Suamiku Lelaki Terbaik II

Untuk part I, (https://iiumc.com/suamiku-lelaki-terbaik).

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih aku ucapkan kepada yang sudi meluangkan masa membaca kisah aku sebelum ni. Terima kasih juga kerana sudi memberi komen yang berbagai samada membina atau sebaliknya.

Alhamdulilah kepada yang mendoakan kebahagiaan dan kerukunan rumahtangga aku sehingga ke akhir hayat. Yang menyatakan betapa untungnya kehidupan aku sehingga terkeluar perkataan syurga dunia terima kasih banyak ye.

Allahu rasenya jauh lagi semua tu cuma aku harapkan hubungan ini kekal selamanya. Aku hanya manusia biasa yang mampu merancang dan tiada yang sempurna melainkan dengan izinNYA.

Aku doakan rumahtangga pembaca2 sekalian sentiasa dalam lindungan dan rahmatNYA.

Dalam banyak komen yang membina ada juga terselit komen yang mengatakan aku d3pr3ss, hidup dalam khayalan, kisah hidup umpama drama tv3.

Bagi pandangan peribadi aku komen ni agak melucukan kerana dengan hanya membaca nurkilan sebelum ini ko judge aku sewenangnya.

Bagi aku cara itu agak menjengkelkan kerana aku hanya ingin berkongsi perihal sisi seorang lelaki dari mata seorang isteri. Watak seorang lelaki yang masih wujud dan mungkin ada yang lebih baik dari laki aku.

Hanya cebisan kisah kebaikkan tetapi ada jugak pandangan yang mengatakan ia adalah khayalan aku semata. Nanti aku akan huraikan kisah aku dengan lebih terperinci.

Untuk isu kenapa tidak ambil maid? Ada duit tapi sanggup bangun pukul 4 am untuk masak?

Isu ini tidak timbul kerana kami dah duduk berbincang untuk uruskan perihal rumahtangga bersama dalam semua hal. kami tidak suka orang luar dalam rumah kami lagi2 aku selalu sampai rumah agak lewat dan takut ruang2 yang tidak sepatutnya terbuka.

Jadi macam tak best je nak bagi maid dengan suami dalam rumah bersama. Bukan tak percaya suami tapi bagi aku selagi benda boleh elak baik elakkan. Aku pun dah dapat pengasuh anak yang sangat baik dan dia seorang ibu tunggal. Lebih baik aku berkongsi rezeki dengan dia.

Kebaikan pengasuh aku ni selalu tapau lauk untuk kami kerana katanya risau aku tak sempat masak. Aku senyum je biasalah terlebih caringnya pengasuh aku ni.

Berkenaan bab masak aku hanya ada pilihan masak pada waktu pagi atau selepas balik kerja. Aku memilih untuk tidak masak selepas kerja kerana penat drive jauhkn lagi2 kalau jem mau reput badan dalam keta. Lepastu ko nk bersilat pulak dekat dapur, tak larat la mak, hehehe.

Nak membeli hari2 suami aku dan anak- anak tak suka masakan luar dan jika difikirkan macamana nak berjimat kalau makan luar je betul tak?

Plus itu jugak la cara aku nak kumpul pahala setiap hari memasak untuk family. Aku percaya dari masakan tu menguatkan kasih saying antara ahli keluarga.

Aku tahu tak ramai perempuan yang akan jadikan pilihan lelaki yang tiada apa2 semasa bujang. Mostly akan pilih yang ada kereta, kerjaya dan berpenampilan menarik. Sejujurnya aku tahu bukan mudah dan senang untuk mendapat kesefahaman, tolak ansur dalam berumahtangga.

Sebab itu aku masa awal perkahwinan banyak bergaduh untuk mencari keserasian. Yelah bila kita hidup bersama ni baru kita tahu ada satu lagi pendapat yang kite wajib kene dengar, nilai, bezakan dan yang mana perlu diikut.

Bila dah kena ikut tu kadang2 ada jugak rasa tak puas hati tu, hehehe normal hati pempuan kan akal pendek sikit.

Untuk permulaan perkahwinan, aku rasa kehidupan agak mencabar mula2 berkahwin. Yelah duit dah banyak habis untuk majlis dan baru nak mulakan hidup berdua.

Mencari rumah sewa, nak masukkan perabut yang simple2 untuk kami diami memerlukn kos yang agak tinggi al maklum lah semua kena sendiri kan.

Kami berpindah ke kawasan luar bandar yang mengambil masa sejam ke tempat kerja sedangkan sebelum tu aku dah menyewa di satu taman yang ambil masa 10 minit dari opis.

Mula2 aku agak marah sebab penat ulang alik jauh tapi suami diamkan sahaja. Aku juga pernah rasa bila kereta kami rosak di tengah highway masa otw balik kg lepas aku selamat bersalin anak pertama.

Kalau ingatkn semula kenangan itu mmg sedih. Bila anak pertama lahir aku dapat hantar pengasuh yang sangat murah compare kalau aku hantar nurseri. Bila anak aku mula sekolah tadika pun aku dapat hantar ke tadika yang agak murah tapi kualiti setanding dengan yang ada nama.

Alhamdulillah umur 5 tahun anak aku dah pandai membaca mengira yang basic2. Dari situ aku sedar semua ini yang suami nak tunjukkn tapi pada masa tu benda belum terjadi mesti lah aku tak percaya.

Begitu juga masa dia cerita angan – angan die nak beli 4 buah rumah, aku hanya gelak kan sahaja. Aku anggap hanya angan kosong dia je. Tapi tak sangka rupanya dari gelak aku tu la pembakar semangat dia untuk buktikan dia mampu buat.

Ada juga yang tulis suami aku dari background akaun. Jawpannya salah die hanya budak sastera je tapi masa bercinta ayat tak de jiwang sangat pun. SPM pun Math die cukup makan je. Hehe, nasib ko la bang ko tak layan IIUMC ini.

Bukan senang nak senang sebab kami bukan dari background family senang atau yang kaya raya yang bantu anak untuk survive dlm hidup.

Suami aku cakap aku beruntung sebenarnya kerana walaupun time tu dia hanya ada EX5 je tetapi bila die tunjukkan simpanan yang die telah buat sebelum ini yang membuatkan otak aku agak terkejut. Mungkin rezeki aku kerana kenal die dan mungkin dah jodoh kot. Hehehe.

Suami share cara dia urus kewangan dia untuk rujukan dan guideline kepada aku. Untuk kumpul deposit rumah dia mulakan dengan buat loan ASB max RM200k atas nama aku dan dia ditambah simpanan ASB die sedia ada.

So dengan dividen katakan 6% setaun kami boleh dapat around RM30k untuk tahun tu. Genap 5y kami terminate loan ASB tu dan dapat jumlah dalam RM30k * pokok ASB sekali. Dengan duit yang ada tu la kami rolling untuk bayar depo rumah, lawyer, insuran, penilai dan touchup sikit2.

Untuk makluman kami beli 2 rumah lelong, 1 subsale dan 1 baru. Itu semua laki aku punye kerja la tah macam mane die tahu jangan tanye aku. Untuk rumah lelong ni kami pergi bidder sendiri tanpa agen..

Sebelum tu kena cari info pasal rumah tu berapa tunggakan JMB dan cukai2 yang tertunggak. Ini penting untuk kita buat keputusan samada berbaloi atau tidak untuk kita bid rumah tu. Sebab biasanya rumah lelong ni tunggakan banyak sebab bertahun owner tak bayar.

Untungnya aku teman die bila die menang bidaan tu dan aku diberi upah RM500 hasil kerja2 yang aku buat sebelum itu. Happy betul aku hari tu dapat duit free.

Dalam masa sama suami aku adalah sikit simpanan dalam ASW yang dijadikn OD (Overdraft) untuk die buat bayar duit repair rumah. Tapi aku tak clear sangat isu OD tu macam mana sebab macam pening je nak paham. Aku tau duit Mary Kay aku ada je, hehehe.

Dalam confess pertama aku ada bagitahu yang suami tau segala harga barang dapur.

Untuk bahan basah yes seawal jam 7 pagi dia dah ke pasar cari barang basah walaupun time tu semua muka pakcik makcik2 je tanpa ada yang sebaya dekat situ. Harga pasar memang sangat murah berbanding dengan harga tesco atau kedai aceh.

Kalau ada sale Tesco contohnya dia dah beratur pagi2 untuk grab untuk dapatkan barang yang offer. Kalau minyak masak tu bole dapat RM18.90 kami akan beli lebih untuk simpanan kerana harga akan mahal semula.

Apa2 je la barang yang murah memang selalu beli lebih untuk stok. Nampak macam leceh tapi dapat jimat banyak.

Korang ingat tak kita pernah alami zaman minyak sampai RM2.80/liter dimana setiap hari Rabu akan ada pengumuman turun naik harga minyak minggu tu. Time tu jugak suami akan beratur untuk isi full tank minyak keta aku.

Walau sekadar naik 5 sen tapi kalau untuk 30 liter dah berapa jimat kali kan untuk sebulan dan setahun penggunaan.

Terima kasih juga yang mengingatkan aku isu rumah atas nama aku tu. Kalau suami aku tiada, mampukah aku membayar bulanan. InsyaAllah semua itu suami telah terangkan.

Kalau dia tiada dengan 2 buah rumah atas nama dia tu aku boleh remortgage rumah tu. Dengan sum jumlah yang aku dapat tu boleh digunakan untuk membayar bulanan rumah aku tu atau aku simpan untuk topap apa yang kurang.

So duit sewa tu bole bayar duit remortgage yang aku buat sebelum ini. Ditambah dengan simpanan ASB dan loan ASB yang suami ambil insyallah sudah memadai aku sekeluarga.

Suami aku selalu cakap sebenarnya nak murah rezeki ni senang je. Jangan kedekut dengan isteri. Sebab bila dapat penuhi permintaan isteri insyallah mesti isteri doakan lagi supaya murah rezeki. So rezeki tu akan datang dari pelbagai sudut kiri kanan depan belaknag yang kadang2 kita tak terjangka.

Dia selalu cakap dia pun tak sangka dengan apa yang die perolehi sekarang. Yang paling penting juga jangan lupa bayar zakat sebab dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Ingat jangan lupe berzakat ye.

Dalam rumahtangga ni sebenarnya komunikasi tu penting. Kene sit down bincang apa kita kene buat atau suami buat. Orang lelaki ni kita perlu pesan, disuruh kerana laki ni kurang faham jika kita tak cakap apa yang kita mahu die buat.

Contoh kita suruh die buang sampah gunakan ayat minta tolong bukan arahan. Ini penting takut laki ingat ko arahkan die buat kerja je.

Abang kalau rajin tolong buang sampah yer. Nak buang tadi tapi anak nangis lupa dah nak tukar baju pakai tudung. Selalu suami akan cakap takpela abang je la buang lepas ni nak tunggu sayang pakai tudung semua lambat. Kan dah terlepas 1 task kat dia, haha.

Horm4ti pasangan itu point paling penting. Macam suami, walaupun semua duit dia pegang dan manage tapi2 apa2 yang dia nak beli hatta spotrim kereta pun dia tanya aku dulu bole ke tak. Dia tak nak aku rasa aku tak penting dalam cerita ni walaupun aku tak kesah pun bab2 tu.

Setiap pagi pun sebelum aku pegi kerja dia dah siap2 panaskan enjin keta aku, siram keta, lap kereta aku yang berembun tu walaupun dia pegi keje naik motor je.

Sebelum pergi kerja aku akan salam, kiss, dia dan anak2 masuk kete terus jalan. Dia cakap aku dah tolong dia cari rezeki so tak salah dengan apa yang die buatkan untuk aku.

Aku percaya tak semua lelaki tu jahat. Ramai je yang baik2. Apa2 kita kene bagi peluang dulu untuk dia jadi ketua keluarga dan tau tanggungjawab.

Aku lupa nak share juga 1 lagi amalan yang aku buat setiap hari iaitu berdoa, bercakap, minta pada DIA apa yang kita nak. Aku buat selalunya time dalam kereta otw nak ke opis tu. Antara doa aku setiap hari :

Diri sendiri- Ya Allah terima kasih masih panjangkan umur aku hari ini untuk aku bangun keluar mencari rezeki untuk aku membantu suamiku, membayar hutang2 sediaada, membantu mak abah, menggembirakan anak2 ku.

Terima kasih kerana masih beri aku peluang bernafas dibumiMu ini secara percuma lagi. Lapangkan dan permudahkan segala urusan aku hari ini. Mudah2an petang ni aku masih dapat berjumpa suami dan anak2 ku.

Suami- Ya Allah terima kasih masih berikan aku seorang suami sebaik (nama suami penuh). Panjangkan umur suamiku, berikan Kesihatan yang baik untuk suamiku, murahkan rezeki suamiku, lapangkan dan permudahkan segala urusan suami ku hari ni.

Perkahwinan— Ya Allah terima kasih di usia 9 tahun perkahwinan aku dengan (nama suami) kau berikan aku rumahtangga yang cukup bahagia, gembira, rezeki yang banyak. Tiada yang berkurangan malah berlebihan. Mudah2an rumahtangga ini akn kekal hingga ke syurgamu.

Anak2— Ya Allah terima kasih kau berikanku anak2 yang sihat comel seperti ( sebut nama2 anak). Tiada lain yang aku pinta semoga anak2 ku sentiasa dalam lindungan mu.

Jadikan anak2 ku anak yang soleh dan solehah, taat pada perintahMu, taat pada suruhanMu, horm4ti kami sebagai ibubapa mereka, jadikan anak2 yang menyenangkan dan membahagiakan kami.

Terangkan hati anak2ku untuk menerima segala ilmu dalam kehidupan mereka, jauhkan anak2 sifat2 jahat dan keji, permudahkan segala urusan anak2 ku, berikan Kesihatan yang baik buat mereka.

Mak Abah— Ya Allah panjangkan usia kedua ibubapaku, mertuaku. Berikan Kesihatan yang baik kepada mereka, permudahkan segala urusan mereka untuk beribadat kepadamu, murahkan rezeki mereka.

Adik beradik— Ya Allah murahkan segala rezeki adik beradik ku, ipar duai ku. Jika mereka berniaga banyak kan hasil jualan mereka,habiskan hasil jualan mereka.Sebut nama mereka semua.

Keluarga, kawan2– Ya Allah mudahkan juga urusan ahli keluarga, kawan2 yang lain.

Selepas itu baca A-fatihah dengan niat hadiahkan untuk diri, suami, keluarga, anak2, sahabat2, ahli keluarga yang telah pergi dan diikuti dengan zikir Subhanallah, Alhamdulillah Allahuakabar Lailahaillallah sepanjang dalam kereta tu sampaila kat opis.

InsyaAllah kehidupan kita haritu smooth je. Alhamdulillah aku dikelilingi kawan2 opis yang baik, kampeni yang stabil, bos yang ok. Masalah kat opis pun senang je release.

Aku sekadar berkongsi apa yang aku lakukan. Yang rasa baik bole jadikan pengajaran. Yang rasa aku annoying, aku tau aku tak sempurna.

– Nawal (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *