Suamiku Mati Lebih Bagus

Hello, aku De Lemon. Aku dah kahwin 15 tahun, ada 4 orang anak. Aku berkahwin dengan seorang yang narcissistic. Ya, suami aku seorang narcissist.

Kepada sesiapa yang tak tahu apa maksud perkataan ini, seorang narcissist ni ialah seorang yang sentiasa rasa dia bagus. Dia akan buat semua keputusan untuk kau sebab dia rasa kau tak secerdik dia.

Jika ada kesilapan dalam keputusan dia, dia akan tetap salahkan kau. Dia akan kata sebab kau lah keputusan yang dia pilih tu tak menjadi.

Seorang narcissist ni juga akan pandang rendah kat kau. Aku ni grad overseas, tapi, dia selalu buat aku rasa macam aku ni belajar setakat UPSR je. Dia juga sangat2 menjaga maruah dia depan orang ramai.

Aku pernah left group whatsapp family sebab gaduh dengan dia, dia maki hamun aku. Dia kata aku malukan dia sebab depan adik beradik dia sebab dia suka tunjuk macam dia lah ketua rumah tangga terbaik di dunia.

Kalau jumpa orang, seorang narcissist ni akan up diri dia kaw kaw. Bayangkan, aku tahu dia solat tak cukup, tapi bila berkumpul kawan2, dia akan beri tazkirah seperti ustaz. Cakap pasal doa, pasal tahajud.. Hmm…

Suami aku ni juga cukup pantang kalau aku cakap apa2 tak kena mood dia. Selalu aku kena tanya dulu, boleh ke nak minta sesuatu? Boleh ke kalau saya nak cakap? Sampai aku nak cakap aku kena minta izin, kalau tak dia akan mengamuk.

Perkataan bodoh babi bangang semua jadi makanan aku hari hari. Anak anak aku selalu terpaksa tadah telinga tengok aku kena maki hamun oleh ayah mereka.

Dulu aku boleh sabar, sekarang aku rasa tension. Sebab suami ni sepatutnya jadi tempat kita bercerita, tempat kita mengada2. Tapi, aku tak boleh.

Aku ada juga rasa terdetik macam suami aku ni tak suka akt aku. Sebab hari hari aku rasa, dia akan marah. Hari2 ada je benda tak kena. Aku rasa fed up. Buatlah sebaik macam mana pun, ada je benda yang dia tak suka.

Yang paling peak nya ialah, sekarang ni, bila dia cakap dengan kawan2 dia, dia akan sentuh pasal aku. Dia akan mention, aku ni ujian dari Allah untuk dia. Jadi, dia kena terima dan sabar dapat isteri macam ni. Dia describe aku macam aku ni teruk sangat.

Aku ni dulu kerja company besar, tapi aku terpaksa berjauhan dengan dia sebab company aku kat negeri lain. So aku quit company tu, dan sekarang aku tolong dia kat company kecil dia. Bodoh betul lah aku ni.

Aku ni tak pandai masak, tapi aku sangat pandai mengemas. Rumah aku memang sangat2 bersih walaupun aku busy.

Ya aku memang suka bebel, tapi aku rasa semua perempuan ada perangai bebel tu kan. Aku bebel bukan lah tahap teruk pun. Dah korang imagine, camna aku nak bebel, aku nak cakap ngan dia pun, kena minta izin?

Sekarang ni, aku sangat2 rasa dia macam tak suka kat aku. Aku banyak kali minta cerai ya. Tapi dia tak nak. Dia kata sebab sayang. Tapi hari2 aku rasa, dia tengok aku dengan pandangan benci je.

Dan ya, 2-3 kali lah kantoi perempuan kan? Dan as a narcissist, dia salahkan aku juga. Dia kata aku lah sebab dia main perempuan. Dulu sebab jauh, skrg aku dekat, dia kata aku tak layan dia elok2. Ya semuaa salah aku.

Ada satu hari tu, aku terpaksa ke negeri lain, sebab aku ada course. Dia sibuk nak drive kan aku ke sana, kononnya risaukan aku. Lepas tu, sepanjang jalan, dia asyik cakap, penatlah, habis banyak duit lah, terpaksa susah2 bawa anak.

Berapa kali aku cakap, aku kata, aku pergi seorang pun tak apa. Dia kata aku tak hargai usaha dia teman aku. Aku kata, kalau betul2 ikhlas nak teman, dah kenapa sebut2 penat dan sebagainya??

Itulah perangai seorang narcissist. Dia nak tunjuk pada orang dia suami yang care, tapi belakang, isteri ni lah yang jadi mangsa complain.

Aku jadi De Lemon sebab aku dalam dilemma. Aku nak je ke pejabat agama. Tapi aku kesian tengok anak2 aku. Aku pernah betul2 dah bawa baju keluar, anak sulung aku pegang kaki aku dan nangis.

Tapi tahukah kau wahai anak, mama dah tak larat menahan perasaan nak sekatil dengan orang yang langsung tak hormat mama? Yang selalu pandang rendah pada mama?

Jika mama berjaya dalam apa2 pun, papa tetap akan kata mama berjaya sebab dia? Skrip nya hari hari ialah di neraka tu perempuanlah yang ramai. Sedangkan dia solat pun tak cukup, nak masukkan aku ke neraka pula.

Sekarang, aku berfikir, untuk aku bebas dari kehidupan ini ialah dengan mati. Mungkin pembaca akan berfikir, takkanlah sampai nak mati?

Ya pembaca sekalian, aku pernah berkali2 rasa nak mati. Cubalah anda duduk dengan seorang yang narcissist, aku beri 3 bulan saja. Kau akan tak tahan.

Aku berfikir, kalau aku mati, siapa pula nak didik anak2 aku solat mengaji? Allahu..kesian anak anak mama.

Aku terdetik, alagkah baiknya kalau suami ku ni mati cepat, jadi aku bebas. Bolehlah aku didik anak aku sebaiknya tanpa tekanan perasaan. Tak perlulah aku terkongkong macam ni. Tak perlulah aku rasa takut dengan hari hari mendatang.

Sekarang aku cukup takut dengan mood dia. Sebab silap sikit, aku akan dimaki hamun.

Kan? Salah ke aku doa suami aku mati cepat?

Ya Allah teruknya kau De Lemon. Aku sebenarnya kena jumpa psychiatrist kan?

– De Lemon (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. My husband used to be that, and now i realise my family pulak seperti itu.Aku di overseas, bila suami becomes physical with me, my parents menyalahkan aku pula. Trying to build something for myself and my children. My husband grew to love my children now, but i do not trust his character anymore. Sekarang, us both are political and verbal about gaza, lebih bekerja sama etc. Nampak seperti lebih menyayangi saya, but i dont trust him one bit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *