Suamiku Islamik

Hai assalamualaikum, nama saya Peah, saya cuma nak luah dan minta pandangan semua.

Saya mempunyai 3 orang anak dan suami. Sudah 5 tahun kami berkawin, dan kami masih duduk bersama dengan ibu bapa suami.

Suami saya seorang islamik, dia kumpulan tabligh. Saya cuma sakit hati dengan orang sekeliling saya, menyokong perbuatan suami.

Ye tak salah perbuatan suami join tabligh dan sentiasa keluar khuruj. Selalu keluar 3 hari, kadang kadang 40 hari, dan setiap tahun wajib 4 bulan.

Saya nak tanya, wajib ke khuruj ni?

Setahu saya ini ialah fardu kifayah, kalau buat dapat pahala, kalau satu orang islam tak buat baru dikira berdosa semua orang islam.

Tapi dalam jemaah suami, keluar khuruj ni wajib.

Saya tak kisah kalau nak keluar khuruj, tapi tolong la berperikemanusiaan sikit. Hulur hulur la duit nafkah sepanjang keluar tu. Hulur duit perbelanjaan anak dan isteri, sediakan segalanya cukup.

Ye saya bekerja. Tapi takkan nak harap semuanya duit daripada saya? 100% perbelanjaan diri dan anak saya tanggung.

Saya teringin nak merasa pemberian nafkah daripada seorang suami. Bukan kah nafkah itu wajib? Kenapa culas dan abaikan?

Pentingkan lagi keluar jalan Allah, sedekah kepada orang lain berbanding isteri dan anak sendiri. Kenapa?

Bila gaji saya tak mencukupi, saya sampai terpaksa pinjam orang lain demi meneruskan hidup. Kadang kala duit saya, saya hulur dekat suami,

Saya kesian sepanjang dia keluar khuruj kadang tak cukup duit belanja dia. Tapi islam ajar begitu ke? Keluar jalan allah sampai susahkan orang lain?

Bila saya luah kepada keluarga, keluarga suruh saya redha, tolong bagitahu macam mana saya nak redha kalau satu sen tak diberi?

Saya sendiri kena usaha cari duit untuk diri, anak anak dan kadang kala untuk diberikan kepada suami. Macam mana saya nak redha? Macam mana saya nak ikhlas?

Ramai tuduh saya isteri jahat, tak redha suami keluar jalan Allah, tak senangkan urusan suami, tapi diri saya dan anak anak siapa nak senangkan kalau bukan diri sendiri?

Macam mana nak ajar ye orang orang macamni apa yang mereka semua buat tu silap. Patut kena utamakan keluarga dulu. Bukan susahkan anak isteri.

Saya teringin nak duduk rumah sendiri. Anak ramai, anak semakin membesar, nak hadap menjaga anak sendirian bila suami takde lama.

Nak cari rumah sewa pun suami tak mampu, orang sekeliling siap marah saya lagi jika saya suruh suami cari rumah sewa, kata mereka, mampu ke suami kau nak bayar nanti?

Kenapa duduk rumah keluarga tak okay ke? Mesti gaduh dengan keluarga ni? Mesti kau banyak buat masalah ni.

Ye orang semua tahu judge je tanpa tahu keadaan saya macam mana, tanpa tahu perasaan saya macam mana.

Cakap memang senang, tapi tak sesenang nak hadap apa saya rasa. Tolong bagi saya nasihat dan pandangan apa perlu saya buat..

Sejujurnya saya penat. Penat nak lalui semua ni sendirian, penat nak dengar kata kata orang suruh saya sabar dan jadi isteri yang redha dalam urusan dakwah dan jadi isteri yang kena sentiasa senangkan urusan suami.

Bila suami dah keluar 4 bulan, sah sah dia tiada pekerjaan, mesti saya kena hulurkan duit.. Bukan macamni cara dia. Tapi orang suruh saya sabar dan redha. Macam mana nak redha.

Saya tak salahkan tabligh, tabligh ni bagus. Cuma individu je kadang tak bagus. Kadang sebab sorang, habis rosak satu nama tabligh.

Saya cuma buntu tak tahu nak buat apa, saya perlukan nasihat dan pandangan orang untuk saya terus kuat dikemudian hari. Terima kasih..

– Peah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *