Bila aku nak ke pantai menenangkan diri, dikata menyusahkan. Apabila aku ajak bercuti, dikatanya membazir.
Aku suka memberi hadiah kepada orang lain, kerana aku percaya dengan bersedekah tak akan memiskinkan aku.
Kalau aku memberi hadiah, akan aku balut dengan cantik, diletakkan dalam kotak, ditulis kad ucapan, diletakkan reben.Walaupun sekadar untuk adik-beradik mahupun jiran sebelah rumah.
Tapi seringkali usahaku untuk membahagiakan orang lain dipandang remeh. Dikatanya, aku buang masa, buang duit, buang tenaga.
“Alah bagi je la kek tu. Nak bagi macam2 buat apa. Dah bagi tu kira cukup baik la”
Aku teringat ayah aku pernah menghadiahkan kawan lamanya, sebuah jam tangan kesayangannya. Jam yang berharga ribuan ringgit.
Hanya kerana kawan ayah aku tu memuji jam tangan ayah aku. Aku tanya pada ayah, kenapa beri? Kan mahal. Ayah jawab,
“Kita kalau nak beri orang, beri apa yang kita paling sayang dan paling terbaik” sebab tu aku tengok ayah aku sentiasa dimurahkan rezeki.
Nak kata senang tu tak lah, tapi rezeki tu tak pernah putus. Aku nak jadi seperti arwah ayah aku.. jangan berkira dalam memberi.
Sepanjang aku mengenali suami aku dalam perkahwinan ini, perasaan bahagia dan gembira tu terlalu mahal untuk suami aku.
Melihat orang lain beli kereta baru, dikatanya orang tu riak dan belagak. Melihat orang lain bersedekah, dikatanya orang tu nak menunjuk berbuat baik.
Walaupun adik beradik sendiri, tetap dia cakap macam tu. Betapa busuknya hati suami aku kerana tak mendapat secebis bahagia yang sepatutnya mudah tu. Dalam hidup suami aku, tak ada istilah ‘a simple joy’.
Aku ni dapat coklat sebiji pun dah cukup happy. Dapat pergi pasar malam pun dah cukup bahagia. Tapi, suami aku ni… Hmm… Mahal macam mana pun hadiah aku berikan untuk dia, jika bukan kesukaannya, diletaknya tepi tak dihargai.
Suami aku juga tanpa sedar seringkali merosakkan mood orang lain dengan ayat-ayat busuk hati yang keluar dari mulutnya. Bila orang lain diam sebab dah terasa dengan ayat-ayatnya, tak ada sebarang maaf yang diucapkan.
Kemudian suami aku akan buat seperti tak ada apa-apa berlaku dan akan menuduh orang lain pulak yang irrational atau emosi. Bukan pada aku je dia buat macam ni, pada adik beradiknya pun sama.
Kadang aku malu bila ada gathering adik-beradik. Aku malu kerana mempunyai suami yang busuk hati macam ni. Yang peliknya, tak ada seorang pun adik beradiknya yang seperti ini. Entah lah.
Betul lah kata orang.. bahagia itu mudah sebenarnya. Jika kau pandang dunia ni syurga, ujian tu nikmat, dan sekecil-kecil rezeki itu rahmat, takkan sempit hati kau.
– Ani (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit