Assalamualaikum admin dan pembaca. Ini kali pertama aku buat confession dekat page ni. Harap-harap admin approve sebab aku perlukan pendapat dari kawan-kawan semua.
Umur aku 29 tahun. Sudah 2 tahun berkahwin. Suami aku sekarang 31 tahun. Kami belum merancang untuk mempunyai anak kerana aku mahu menamatkan pengajian Master aku dahulu.
Buat pengetahuan semua, sebelum kami kahwin, suamiku ialah duda muda. Dia menikah dengan isteri pertama ketika berumur 22 tahun. Pernikahan yang hanya berusia 2 tahun setengah. Tidak punya anak kerana masing-masing masih belajar. Sudah ajal, isteri pertama meninggal dunia didalam kemalangan jalan raya.
Menurut keluarga mertua ku, suami seperti tidak dapat menerima pemergian isteri pertama. Sebulan pertama, suamiku hanya terperap dalam bilik dan memeluk baju arwah. Tidak mahu keluar untuk makan atau minum sekalipun.
Bapa mertua aku cakap, nasib baiklah masa kejadian, dia dah habis Degree, tunggu nak graduate je lagi. Makan masa setahun juga lah untuk suami aku pulih dari kesedihan dia.
Dipendekkan cerita, suami aku hidup seperti biasa, hanya dengan keluarga dan kerjaya, sehingga lah kami bertemu buat kali pertama di sebuah majlis perkahwinan. Aku tak dapat nak cerita kisah cinta kami sebab nanti lari tajuk lak hahaha. Kami berkawan selama setahun sebelum ambik keputusan untuk kahwin.
Suami aku ni memang kacak orang nya, baik, tak pernah marah dengan aku ataupun sesiapa. Sepanjang aku kenal dia aku tak pernah tengok dia marah lah senang cerita. Soft-spoken, rajin, pandai masak. Woww almost perfect lah kan. Idaman para wanita. Cuma satu je lah perangai suami aku ni yang agak merimaskan. Dia sangat paranoid. Paranoid dia level infinity tau korang.
Dia jadi macam tu disebabkan kehilangan isteri pertama dia. Dia kata dia taknak kehilangan aku disebabkan segala jenis kes-kes kemalangan ni. Bukan kemalangan jalan raya saja ye.
Selepas kahwin kami terus duduk sendiri di rumah suami aku. Memang lengkap segala keperluan. Aku masuk bawak diri dan segala hak milik aku je. Itupun yang kemaskan barang-barang tu bukan aku, tapi maid harian yang suami aku upah. Macam best je kan? Time tu memang aku rasa dunia bagai aku yang punya guys!
Rupa-rupanya, memang satu kerja pun aku takleh buat kat rumah. Dia tak bagi aku masak sebab dia kata ada 10% risiko gas meletup masa aku tengah masak. Walaupun cuma 10% tapi tetap ada risiko katanya. Entah mana dia dapat fakta tu kan.
Jadinya, dia yang masak atau kami pergi makan kat luar/bungkus bawak balik rumah. Aku cuma tolong dia kopek bawang, potong sayur, ayam, ikan dan apa-apa yang perlu dipotong. Itupun dia tutup dulu gas, bukak semua tingkap.
Rumah dia pulak pakai aircond je sebab husband aku tak suka pakai kipas. Bila dia bukak tingkap, aircond wajib tutup. So kalau hari panas, berpeluh-peluh lah aku macam orang potong bawang sambil marathon.
Itulah permulaan stress aku sebab aku memang suka memasak. Tapi stress tu sekejap je sebab lepas tu aku berjaya pujuk suami aku beli dapur induction tu, yang pakai elektrik je. Aku cakap kat dia takdelah risiko gas meletup lagi. Itupun dia sempat lagi google ada ke tak risiko terkena renjatan elektrik ketika memasak menggunakan dapur induction. Aku cuma mampu berhuhuhu je la.
Tak lama lepas tu tiba-tiba dia setuju pulak. Agaknya dia tak jumpa kot risiko renjatan elektrik, hahaha. So sejak tu aku boleh masak yeayy. Tapi bagi aku tak best sangat pakai induction. Api yang original tetap the best.
Ok sambung cerita. Kerja rumah aku boleh buat kecuali mop lantai. Sebab apa mop lantai tak boleh? Sebab ada risiko tergelincir lepas tu kepala aku terhantuk dan menyebabkan terjadinya pendarahan dalam kepala.
Pastu dia cakap ada jugak kemungkinan aku terus tak sedarkan diri on the spot. Guys, sampai ke situ imaginasi dia! Aku pelik macam mana lelaki boleh jadi overthinking macam ni. Bukan ke lelaki tu simple je pemikiran dia? Hmmmm
Sekarang dia memang tak bagi aku buat kerja rumah langsung dah lepas dia nampak aku sapu tangga. Dia kata bahaya boleh tergolek. Aku hanya mampu tepuk dahi. Dia upah maid secara mingguan untuk kemas rumah.
Apa lagi? Haaa kalau nak beriadah, nak jogging, hiking, join marathon ke mesti dengan dia. Yang tu takpelah kan. Lagi syok exercise dengan suami. Tapi kalau dia outstation ke apa, kalau seminggu, seminggu la aku tak exercise.
Dia takut kalau aku jog sorang-sorang tetiba heart attack ke, nanti takde orang tolong dan tak sempat selamatkan aku. Huhu macam mana tu guys ? Aku ada pergi buat check up, semuanya ok. Tapi husband aku cakap ‘we never know’. Baiklah encik suami. Saya menurut perintah.
Driving? Lagi lah tak boleh!! Absolutely 100% NO katanya. Dah bertahun aku tak bawak kereta tau tak? Pergi mana-mana dia hantar or kalau dia outstation, aku cuma boleh naik train. Nasib baik station lrt belakang rumah aku je. No Grab, No Taxi whatsoever.
Setahun pertama ok lah jugak. Tapi lepas tahun kedua kitorang kahwin, dia naik pangkat. Jadi dia selalu travelling, meeting sana sini. Jadi aku selalu lah naik train. Kalau hari yang aku perlu naik train, aku diwajibkan pulang 5pm sharp. Mesti ada dekat rumah sebelum gelap.
Baru-baru ni aku ada company event, so dah beli baju memang glamour punya lah. Tetiba husband aku kena travelling pulak hari yang aku ada event tu.
Korang bayangkan pakai dress glamour2 naik train? Kena tukar train pulak tu. Dalam train, masa jalan untuk pergi ke train interchange, masa tengah tunggu train semua orang pandang aku atas bawah macam ‘minah ni nak pegi mana la dengan dress lip lap lip lap dia ni’. Sabar je lah aku masa tu.
Balik rumah call husband nak mengadu domba, dia gelakkan aku je huhuh. ‘Sabarlah ye sayang. Sampai ke tua pun abang macam tu. Abang taknak hilang sayang.’ Itulah ayat penyejuk hati sikit lah. Tazkirah ajal maut di tangan Allah? Dah puas guys! Tak makan saman.
Bab bawak kereta, aku rasa suami aku lah pemandu paling berhemah di Malaysia. Dia cuma bawak kereta kat lane paling kiri, dan sentiasa mematuhi had laju. Dibawah had laju pun ada. Kalau dah lambat pun, dia tetap bawak slow. Aku ni dah tak senang duduk dalam kereta.
Kalau balik kampung, kami naik flight je. Tak kisah lah ticket mahal ke murah. Duit boleh carik katanya. Dia paling tak suka long-distance driving. Arwah isteri dia kemalangan masa dalam perjalanan dari JB ke KL
Kalau korang kat tempat aku, apa korang akan buat? Adakah salah untuk aku rasa rimas, terkongkong dan sebagainya?
Aku bahagia je dengan dia. Dia sangat penyayang. Tapi tu lah. Over protective pulak. Paranoid ni kira trauma ke? Ada ke rawatan doktor untuk orang paranoid ni? Tolong aku ye kawan-kawan.
Thank you in advance.
– Marsha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit