Suamiku Seorang Ust4z

Assalamualaikum.. Namaku Syasya, bukan nama sebenar.. Aku berusia nak masuk 40 dah..

Dah berkahwin hampir 12 tahun dan mempunyai 3 cahaya mata.. Alhamdulillah.. Aku sebenarnya berkahwin dengan seorang ustaz yang ternama di kawasan aku (bukan media sosial)..

Sebelum berkahwin dengan suamiku.. Suamiku adalah seorang duda dan telah mempunyai 6 orang anak dengan bekas isterinya.

Gigihkan aku kawan-kawan?? Seorang anak dara berusia 27 tahun waktu berkahwin dengan duda anak berderet yang berusia 41 tahun pada ketika itu.

Aku kenal dia sebulan di FB lepas tu terus nikah. Gelojohkan aku kawan-kawan? Dia memang ada rupa, bekerja di Syarikat ternama, ada kelas pengajian Al Quran malam-malam.

Aku pulak waktu tu tengah jobless lepas tu baru break dengan ex bf aku..

Dah orang ajak kawin kira on laa.. Rebounding relationship kata orang sebab aku nak buktikan dekat ex bf aku yang aku pun laku tanpa dia.. Hahaha.. Itu yang aku rasa waktu tu..

Ex wife dia pulak tak tahu kami berkahwin masa tu sebab diorang dah memang tak ambil tahu dah hal masing-masing lepas divorce.

Waktu tu suami aku nekad nak ambil kesemua anak-anaknya dengan alasan ex wife dia nusyuz.

Aku pun macam biasa isteri mithali pada ketika itu ambil tanggungjawab untuk jaga kesemua anak-anak mereka yang berusia 15 tahun – 4 tahun pada ketika itu.

Gigihkan aku kawan-kawan??

Aku ni bukannya takde rupa, ramai ja nak aku waktu tu tapi disebabkan dia seorang ustaz tinggal pulak dekat dengan rumah aku, aku ni jenis anak mak jadi buat apa nak cari orang jauh kalau dah ada yang dekat.

Dia pulak jenis mulut manis hari-hari bawa anak-anak dia yang kecik2 dengan tak mandi, beringus, berkudis, jadi aku kesian.

Aku pun tak tahu sejenis kegigihan apa yang muncul dalam diri aku pada waktu tu untuk aku jaga anak-anak orang umpama taska pada waktu itu.

Korang bayangkanlah dengan berkudis ,berkutu, kuku tak pernah potong, mandi tak pernah sabun dan tak pernah gosok gigi.

Makhluk apakah yang aku jumpa pada waktu itu aku pun tak tahu. Huh..

Yang si mak diorang pulak lepas tangan, dah ko nak sangat kawin dengan bekas aku.. Rasain.. Hahaha tak tahu aku nak nangis ke nak gembira pada minggu pertama aku kawin.

Tapi memang mak bapak diorang memang sayang anak sampai tak pernah didik anak untuk urus diri sendiri.

Korang bayangkan dah form 1 tak reti potong kuku. Si ayah la terbongkok-bongkok potong kuku kaki anak-anak dara beliau pada waktu itu.

Aku betul- betul tak tahu background family ni pada waktu itu. Aku cuma kenal suamiku atas nama ustaz terkenal dikawasanku sahaja sebab selepas grad aku berkerja di daerah yang lain jadi tak tahu sangat hal orang kampung sini.

Selepas berkahwin barulah aku tahu cerita sebenarnya diorang bercerai bukanlah sebab ex wife dia yang nusyuz tetapi suamiku curang dengan seorang gadis dari negeri selatan yang sangat segak persis catrina rose korang.

Memang aku tengok dah fb perempuan tu lepas kawin memang segak sungguh.

Suamiku siap nak pergi meminang ke selatan tanah air tapi ex wife dia yang masa tu tak bercerai lagi memintas bagitahu hal sebenar kepada perempuan tu.

Dan suamiku pun terpaksa memutuskan hubungan dengan perempuan itu. Perempuan tu seorang guru tau.

Lepas tu suamiku mula frust sebab tak boleh lupa wanita persis catrina rose tu.

Masa ni diorang dah bercerai dan masa ni kami berjumpa di alam maya.. Chatting.. Massage.. Call.. Aku pulak tengah frust dengan bf aku sejak zaman uni lagi.

Sampai aku berhenti kerja jobless frust punya pasai lepas tu pulak seorang ustaz dok bagi ayat manis dok usung anak 3@4 orang yang memang tak serupa orang terus aku kesian.

Yang ex wife dia memang bagi semua anak-anak nak suruh rasain loh.. Hahaha.

Pernikahan kami memang lancar. Alhamdulillah. Tapi pada masa kami kawin aku tak kenal sangat dengan family suamiku.

Korang bayangkan mak mertua pun aku tak pernah jumpa sebab aku terus akad nikah takde bertunang bagai.

Yang sarung cincin waktu tu kakak dia dan mak saudara dia ja. Sedangkan kenduri sebelah aku besar-besaran sebab 1st kenduri untuk family aku dan nak raikan perkahwinan dengan ustaz laa katakan. Satu kepelikkan disitu pada waktu tu.

Rupanya lepastu baruku tahu yang ex wife dia hasut semua family dia benci aku dan bagitahu mereka akulah perampas sedangkan aku kenal suamiku lepas mereka bercerai dan aku bukan si catrina rose itu.

Dan dia memang nak balik ex husband dia jadi buat fitnah aku si perampas.

Korang bayangkan keadaan aku pada waktu, dah la first time masuk dalam keluarga orang lepas tu kena band tanpa tahu apa salah kita.

Yang si suamiku senyap tak bunyi apa malah bagitahu aku yang aku kena pandai bawa diri dalam family dia dan kena buat lagi baik dari ex wife dia. Korang rasa..???

Aku waktu tu menangis dalam toilet kot kena band dengan diorang. Kena perli. Kena tuduh benda yang aku tak buat.

Aku waktu ni memang macam kuli batak dah. Urus anak orang ajar berus gigi. Mandi sabun. Bubuh ubat kutu. Sikat kutu. Bubuh ubat kudis. Suap nasi. Bagi mandi. Sejenis kegigihan kn kawan-kawan?

Mak mereka seperti biasa rasain.. Lupa nak bagitahu ex wife dia satu pejabat dengan suamiku.. Bodohkan aku??

Korang.. Ni aku nak bagitahu sikit. Kalau yang nak cari jodoh tu kalau berkopiah tak semestinya baik tau. Kebaikkan tak terletak pada pakaian dan status pangkat tau.

Ini pengalaman aku. Setelah kawin baru aku tahu suamiku kaki p*rn. Mata keranjang. Korang bayangkan balik kerja.. Malam ajar orang mengaji tengah malam tengok p*rn lepas tu kau gasah bini kau.

Begitulah. Dah la tak membantu kerja rumah. Bercakap dengan anak-anak pun bersayang-sayang konon takde kasih sayang sebab mak diorang tinggal diorang.

Aku waktu tu stress sangat-sangat. Bayangkan aku kena urus kerja rumah kena urus orang dalam rumah ni. Yang besar2 bangun tido lepas zohor buka tudung saji jer.. Dah laa anak2 dara belasan umur. Penyapu tak reti pegang.

Bila aku cerita dekat suamiku takpe slow-slow biasa laa budak-budak. Yang bab suamiku kaki p*rn pulak aku pejam mata jerr sebab sayang punya pasal waktu tu.

Aku stress sangat waktu tu.. Dah macam bibik dan kuli batak dah. Mujur mak ayah aku dekat. Hari-hari aku menangis dekat mereka mengadu nasibku.

Aku dah nak blah dah dari perkahwinan toksid ni sebab waktu ni ex wife dia memang nak dia balik. Dia hasut jiran2 aku benci aku. Semua orang banned aku. Aku kena urus makhluk-makhluk ni lagi.

Aku memang tak nak berebut dah. Dah give up. Tapi waktu ni aku pulak disahkan pregnant. Alhamdulillah..

Tapi aku dispress waktu ni. Bermulalah episod aku mak tiri yang choi. Aku dah mula cakap kasar dengan anak-anak tiriku. Aku dah mula agih-agihkan kerja untuk anak-anak dewasa sebab aku dah alah teruk ketika pregnant.

Suami pulak tak membantu konon sibuk siang malam.

Korang nak tahu tak apa terjadi episode seterusnya. Nanti aku sambung part 2. Korang tunggu tau.

– Syasya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *