Salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman. Ini kali pertama aku menulis di sini. Maaf kalau membosankan atau tidak menepati citarasa. Sekadar ingin berkongsi cerita.
Aku dan suami sudah bernikah hampir 10 tahun. Apa yang boleh aku katakan tentang dia?
Suamiku itu seorang lelaki yang kasar, terlalu berterus terang, tegas, keras dan sangatlah kayu jika membabitkan hal romantis. Dia langsung tak kisah soal ulangtahun.
Sepanjang bernikah, kami tak pernah sekalipun meraikan hari lahir atau ulangtahun pernikahan.
Pada dia, sama sahaja setiap hari yang berlalu. Jangankan makan malam yang romantis, hadiah pun tak pernah dapat. Bunga? Bercuti? Membazir katanya. Hahahaha. Sadis.
Soalannnya di sini; adakah aku bahagia? Adakah aku menyesal menikahinya?
Jawapannya tuan2 dan puan2; AKU SANGAT BAHAGIA DAN TAK PERNAH ADA SATU HARI PUN DALAM 10 TAHUN INI AKU MENYESAL BERSAMANYA.
Alhamdulillah, suamiku yang kasar dan keras seperti kayu itu adalah seorang suami yang sangat bertanggungjawab. Hidupnya diisi dengan bekerja keras demi menyara kami sekeluarga.
Segala hobi zaman bujang ditinggalkan. Hanya sesekali dia menjenguk hobi2 itu jika ada masa terluang. Dia sentiasa di rumah. Jarang melepak di luar bersama kawan2.
Suamiku juga memahami perangai aku yang cepat stress dengan perangai anak2 kami yang Masya-ALLAH lasaknya. Jadi dia selalu berikan aku “me time” yang secukupnya.
Sejak anak2 lahir, dia sentiasa bersama aku dalam menguruskan hal anak2. Bancuh susu, mandikan, tukar lampin, semua bukan masalah.
Malah, dia tak pernah kisah dengan ragam aku yang tak suka memasak. Dia boleh masak katanya. Bukan hal besar pun.
Rumahtangga mana yang sempurna? Tak ada. Sebaliknya kitalah suami isteri yang saling melengkapi dan menyempurnakan bersama.
Aku akui yang kadang2 aku terguris juga dengan sikap suka berterus terang dia. Tak pandai memuji dan menjaga hati.
Sesekali aku teringin juga menerima kejutan ulangtahun yang manis. Tapi itulah, itu bukan dia. Bukan suamiku.
Bercukuplah dia mencintai aku dengan tulus. Memberi ruang untuk aku menjadi diri aku sepenuhnya. Menerima setiap kurang lebih aku dengan ikhlas.
Aku pun bukannya isteri yang sempurna, banyak kurangnya sebagai manusia. Dia tak pernah merungut. Tak pernah berkeluh kesah. Cukuplah begitu. Kami bahagia bersama satu sama lain.
Pada aku, setiap orang ada keperluan hati yang berbeza2.
Kalau kau seperti aku yang boleh menerima kurang lebih pasangan seadanya dan bahagia, alhamdulillah. Tapi kalau kau rasa menderita, kecewa dan tak mampu pujuk hati untuk redha, itu pun tak mengapa.
Istiqarahlah agar ditunjuk jalan keluar. Islam tak pernah menzalimi kita. Sesungguhnya penceraian itu halal. Bertindaklah sebaiknya.
Soal hati, memang sukar dimengerti. Cuma janganlah bertahan, dan kemudian berkeluh kesah dan menderita. Menzalimi diri sendiri namanya.
Semoga kita semua berada dalam rahmat ALLAH yang Maha Pengasih.
– Moon (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit