Saya tertarik membaca confession dari saudari Jurin Rais pasal suaminya yang kaki debat, (https://iiumc.com/suamiku-kaki-debat/).
I feel her. Suami saya pun macam tu. Makin hari makin kronik. Entah apa-apa sajalah didebatnya tiap hari pada kami anak-beranak. Nasiblah dia tak macam Mael Tedung lakonan Faizal Husin tu.
Saya baca setiap komen dalam confession tu dan saya setuju pendapat beberapa pembaca yang suggest untuk remove page politik dan hal-hal dunia. Saya rasa ini adalah antara penyebab tercetusnya ilham untuk berdebat.
Orang cakap, kalau baca fakta, kita jadi makin berilmu. Kalau baca info, kita jadi celaru. Kalau baca komen netizen, kita jadi makin serabut.
Saya dan suami punya arah pemikiran, sikap dan kecenderungan berbeza. Saya jenis tiada masa mau sakit kepala pikir hal-hal dunia.
Saya tak follow page-page macam tu dan saya akan unfollow rakan-rakan fb yang narsis. Tujuannya adalah untuk mengekalkan postive vibe dalam hidup.
Sedang hidup ini pun sudah pahit, kenapa harus dipahitkan lagi dengan isu yang tiada kesudahan. Nyata quote man from mars and woman from venus itu wujud.
Macam saya katakan tadi, kami dua ni datang dari pemikiran berbeza.
Kalau suami cenderung mengkaji kecaman netizen dan hal dunia dan kemudian memperdebatkannya, saya pula cenderung dengan pemikiran-pemikiran kuno.
Contoh, saya suka baca pasal kajian jenis-jenis hantu dan jin, pasal kajian buku sanskrit zaman Lord of The Ring, pasal buku Sulatus Salatin, pasal period zaman Hamaktura, kisah nabi Sith… dan ntah apa-apa lagi yang mengarut baginya.
Kalau penat baca atau kaji cerita macam tu, saya tengok drama korea. Saya main game puzzle-puzzle atau membawang dalam group WhatsApp haha. Nampak tak yang otak saya ni memang jenis cerna yang ringan-ringan saja.
Lazimnya, lepas sesuatu pembacaan, saya akan kongsi juga dengan suami apa-apa benda baru yang saya tau.
Tapi selalunya cerita saya tak habislah. Baru satu suku, kadang baru keyword, dia pula ulas dan debat lebih-lebih macam cerita tu, cerita dia.
Siap cerita pengalaman zaman kecil dia, cerita pasal filem dia tengok, cerita pasal bapak dia punya bapak punya bapak punya cerita… kalau dia tak ada pengetahuan berkait isu, dia akan membahasnya dari sudut bahasa dan logistik pula.
Kadang saya rasa saya macam Labu Labi yang asyik kena salam oleh Ibrahim Pendek time nak meminang Cikgu Murni.
Kalau korang boleh imagine, begitulah muka saya tiap kali nak buka mulut. Rasa macam nak serkup-serkup je mulutnya suruh diam dulu.
Betullah kata confessor tu. Orang baru baca Bismillah, dia dah habis 3 juzuk. It’s true. Metafora yang benar.
Dan betullah juga orang cakap, nanti kalau suami tiada di sisi, baru rindu kot dengar bebelan suami.
Itu kalau dipandang secara global.
Namun, andai kita faham hakikat sebenar, kita akan tahu bahawa inilah tanda masalah komunikasi dalam rumahtangga.
Betul. Dia bukan dera, dia bukan pukul, bukan tak bagi makan, tak bagi nafkah. Tapi konsekuansnya sama juga. Akhirnya jadi gaduh.
Bila gaduh, membawa ke mahkamah. Sampai ada yang nak bercerai-berai pasal benda ni. It’s true. Kawan saya alami sebab dia bosan dengan perangai suaminya.
Kami begaduh bukan pasal isu dunia yang didebat tu. Isu tu cuma asbab. Tapi sebenarnya yang jadi gaduh adalah sikap yang suka mendebat semua benda tu.
Faham tak, konsepnya orang pendebat ini sebenarnya mempunyai kemahiran mendengar dan mencerna yang sangat rapuh.
They listen to reply. Mereka ni jenis fokus pada masalah dan bukan pada penyelesaian. Dalam erti kata lain, keroyok dulu, tanya kemudian haha.
Of course, no one put knife on my neck untuk kawin dengan orang macam ni. Tapi same goes macam confessor, suami saya tidaklah begini pada mulanya.
Kalau dia begini sejak kolej dulu, for sure saya tak jatuh cinta pada dia, haha. Sebab saya benci lelaki begini. Dia dulu cool orangnya. Taklah introvert macam suami confessor. Just cool.
Time change. Saya pun tak sedar bila dia berubah. Alih-alih dah jadi begini. Maybe dia stress di tempat kerja kot. Atau stress pasal anak-anak yang makin besar dan bajet hidup yang makin meningkat. Atau dia stress dengan saya yang suka baca cerita hantu haha.
Oh ya. Tadi time breakfast, dia tiba-tiba debat isu vaksin corona yang haram tu. Dia pertikai kenapa mufti cakap boleh. Entah kenapa melarat-larat pada kontroversi corona di China, makmal di US, helah yahudi, iluminati, Rosvel segala benda.
Sampai habis kopi satu jag saya minum tapi tak habis juga dia berdebat. Kalau makan nasi berkuah kari, sampai kering kuah di tangan.
Kalau ditinggalkan untuk basuh tangan, siaplah bergaduh hahaha. Jangankan cuci tangan, excuse nak kencing pun dia boleh anggap saya ngelat.
Saya rasa, dia terlalu bijak untuk saya. Otak saya ni hanyalah enjin wira sedan GL 1.2. Sementara otaknya pula sehebat 4 kuasa kuda berkelajuan sonik.
Saya cuba juga baca apa yang dia baca supaya saya nampak bijak sikit dan ada benda nak debat. Tapi as usual, dia akan mendominasi setiap conversation. Macam bodo saja saya study isu polemik dunia, bukan kena dengar pun. Hmmm….
Eh, janganlah suggest suruh dia kawin lagi. Korang tau tak benda ni boleh menyebabkan gangguan emosi yang melampau dan punca migrain?
Kesian perempuan tu nanti senasib dengan saya habis makan tak dapat cuci tangan hahaha. Silap-silap begaduh keluar rumah pun tak sempat cuci tangan.
Jangan juga suggest bercerai, okay. Penceraian tu biar tak dilarang tapi Allah benci tau. Kalau rasa nak komen juga, letaklah doa di ruangan komen mohon ditemukan dengan pangeran cinta yang konsisten cool. Manusia ni boleh berubah tau.
Saya dah tak larat kena kecam bila respon saya tak seperti yang dia inginkan. Penat oh minda. Lebih-lebih lagi saya ni sebenarnya ada gejala hiperakusis.
Kadang-kadang bila sudah suami terlebih bicara, saya rasa macam otak saya block tiba-tiba. Nak imagine makan aiskrim pun tak boleh sudah.
Siapa yang kena, akan tau betapa debat orang-orang macam ni mampu buat kita rasa bodoh, sebodoh-bodohnya. Kadang, saya rasa seperti seekor ikan yang merasa dirinya bodoh sebab disuruh panjat pokok. Eh, sesuaikah perumpamaan tu? Ntahlah.
Nak suggest apa lagi ya pada suami? Time-time PKP ni, kami semua WFH. So, tiada tempoh bertenang. Kami sama ja penjawat awam.
Dulu-dulu bolehlah suruh dia lepak dengan kawan. Tapi sekarang semua pun kawan dia dah lari sebab seram dengan perangai dia.
Kakak saya cadang kalau time suami saya bedebat tu, saya buat-buat seksi dan goda suami supaya fikirannya beralih arah.
Tak. Masalahnya, time kejadian berlaku biasanya time makan, time dalam kereta, time tengok tv dengan anak-anak… nak seksi apa bendanya… hmmm…
So, setelah semua daya sudah dikerah, maka saya terfikir idea untuk remove semua page-page dunia tu dari fb dia.
Nanti malam, time dia dah tidur, saya akan like dan follow page masak-masak, page islamik, atau page-page seram atau page confession ni. Haraplah dia tak perasan. Idea ni saya bagitau korang je tau. Memikirkannya pun saya dah teruja tunggu malam.
Well you guys tolong doakan saya ya. Tak besar bagi korang tapi besar bagi saya.
Kepada anda, para pemirsa (ceeee pemirsa la pula… macam indon)
Sebenarnya, ada banyak cara para iblis menganggu rumahtangga. Mungkin, ini cara sang Dasim menganggu gugat rumahtangga kami. Dia akan masuk melalui apa jua celah dan kesempatan.
Dan biasanya mereka akan masuk dan memanipulasi keadaan melalui sikap kita sendiri. Dan biasanya yang pertama dirosakkannya adalah dari lubang pintu hati seorang ibu… Ya. Hati saya. Hati yang mulai tak bersyukur masih ada suami kot.
Haih. Nampak tak saya memang kaki cerita mistik? Jangan besok saya mati keluar cover page di majalah Mastika bertajuk : Mayat berulat kerana selalu melawan suami masa berdebat.
Oklah. Thanks for reading. Sorryla kalau macam berlebih-lebih bagi contoh hahaha. Saya stress gilerrrrrrr…
Isteri pendebat,
– Ika Manda (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit