Suamiku Syurgaku

Assalamualaikum para pembaca. Pertama sekali, maaf. Aku tak pandai mengarang. Mesti korang berbulu je baca tajuk aku kan.

Tapi aku sedikit tersentuh selepas terbaca luahan seorang lelaki tentang sekufu. Tentang bagaimana dia yang buat semua kerja di rumah, jaga anak dan berikan nafkah yang cukup untuk keluarga tapi masih rasa tak bahagia.

Aku cuma nak ceritakan tentang diri aku, penerimaan aku tentang suami aku yang kurang mampu untuk sediakan nafkah untuk aku. Lagipun sekarang ni kan tengah hangat isu Fajula. Jadi, harap korang free la nak baca kisah aku.

Sedikit mengenai aku, aku berusia lewat 30an, seorang penjawat awam dan telahpun berkahwin selama 8 tahun dan dikurniakan 2 orang cahayamata.

Alhamdulillah perkahwinan aku macam biasa je. Takde yang special pun.

Cuma..

Aku nak kongsikan sedikit kisah aku yang dikurniakan jodoh dari Allah, bukan seperti yang aku idamkan. tapi apa yang aku perlukan.

Suami aku sekarang cuma buat kerja part time dengan pendapatan hanya 1k sebulan. Terus terang aku cakap, memang tak cukup untuk menampung kehidupan kami.

Walaupun pernah jauh di sudut hati aku, aku agak terkesan bila tengok hidup orang lain yang mampu berbelanja dengan gembiranya. Sedangkan aku, terpaksa mengambil tanggungjawab lebih untuk membantu suami aku menyara keluarga kecil kami.

Suami aku, seorang yang sangat baik, dari keluarga yang baik. Bertanggungjawab. Jujur dan tak banyak cakap. Berbeza dengan perwatakkan aku yang sangat suka merungut, bising dan suka mengeluh.

Semua kerja rumah, suami aku yang uruskan. Dari anak, sampai la ke kerja rumah. Just name it. Cuci baju, sidai baju, mop lantai, packing baju mengasuh baby, basuh pinggan, driver ke sana sini. Hantar, ambil anak ke sekolah dan pengasuh. Cuma masak je yang dia tak pandai.

Tapi aku tak kisah pun. Dia pun tak kisah. Kalau rajin aku masak, tak rajin, aku ajak makan kat kedai. Aku simple jeee. Asalkan aku tak berlapar.

Aku? Pergi kerja, balik just tapau makanan je kat suami aku kalau aku malas masak.

Dulu aku pernah rasa bosan, sebab asal balik kerja je, aku selalu excited nak bercerita hal kerja, kawan kat tempat kerja, nak ajak gosip dengan dia.

Tapi suami aku tak pandai nak layan gosip-gosip panas aku. Sebab… dia memang tak berminat dan tak reti membawang! Aku selalu rasa frust. Sebab suami aku kurang interaksi sosial dengan aku. Tak pandai buat kelakar.

Sekarang, aku dah tak minat nak ajak dia membawang. Aku pun dah banyak diam kat rumah. Paling tak pun, aku bercakap je dengan anak-anak aku. Aku membebel je kat diorang. Menyanyi dengan diorang kalau aku bosan.

Aku bukak yutube, aku karaoke je sama-sama dengan anak aku. Anak aku yang sorang tu dah pandai buat kelakar. Kira ok laaaaa nak. Boleh layan gosip mama nanti.

Suami aku pulak, aku cuma suruh dia layan tekak aku je. Benda apa aku teringin makan, dia mesti bawak. Walaupun aku yang bayarkan, aku tak pernah nak rasa mengungkit apatah lagi rasa terbeban. Sebab aku sedar, aku perlukan lelaki seperti suami aku.

Aku tak kisah pun bab duit. Ada duit kami makan sedap. Kalau hujung bulan, aku masak. Simple-simple pun janji kami mencekik.

Baru-baru ni, aku ada berpindah rumah. Korang bayangkan, suami aku yang setelkan semuanya yaa. Dari kemas barang, angkat barang, dan cuci rumah baru aku. Aku cuma duduk, teman dan main dengan baby aku je. Dia cakap aku buat kerja lambat. Aku lagi seronok. kikiki.

Kadang-kadang aku pikir jugak, asben aku ni tak stress ke dengan aku yang buat derkkkk je dengan kerja rumah ni. Aku cuma pandai jaga baby dan layan anak-anak aku je. Tak kisah bab lain dah.

Tapi, aku tengok suami aku tenang je. Siap panggil aku ‘bidadariku’. Aku pulak yang macam, “Eh, aku goyang kaki je, dia boleh pulak bidadarikan aku”.

Mungkin dia rasa rendah diri sebab banyak bergantung dengan aku kalau bab-bab nafkah ni. Dia mungkin tak boleh nak bagi banyak untuk aku, tapi dia tetap tak lupa untuk sediakan sekurang-kurangnya baju raya untuk kami sekeluarga setiap tahun.

Adala jugakkk, time service kereta dia dah asingkan duit. Time tu aku ingat dia dah sengkek. Tapi ada duit-duit kecemasan dia yang dia sempat simpan.

Aku tak kisah dah. Duit bukan segala-galanya bagi aku. Walaupun aku perlukan duit. Aku cuma nak bahagia je disamping orang yang aku sayang.

Ini cuma 30 peratus dari kebaikan suami yang aku kongsi. Ada lagi 1 benda yang paling besar yang dia pernah korbankan demi aku. Nanti aku free, aku share. Itu pun kalau korang nak.

Sebab aku rasa macam takde manfaat sangat pun kisah yang aku share ni. Boleh laaa nak buat motivasi celah gigi korang.

Sedar-sedar dah pukul 3am. Sambung tido dulu laaa.

# Belajarlah bersyukur sementara ada ruang dan peluang sebelum Allah ambil semula pinjaman dan kebahagian dari kita.

Yang banyak songeh,

– Pelangi Petang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Alhamdulilah, untuk awak dapat suami yang baik macam tu, kita tak boleh dapat semuanya, tapi apa yang awak dapat tu dah cukup bagus, dapat suami yang ringan tulang ni memang rezeki.

    Apalah guna kalau dapat suami yang kaya cukup nafkah semua tapi baran dan narsistik kan?

    Jadik awak teruskan bersyukur dan teruskan melayari rumahtangga hingga akhir hayat. Awak sangat bertuah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *