Suamiku Disondol Perempuan Bergelar Hajah

This is my silence tears of a broken heart…. Luahan hati seorang isteri yang diduakan tanpa izin.

Tahun 2024, ramai artis yang aku tengok diuji dengan kehadiran orang ketiga. Keluarga yang nampak bahagia di media sosial, rupanya menyimpan luka.

Aku selalu simpati terutama nasib tak pernah terfikir, benda ni aku sendiri terpaksa hadap juga dikemudian hari.

Aku dan suami sama-sama bekerja. Anak pun ada yang sekolah menengah, ada yang masih kecil. Hidup kami biasa-biasa saja, cukup makan pakai.

Rumah yang kami duduk sekarang ni, aku bayar. Aku ikhlas. Janji keluarga cukup.

Cuma… suami aku memang dah semakin berubah. Dingin. Jarang bercakap.

Aku pernah juga cek telefon dia, tapi tak ada apa-apa yang mencurigakan. Kadang-kadang aku tengok dia online WhatsApp malam-malam, tapi aku sangka dia layan kawan sepejabat, kawan satu hobi. Aku tak pernah fikir lain.

Awal tahun ni, entah macam mana… masa aku pujuk dia sebab aku rasa macam makin jauh, dia mengaku. Katanya dia sunyi.

Rupanya dia ada chatting dengan perempuan lain. Katanya aku selalu duduk bilik belakang. Padahal aku di situ buat kerja. Hati aku sebenarnya selalu rindu.. tapi aku selalu tengok dia dengan henfon aje.

One day, bila dah terlalu lama dingin… aku jadi terlalu sebak. Aku cakap elok-elok.

“Tolonglah… jangan buat saya macam ni. Saya sayang awak sangat. Saya sebenarnya tertunggu-tunggu awak setiap hari, tapi awak tu yang dingin”.

Dia diam. Lama. Lepas tu dia jawab, “Saya sebenarnya dah kahwin dua bulan lepas.”

Aku terdiam. Rasa berdebar, tangan mula menggigil sikit. Aku tak cakap apa-apa mula-mula. Cuba hadam. Cuba faham.

Baru lepas tu aku tanya perlahan, “Kenapa…? Kenapa sampai macam ni?”. Perkahwinan kita ni dah berbelas tahun kita bina.

Waktu tu… dunia aku rasa gelap. Badan rasa ringan, kaki longlai. Aku duduk termenung. Tak percaya benda macam ni boleh jadi dekat aku. Suami yang aku sayang. Yang aku jaga. Yang aku tolong dari dulu.

Aku tak sempurna. Tapi aku usaha jaga rumah tangga. Aku setia. Aku bantu tanggung nafkah rumah. Aku lahirkan anak-anak dia. Kami sama-sama susah.

Aku tak nafikan dia pun banyak berkorban untuk rumahtangga ni. Tapi kenapa…?

Aku selidik sape orang tu. Dan waktu aku tahu… hati aku makin hancur. Seorang janda. Tua banyak dari umur suami ku. Umur lebih 50. Ada bisnes. Berduit. Seorang Hajah. Orang yang ajak suami aku kahwin di Siam.

Aku terkedu. Aku tak rasa suami aku mampu pun nak taja perkahwinan ni sebab dia memang bukan berduit sangat. Aku tahu perempuan tu yang mengatur.

Dan lepas tu… bermulalah episod baru. Penyondolan dia sedikit demi sedikit..

Entahlah otak aku serabut. Yang nak cakap poligami tu halal, korang tak berada di kasut aku ye. Ada ke yang nak sambung Part II

– Ita (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Satu pengalaman yg agak ‘perit’ juga sbg isteri yg masih mnyayangi suami tu.. tp perkara dah pon terjadi, & suami tu dah mmg ‘nekad’ utk berkawen secara senyap2.. klaw nk sruh bersabar pon, mmg dah lama awk ‘bersabar’ kan.. infact, mse dia ‘confessed’ yg dia dah berkahwin 2 bln lps tu pon, awk masih bole ‘bertahan’, w/pon mnggigil jugak.. apa yg bole saya katakn, sudah pasti ada ‘hikmah’nya ini semua terjadi.. (kita kena yakin tentang itu, w/pon amat ‘pahit’ utk ditelan..), mngkin juga ada sebab lain yg awk sendiri x perasan, cthnya : layanan sbg isteri; dia nmpak awak ‘sibuk’ dgn kerja, sedangkn awk ingat dia sibuk dgn hobinya.., ruang utk janda itu pon mngkin ‘terbuka luas’, kerana awk jenis yg x mngongkong setiap kegiatan suami tu.., utk ‘heal’ hati secara diam2.., anggap lah ini adalah tanda ‘kasih sayang’ Allah SWT yg sruh kita dekat kpd-Nya.., mngkin sbelom ni kita agak ‘terleka’ dgn dunia kerja, ank2 dan lain2.. skrg awk cuba ambil ‘cakna’ dgn apa yg ‘kurang’ sbelom ini, perbaiki diri dan hubungan.. nk marah lebih2 pon, mngkin akn menjauhkan lagi hubungan antara suami-isteri.. seperkara lg, bagitau suami utk dia maklumkn perkahwinan kedua dia tu kpd kedua2 belah kluarga, kerana ini perkara ‘besar’ & akn melibatkan semua pihak jika berlaku kematian dsb.. cth : fara’id, giliran, kebajikan ank2 dll hal yg berkaitan.. dari segi hukum mmg la dah ‘sah’ hubungan mrk, tp yg akn dtg, bgaimana pula dgn pelaksanaannya.. bkn mudah utk berkeluarga ‘besar’ ni, semuanya perlu diuruskan dgn baik, jika x mau bersoal-jwb tentang t/jwb di Akhirat kelak lah.. klaw x dibuat mngikut syari’atnya, kdg2 di dunia lg, dah dpt balasan.. dah bnyak saya jumpa org sebegini yg ‘melarat’ semasa tuanya; mne2 isteri pon akn mnolak utk menjaganya dgn baik.. harus diingat bhw ‘perceraian’ bkn lah pnyelesai kpd suma perkara atau msalah, kdg2 hidup lebih susah n perit slepas bercerai.. bincanglah secara matang dgn suami tu, mngkin dah ada perancangan dia sendiri.., n jgn lupa utk ‘istiqorah’, krn Dia lbh mngetahui apa yg terbaik utk semua.. wallahu a’lam

  2. Puan, kenapa letakkan kebahagiaan puan pd seorg manusia bergelar suami? Puan kena baca buku Yasmin Mogahed ‘Reclaim Your Heart’ (boleh Google je) & betulkan semula keutamaan tu. Dari awal puan dah ‘senangkan’ dia dgn ambil alih sebahagian tggjwb menyara keluarga tu, sepatutnya jgn manjakan. Biar dia sibuk fikir & buat, puan cuma sokong beri idea & cara bila perlu atau tolong sikiiit je utk lengkapkan. Skrg bila dia dah ada ‘org baru’, eloklah puan kembalikan hak- hak & tggjwb tu, biar dia selesaikn semua..boleh kahwin lebih, pastilah boleh lebih sempurna atur tggjwb kan. Puan ada lebih masa tumpukan diri sndiri TANPA kurgkan sikit pun tggjwb sbg isteri (fahami betul² kehendak Allah dulu sblm bertindak). Kawal & urus emosi puan baik², insya Allah dgn lebih dahulu memenuhi hak² Allah Dia akan bantu puan cari jln keluar dr keserabutan rasa & tak puas hati

  3. Bila kita sayang sangat seseorang.. Allah SWT tu cemburu..Dia akan tarik orang tu dari kita
    Muhasabah ya puan

    Puan ni dah bertuhankan suami bukan Allah

    Allah uji mcm ni sebab nak puan kembali meraih kasih sayang Allah bukan manusia yang lemah

    Lelaki ni…kalau tak jaga pandangan mcm mana nak jaga punai… Allah suruh tundukkan pandangan pun tak boleh ikut

    Hajah miang tu penunggang ugama gersang puki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *