Suamiku Suami Kakak Iparku

Assalamualaikum, terima kasih kerana terima confession aku. Aku L bukan nama sebenar. Berusia awal 30an dan baru sahaja berumah tangga serta belum memiliki anak.

Apa yang akan aku ceritakan ini mungkin juga berlaku pada pasangan lain di luar sana. Untuk pengetahuan, aku bekerja di sektor swasta begitu juga dengan suami aku.

Setelah berkahwin aku diajak tinggal di rumah mertua. Dari awal aku agak tidak selesa bkn kerana rumah yang kecil (aku juga pernah tinggal diperumahan sebelum ni) tetapi akan sebumbung dengan adik² ipar lelaki.

Batasan aurat sangat perlu dijaga sebab mak mertua ku agak alim orangnya. Pernah aku di tegur hanya kerana memakai bju pendek ketika bermain badminton di luar rumah. Tapi mak sangat baik dan sayangkan aku. Eh, bukan ini yang aku nk ceritakan.

Yang ingin aku ceritakan sebenarnya adalah melibatkan suamiku dan kakaknya iaitu kakak ipar ku. Suamiku kerjanya biasa² aja. Dia disayangi oleh seluruh keluarga besar mertuaku. Ibarat orang kuat dalam keluarga.

Sebelum berkahwin kerjanya agak bagus tetapi di suruh semua orang pulang dan berbakti di kampung. Baliklah dia dari merantau di negeri org.

Masalah yang aku hadapi sekarang adalah semua benda di rumah suami aku yang buat, kalau ada yang rosak dia yang baikikan kalau tak cukup kipas dia belikan, tak cukup itu ini suami aku juga yang keluarkan modal.

Sedangkan ramai lagi yang tinggal sebumbung dan berkemampuan. Beli barang dapur, bil letrik, bil air dia bayarkan tu aku tak kisah sebab aku juga menumpang dan tugas dia sebagai seorang anak.

Bila keluarga mertua ajak makan besar diluar suamiku juga yang akan bayar untuk semua orang (adik beradik yang lain kerja gajinya lebih besar).

Bukan aku nak berkira tapi setiap kali makan di luar begitu la kejadian nya takde yang ringan tangan hulur untuk tolong bayarkan sekali.

Malah setiap kali ingin keluar makan aku seakan tidak mahu menurut serta kerana kesiankan suamiku. Apakan daya kalau tak ikut dikatanya sombong tak mahu bercampur dengan keluarga. Aku sungguh tersepit.

Ni aku ceritakan pula pasal kakak iparku oh dia belum berkahwin ya. Dialah yang control suami aku dalam semua perkara oleh kerana suamiku tersangat rapat dengannya.

Segala perihal suami akan bercerita terlebih dahulu kepadanya termasuklah hal peribadi kami berdua kemudian barulah kepada aku.

Kekadang akulah orang last yang dapat tahu akan sesuatu perkara. Kesiankan aku ni. Suami aku dah mcm suami kakak iparku.

Di turutnya bagai permaisuri. Yang paling aku nak marah ‘barang peribadi kakak’, keperluan, kadang kereta juga ada suami bayarkan. Ala senang cerita bodek sikit terus dapat walhal kakaknya mempunyai pendapatan sendiri.

Aku sebagai isteri semua keperluan aku beli sendiri, kereta pun aku yang bayar. Ye aku dengki! Aku dengki sebab aku tak di layan sepatutnya dan tidak adil bagi aku.

Bab di dapur juga tidak kurang hebatnya (aku jarang masak kecuali hari minggu sebab bekerja).

Bila aku masuk dapur ada saja yang tak kena itu la ini lah tak sedap la tak cukup masin la tak reti masak la macam² kritikan yang aku terima dari kakak iparku. Aku give up untuk masuk dapur.

Dah jadi rutin aku untuk makan dahulu di tempat kerja sebelum balik nanti tak payah nak hadap dah kakak ipar dengan muka mencuka dia.

Hidup aku awal pagi smpai petang hanya di tempat kerja. Malam akan terperuk dalam bilik. Weekend lebih gemar untuk pulang ke kampung family aku walaupun kekadang balik seorang diri.

Setelah beberapa bulan aku menetap dirumah mertua, pernah beberapa kali aku ajak suamiku untuk berpindah dan menyewa di tempat lain.

Tapi suamiku bangkang sekeras²nya dengan alasan nanti mak pindah bolehlah kita duduk bilik depan. (Mak akan berpindah balik ke kampung tetapi tahun bila belum tahu lagi).

Untuk pengetahuan semua aku dan suami duduk di bilik paling kecil dalam rumah sedangkan kakak iparku yang belum berkahwin duduk di bilik tengah yang dua kali besarnya berbanding bilik ku dengan segala kelengkapan bilik adalah titik peluh suami ku.

Apabila aku menyuarakan mahu berpindah sebab nak merasa duduk sendiri padahal tak tahan dengan kakak iparku.

Dia sangat tidak bersetuju dan marah² mana tidaknya sumber pendapatan akan hilang bila suami aku tiada. Tiada lagi orang yang boleh melayan dia seperti permaisuri.

Kes pindah tiada kesudahan. Setiap kali aku menyuarakan untuk berpindah akan berlaku pergaduhan dengan suami.

Begitulah kehidupan aku di rumah mertua, dengan kakak ipar lagak gaya seperti permaisuri dari hujung rambut sampai hujung kaki ditaja suamiku. Tu belum masuk bab adik beradik balik bercuti lagi.

Banyak sangat yang terbuku di hati. Moga aku terus kuat. Doakan ya.

Terima kasih kerana sudi membaca luahan aku.

Isteri yang tak macam isteri,

– L (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *