Untuk part I, (https://iiumc.com/suamiku-meroyan-selepas-poligami/).
Assalamualaikum semua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada responders yang baik hati dan juga yang memberi kata2 semangat yang saya akan ingat hingga akhir hayat.
Ada Responder yang berharap untuk saya memberi keputusan selepas dari confession pertama. Ada yang ingin lebih mengetahui melalui permasalahan kami.
Buat pengetahuan semua, apa yang saya ceritakan sebelum ini hanya tidak kurang dari 10% sahaja. Hanya surface kerana bagi saya tidak patut menceritakan keseluruhan pengalaman saya sepanjang perkahwinan kerana ingin menjaga aib ramai orang.
Tujuan saya dari confession pertama tersebut adalah hanya ingin mendapatkan nasihat dan feedback dari kaum isteri, ibu dan juga suami. Orang2 yang bukan dari family saya kerana tidak mahu terikat dengan emosi apabila membuat keputusan.
Mengenai tuntutan nafkah, dari hari pertama nikah lagi saya highlightkan kepadanya, jika dia tahu tanggungjawab, dia akan beri. Kerana suami bukannya budak kecil yang masih perlu diajar.
Ibu saya sendiri sampai turun naik mahkamah hingga keakhir hayatnya tidak selesai kes mahkamah.
Saya melihat sendiri bertapa susahnya seorang ibu tunggal untuk menuntut haknya di Malaysia ini. If takde duit, jangan harap kes akan selesai dengan cepat.
Saya melihat lelahnya arwah ibu sehingga saya sudah malas untuk melalui pengalaman ini buat kali kedua. Anak2 tidak kisah sebab mereka memang tidak rapat dengan ayah mereka dari kecil.
Bayangkan, saya yang selalu tiada dirumah pun masih boleh rapat dengan anak2. Sedangkan tempat kerja suami hanyalah 10 minit berjalan kaki dari rumah kami. Tapi masih tidak boleh ada hubungan yang rapat dengan putera dan puteri kami.
Dalam hal ini, bukan sebab nafkah atau hubungan tidak baik kami menjadi hal utama. Saya hanya minta untuk tidak diganggu dan pressure mental saya sedangkan saya sudah berikan apa yang dia inginkan.
Memang kalau boleh, saya tidak mahu panjangkan hal ke mahkamah kerana saya tahu dia tidak mahu menceraikan saya. Kalau dia sendiri yang ingin cerai, sekarang jugak saya boleh setuju untuk rundingan damai.
Alhamdulillah Allah berikan rezeki kepada saya dengan career dan kecukupan rezeki untuk saya dan anak2. Anak2 juga sudah besar, merekalah sahabat baik saya kerana saya tiada sesiapa didalam dunia ini kecuali arwah Ibu.
Bukan niat saya untuk derhaka kepada suami, tapi kami sudah bersetuju untuk adakan “win win situation”. Dia tak ganggu kehidupan saya, dan dia dapat isteri baru yang boleh menyayangi dia 24jam.
Itu saja yang saya inginkan. Kalau dia balik rumah saya, saya tetap akan layan dia sebagai suami. Masakkan lauk kegemaran dia, try untuk bonding bersama anak2.
Tapi dia pilih untuk tetap rasa tidak puas hati kerana melihat saya tidak perlu lagi pening dengan hal rumahtangga kerana anak2 sudah pandai berdikari.
Dia pulak walaupun sudah menginjak 50an, masih terpaksa mencari rezeki kerana anak2 bersama madu masih kecil.
Saya tahu dia stress, dan dia lepaskan stressnya kepada kami anak beranak. Adakah adil untuk saya dan anak2 terima? Apalagi yang dia inginkan? Adakah dengan pressure saya sehingga sakit mental baru dia dan madu puas hati?
Selepas membaca semua feedback dari sahabat semua, semalam saya memanggilnya pulang kerumah. Saya tunjuk kepadanya semua feedback sahabat2 sekalian di fb. Dan dia hanya terdiam.
Saya katakan kepadanya, sekiranya hingga menganggu mental saya dan anak2, saya terpaksa mengambil jalan untuk meminta fasakh.
Saya ada bukti yang dia culas memberi nafkah kepada kami dari dulu. Tapi itu adalah jalan terakhir yang saya akan lakukan sekiranya dia tidak berubah.
Dan saya mengatakan kepadanya, sekiranya kes ini dibicarakan, dia akan bertambah malu kerana segala kekurangannya selama ini akan dilondehkan di mahkamah.
Sebelum dia balik kerumah madu, saya tanya dia.. adakah luahan saya ini benar? Dan dia katakan “ya”. Dia tahu hutang nafkah kepada saya dan anak2, dan dia tahu dia cemburu melihat kehidupan saya sekarang.
Sempat saya mohon maaf kepadanya kerana gagal menjadi isteri yang baik sepanjang kami berkahwin. Sebab itulah untuk lengkapkan kekurangan saya, saya izinkan dia berkahwin lagi. Dia cuma angguk dan juga memohon maaf kepada saya.
Sahabat sekalian, buat masa ini saya akan menjadi pemerhati, adakah dia akan betul2 berubah atau masih menganggu emosi kami.
Sekiranya tidak berubah, seperti yang saya telah rancangkan, saya terpaksa memohon fasakh walaupun itu adalah jalan terakhir yang saya akan fikir.
Saya hanya ingin hidup tenang. Sebab itu saya ajar diri saya sentiasa positif dan tidak mudah marah.
Buat pengetahuan semua, bagi harta saya sendiri, saya telah hibahkan kepada anak2. Tapi bagi harta sepencarian, saya akan faraidkan seperti biasa. Tidak banyak pun harta bersamanya. Yang pasti nasib anak2 saya akan terbela selepas saya tiada lagi didunia ini.
Terima kasih kepada semua sahabat IIUM Confession kerana sudi membaca dan memberi kata2 nasihat. Tidak terbalas rasanya untuk saya dan anak2.
Semoga kita semua dilindungi Allah swt.
– Manisah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit