Hai. Aku seorang ibu serta isteri berumur 25 tahun, punyai seorang anak umur 1 tahun. Fully housewife. Ya! Aku bangga dengan pekerjaanku.
Bukan Setakat di nukilan ini sahaja, di dunia nyata pun aku bangga untuk berkata bahawa aku housewife even ada yang tidak senang mendengarnya. haha…
Okey² you guys bacalah kisahku… yang tidak seberapa ini.
Suamiku seorang yang lembut budi bicaranya. Aku bersyukur kepada Allah. Kami dijodohkan oleh orang yang alim. Suamiku rajin membantuku membuat kerja rumah even baru balik kerja.
Senyum tak pernah lekang dibibirnya. Jarang bermasam muka denganku dan anak. Aku pula? Ermm adalah bermasam muka tanda ingin memberitahunya perihal di rumah.
Lepas itu baru aku meminta maaf kepadanya ((sekurangnya sedar kekhilafan ini))
Setiap kali balik kerja, pasti akan bertanya perihal anak, barang dapur cukup ke tidak, ada rehat ke tidak…
Selalu menasihati aku agar tidak terlalu keras dengan anak.
Katanya “anak ni anugerah daripada Illahi yang tidak ternilai harganya, jadi hargailah anak. Didik anak ke jalan yang benar”. Itu nasihat yang tidak akan aku lupakan.
Aku terpana dengan nasihatnya. Bukan sekadar menasihatiku, tingkah lakunya yang baik terhadap anak juga meyakinkan aku bahawa dia suami serta ayah yang baik.
Anakku rapat dengan bapaknya, manja.
Bayangkan, suamiku balik kerja sahaja, anak terus ingin menerpa bapaknya, tetapi dilarang olehku kerana bapaknya perlu bersihkan diri terlebih dahulu.
Apa orang kata. Sanitize dulu! Itupun anak tak tentu hala! Aduhai anak… manja!
Reaksi suamiku? Ketawa girang! Melihat anak depan mata. Sukanya hanya Tuhan yang tahu. Sayang benar dengan anak. Kasih !
Pernah sekali, aku tertinggi suara dekat anak depan suamiku. Lantas suamiku menegurku,
“Boleh marah anak tapi jangan tinggi suara. Nanti bila anak jerit, marah kita, haaa jangan terngadah pula. Pernah ke selama kita kahwin, abang tinggi suara dengan awak?” Terkedu aku dibuatnya. Menusuk ke jiwa.
Sungguh! Aku bersyukur dijodohkan dengan suamiku. Penyayang, prihatin.
Suamiku juga sangat rapat dengan keluargaku. Sangat prihatin terhadap mertuanya. Selalu bertanya khabar dan tak pernah berkira bab duit even time tu kesempitan. Semuanya dia okey. Mesra dengan adik beradikku. Ketawa sahaja!
Yang paling aku terharu, suamiku adil dalam berumahtangga. Bila minggu ni balik rumah mak paknya, minggu depan rumah keluargaku pula. Alhamdulillah.
Mesti korang terfikir, “diaorang ni happy jerrr. takde gaduh ke?” Haha…
Ada². Gaduh besar lagi tu. Aku hanya mendiamkan diri saat amukkan suamiku menggunung. Bila dah reda, barulah aku meminta ampun dan kami saling bermaafan.
Satu jer pantang suamiku, jangan mencelah bila tengah marah. Takut sesuatu yang tak di ingini diucapkan.
Apapun aku bersyukur dengan kehidupanku bersama familyku. Berbakti pada suami, itulah yang dituntut dalam Islam. Tak salah pun kalau tidak bekerja. Tak hina pun. Mulia lagilah…
Maaf ya andai korang jemu membaca nukilanku ini. Moga yang baik aja untuk kalian semua :)
– Kak Cik (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit