Suamiku Songsang

Salam semua. Saya Lara (bukan nama sebenar). Sudah berkahwin lebih 20 tahun.

Saya mempunyai kerjaya mantap, pegawai tinggi kerajaan manakala suami berhenti kerja awal, dan mengusahakan business keluarga.

Kami dari golongan T20. Saya mempunyai 2 orang anak, salah seorang anak saya OKU.

Sejak bersara, suami punya banyak masa terluang. Baru2 ni suami saya kantoi, dia menjadi sugar daddy menjalinkan hubungan sesama jenis dengan anak2 ikan.

Saya dah syak lama dia bukan lelaki yang straight, kerana sejak kawin dia memang dingin dengan saya, tapi dia tidak pernah mengaku.

5 tahun terakhir ini dia tidak pernah sentuh saya, rupanya dia makan luar terjebak dengan kaum Nabi Luth bertukar2 pasangan g4y.

Hati saya hancur sehancurnya. Kejam sungguh dia, saya yang saban malam menangis atas sikap dinginnya, nak pegang dia pun dia tepis, dia rupanya berseronok2 dengan pasangan g4ynya.

Dia tipu saya, gunakan duit business keluarga untuk bawa pasangannya honeymoon keluar negara.

Dia habiskan duit tiap minggu untuk dapat kan servis s3x dari boyfriend nya. Dia panggil pasangannya sayang.

Message nya setiap saat rindu2an dan bersayang2, beza sungguh sikapnya terhadap saya. Dia berubah menjadi sangat romantic, caring, loving dan concern sangat dengan anak ikannya.

Saya depress sangat2, hingga terpaksa berjumpa kaunselor dan dirujuk kepada pakar psychiatry.

Saya ajak berpisah dia tak nak, dia kata dia telah bertaubat dan masih sayangkan saya. Saya tidak percaya kata2nya, memang kepercayaan saya telah terhakis sama sekali padanya.

Dia tidak pernah sayang kepada saya, apa tah lagi cintakan saya.

Saya boleh saja minta fasakh dengan bukti2 yang ada, dan atas sebab dia tidak sentuh saya lebih 5 tahun.

Dia bersumpah dengan Quran, dia dah berubah, dan bertaubat, tapi sikapnya masih sama. Kononnya cuba bemesra dengan saya, tapi penuh dengan kepalsuan.

Saya tidak nampak air mata penyesalan langsung atas dosa2nya. Saya paksa dia jalani saringan HIV dan penyakit kelamin lain, alhamdulillah semuanya negative.

Emosi saya sangat2 tidak stabil, bila2 masa saya boleh break down, menangis. Dia tidak pula cuba memelok saya mententeramkan saya saat saya breakdown.

Bila saya menangis, dia tinggalkan saya begitu saja, tak de langsung cuba memujuk atau rasa bersalah saya jadi begitu kerana dia.

Selalu saya terfikir, apa akan jadi pada anak OKU saya kalau saya mati.

Dulu saya fikir, suami saya akan dapat menjaga dia kalau saya tak ada.

Tapi sekarang saya rasa suami saya akan u turn dan menggunakan simpanan dan pencen saya untuk berpoya2 dengan pasangan g4y lagi setelah saya tiada.

Dari kajian dan bacaan saya, golongan ini tidak akan berubah sampai mati.

Saya buntu sekarang. Kesihatan saya sangat terjejas. Mungkin netizen kata saya bodoh kenapa tidak berpisah saja, memang saya telah dibodohkan suami, ditipu hidup2 bertahun2 lama nya.

Saya masih ragu kerana dua sebab, kerana anak OKU saya yang sangat rapat dengan ayahnya dan mungkin kerana rasa cinta dan sayang ikhlas saya padanya tidak pernah berbelah bagi.

Anak saya yang satu lagi suruh saya berpisah, dia kata saya berhak untuk bahagia. Dia kesian melihat saya menderita bertahun2 lama nya.

Syukur saya ada dia, untuk bercerita kedukaan saya, kalau tidak mungkin saya telah gila sekarang ini.

Tiap hari saya berdoa, Allah angkat rasa sayang saya pada suami, supaya saya kuat untuk keluar dari perkahwinan ini.

Semoga Allah tunjuk kan jalan keluar dan memberi sedikit kebahagiaan buat saya di hujung2 usia saya ini… Mohon doa dari netizen semua.

– Lara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Mcm sebelum2 ni sy komen… Xyah la guna alasan anak.. dah anak sorg lg suruh berpisah tu berpisah jelah… Tau x klu sis xberpisah, tu yg menyebabkan mental health anak sis yg sorg lg tu pulak merundum… Anak sis yg oku klu sis mati adik bradik dia mungkin boleh jaga tp klu jadi ape2 kat anak sis yg normal tu sape nak jaga anak sis yg oku tu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *