Suamiku Mati Pucuk

Aku MC, wanita, umur 28 tahun bulan Jun ini. Aku tidak pernah meluah di mana2.. Jadi aku menulis di sini cuma meluah rasa.

Segaris rasa, semoga tular, dengan harapan ia membuka mata semua, bukan semestinya salah isteri.

Aku dah berkahwin dengan pilihan hati 4 tahun yang lalu. Kami hanya ‘bersama’ selama 6 bulan. Kemudian entah di mana cabarannya, suamiku diuji dengan sakit pucuk ini.

Tahun sudah, aku memberanikan diri membuat tvs. Dr sahkan aku normal sahaja syukur alhamdulillah..

Berurut sudah, jumpa doktor pun sudah, namun sehingga kini usia 4 tahun perkahwinan, masih tiada tanda-tanda suami akan pulih.

Aku sedar dan maklum aku boleh memohon fasakh. Tetapi suami aku ni boleh aku katakan kiriman syurga daripada Allah.

Suami aku sangat baik. Baik tutur kata. Lembut. Ada masa kami bertengkar juga tapi suami lebih memilih mengalah dahulu.

Dan seiring waktu, aku belajar menjadi lebih sabar dan tenang. Sangat berbeza dengan ayah aku yang dulu garang, ada ketika menjadi baran, perengus.

Ujian aku buat masa ni ialah penyakit yang dihidapi suami. Bohong jika aku tak pernah terasa hati apabila sedara mara tanya bila hendak menambah ahli keluarga.

Dan ada juga yang menasihat aku makan lebih sihat, cuba jamu itu ini. Tetapi suami tak pernah sekalipun menerima pertanyaan atau cadangan seperti ini.

Begitu stigma menebal dalam masyarakat, bila gagal ada cahaya mata itu pasti kekurangan isteri..

Aku begitu ingin bercerita supaya menghentikan mulut semua. Juga supaya mereka tidak ambil kisah lagi perihal kami punya anak atau tidak..

Ketika ini, aku merasakan bahawa aku ingin punya anak hanya kerna kerap dipertanyakan, dan bukan kerana aku begitu ini mempunyai anak.

Aku sangat sayangkan suami.

Doakan jodoh kami kekal ke syurga. Doakan kami terlindung daripada fitnah dunia dan fitnah dajjal.

Doakan suamiku sembuh.

Dan, hentikan stigma bila pasangan tidak mempunyai anak itu salah isteri.

Itu sangat perit.

– MiniCooper (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. boleh pergi dapatkan rawatan sakit tuan di hospital. semua penyakit boleh diubati kecuali mati. semoga berjaya.

  2. Cuba belikan je dulu apa2 suplemen yang sesuai untuk suami. Suruh je dia makan. Mana tau berkesan. Tapi makesure suplemen tu betul2 selamat la karang penyakit lain pulak jadi.

    • Cuba pergi berubat. Allah sudah beri ilmu kpd pakar. Hr tu dengar pakar cerita terpegun sekejap. Bukan shj jalan biasa, skrg pakar boleh ambil suami punya suntik kdlm rahim isteri. Sekiranya sperm x aktif ada bahan masukkan sperm jadi aktif. Byak lg lah. Ikhtiar insyaallah boleh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *