Suamiku ‘Househusband’

Assalamualaikum semua. Saya perkenalkan diri sebagai Puan Noor. Saya berusia awal 30an. Husband saya pun sebaya.

Disini saya nak luahkan untuk bertanya pendapat. Saya berkerja sebagai penjawat awan yang perlu kerja shift. Mempunyai seorang anak berusia 6 tahun.

Masalah saya adalah suami saya telah setahun tidak berkerja kerana telah habis kontrak. Dan kontrak nya tidak disambung katanya selama 6 bulan.

Jadi selama 6 bulan kami hidup seperti biasa husband bayar semua keperluan rumah bil api air, kereta, tadika anak dan perbelanjaan dapur.

Namun setelah 6 bulan hanya bergantung pada saving yang ada lama kelamamaan makin susut. Jadi saya terpaksa tanggung semua perbelanjaan.

Sebelum ni, masa suami berkerja kami bayar half2 keperluan rumah. Saya bayar medical card 1 family n rumah. Bila dah jadi macam ni semua saya tanggung.

Suami saya pulak seoarang yang rajin kemas rumah, jaga anak,masak, basuh baju. Boleh di kata kan semua kerja rumah dia buat. Saya hanya keluar berkerja sahaja. Balik semua settle bab rumah.

Cuma nya bab kewangan saya jadi terbeban sebab saya perlu tanggung semua perbelanjaan kami sekeluarga.

Saya ada saran kan suami untuk buat part time sementara tunggu panggilan kerja namun dia tak mahu. Katanya anak tiada sapa yang akan uruskan.

Kalau kerja yang dahulu,dia boleh masuk lewat sikit dan pulang lewat. Kalau kerja baru dia perlu on time masuk kerja. Jadi dia tak boleh ikut masa kerja yang on time.

Jadi apa perlu saya buat. Saya jadi nak marah bila semua gaji saya perlu habiskan untuk bayar segalanya.

Harap para pembaca boleh bagi solusi pada masalah saya.. terima kasih.

– CikPuan Noor (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *