Suamiku Kantoi Masa Accident

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau luahan aku ni di publish kan. Aku nak buat luahan sikit. Mengenai apa yang jadi semalam.

Semalam tarikh yang aku takkan lupakan, yang mana suami aku telah accident.

Aku sedih suami aku accident sebab dia tak pernah sakit teruk sepanjang 6 tahun usia perkahwinan kami. Itulah benda nak jadi kan, kun faya kun.

Nak dijadikan cerita, masa aku temankan dia dekat hospital, dia kena buat ct scan badan dia, dia bagi aku pegang fon dia.

Dan aku sebagai isteri saja lah tengok apa dalam fon tu. Yelah kami laki bini memang tau password fon masing masing.

Tuhan Maha segalanya kan, aku nampak dia berchatting dengan seorang perempuan ni. Hancur luluh hati aku sebagai seorang isteri, siap ber baby, bersayang lagi.

Kalau dengan aku hang check ja. Time nak manja i u ja. Tapi bila baca chatting tu siap berbaby bersayang perasaan aku macam di freeze je.

Ntah lah memang sakit hati bila kena khianat macam tu. Aku pulak da bagi dia 2 anak kot. Sorang perempuan seorang lelaki. Apa lagi yang dia nak? Tak cukup lagi ke?

Lepas je aku tengok fon tu, dia tau aku macam marah sebab melalui pandangan mata aku. Aku tanya dia siapa perempuan tu? Dia boleh cakap kawan je.

Kawan?? Berbaby bersayang?? Wowww sangat wow sekali. Tu je dia boleh cakap?

Lepas tu dia cakap perempuan tu accident tu dia layan berbaby bersayang. Alasan diberikan macam tak logik. Lepastu gelabah takut aku minta cerai.

Aku tanya lah, nak ke? Pastu dia jawab tak nak. Tapi aku rasa dia takut sebab member tengah sakit kot. Yelah nanti takde orang nak jaga pulak kan.

Ntah lah lepas je tau apa dia buat belakang aku, aku rasa useless sangat sebab percayakan dia 100%.

Betul lah orang cakap jangan letakkan kepercayaan 100% dekat pasangan. Kena ada curiga sikit.

Nanti macam aku lah bila dapat tangkap suami sendiri kantoi ber chatting dengan perempuan lain rasa sakit tu sampai kau tak mampu nak menangis.

Dari aku tau dia kantoi tu sampai sekarang takde lagi air mata keluar dan belum ada drama lagi lah. Mungkin sebab member tengah sakit.

Aku selalu berdoa “Ya Allah jagakan lah suami ku dan sekiranya dia membuat sesuatu yang buruk di belakang ku, Kau tunjukkanlah” mungkin asbab doa ni kot.

Sekarang otak aku tengah jam nak buat apa. Bagi peluang ke apa. Tengok lah lepas member sihat apa jadi.

Okey lah, itu je lah luahan aku. Aku pun da tak tau nak luah dekat siapa da. Takkan nak luah dekat adik beradik pulak, dorang pun ada masalah sendiri.

Semoga itu semoga ini. Semoga Tuhan dorongkan aku dengan keputusan yang betul. Aamiin..

– Timah (bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

8 Comments

    • sbb dah kawin sis.. byk benda kena timbang tara.. kalau masih couple or tunang confirm terus putus.

  1. Dah kantoi pun
    Masih nak menipu bini

    Itulah suami sekarang
    Jgn percaya 100%

    Depan bini n family mmg baik
    Belakang bini hanya Allah yg tahu

    Kalau dah tak jujur n setia
    Mcmana kita nak hormat n percaya?

    • Kesian betul dgn sis ni. Sy faham sgt perasaan bila suami ada ppuan lain. Cerita sy pula, sy ada kawan yg skrg ada hbgan dgn suami org. Alasan laki tu sbb nk anak lelaki, kalau apa2 jadi dekat dia, harta xjatuh kepada adik beradik, katanya. Sekarang ni laki tu dah ada anak ppuan 3 org. Isteri dah xboleh beranak sbb masalah kesihatan. Si kawan ni masih lgi nk teruskan hubungan sbb syg dan lelaki ni mampu. Sanggup jadi madu. Sy sebagai kawan rasa sedih, jadi madu ni xseindah apa yg kita bayangkan. Terutama hati yg perlu dijaga. Sebelum kawin memang akan rasa boleh hadap. Percayalah selagi kita x lalui, kita xakan tahu pahitnya bermadu kasih.

  2. Kalau dah nama sampah.. dia akan tetap sampah. Kau simpan akan menyakitkan mata dan hati. Kalau boleh ubah sampah tu jadi barang kitar semula.. kau buat laa. Pastikan selepas dikitar sampah tu akan jadi lebih baik.

  3. Sbb suami ni kita para istri haram minta cerai kalo suami curang.. agama islam ajar bgitu, kecuali suami penagih dadah, kaki pukul, tidak kerja tidak bagi nafkah, bawa mudarat penyakit.. kalo asbab curang, tidak boleh minta cerai adik kakak weiii… Sy pernah jadi ibu tunggal, sy struggle nk brcerai dlu sbb bekas suami penagih dadah, pakej la skali tidak bagi nafkah, kaki pukul bila saya pula kna bgi dia duit, mula2 saya sabar sebab ingtkn ank nanti kesian sbb tidak kasih sayang bapa, tapi bila dia berani pukul depan ank, ank pula masa tu lari ketakutan, sy terus tekad nk bercerai, buat apa ada bapa tapi bagi trauma pd ank.. ank karang sakit mental, depresi bagai.. walaupun ada surat polis, surat doktor hal cerai bkn mudah2 boleh setel ye, syukur setel jg akhirnya.. bagi sy selagi suami function dlm rumahtangga, jgn la bercerai, kita manusia ada slah silap, nama pun manusia kn.. semoga tuan tanah ni dpermudahkn urusannya..

  4. Kak.. Kalau kau percaya alasan suami kau, kau mmg bodo lah..

    Selamat meneruskan kehidupan tak tenang sampai bila2 sbb mulai saat ni kau takkan boleh tenang dan rasa selamat selepas dicurangi.

    Suami kau akan terus layan perempuan murahan nak hiburkan kepala atas dan kepala bawah dia.. Kau sekadar nurse, tukang masak, kilang anak je utk dia..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *