Suamiku Tak Dihargai

Assalamualaikum semua. Namaku Siti (bukan nama sebenar).

Aku kasihan melihat suamiku sekarang dalam keadaan sangat sedih & stress sebab segala penat lelah dia tak dihargai oleh syarikat yang hampir 9 tahun dia berkhidmat.

Suamiku Ali (bukan nama sebenar) bekerja di salah sebuah syarikat telekomunikasi yang terkenal sebagai customer service/sales person.

Jadi dia di front liner yang membantu customer dalam segala hal.

Setiap bulan bos dia push untuk capai segala target even cuti am pun outlet kena buka. Hari Sabtu yang sepatutnya tutup pun kena buka setengah hari.

Mereka yang berada di kaunter ni lah yang menerima segala makian customer walaupun bukan salah mereka contohnya line problem or bil mereka tak tally. Tapi apa yang mereka dapat????!! Langsung tak dihargai…..

Sedih sebab dalam tahun ni je dua kali BONUS company declare tapi yang buat sales duduk kaunter tak dapat sikit pun. Dengan alasan sebab mereka based on commision.

Berapa banyak la commission setiap bulan tu compare mereka yang dapat bonus 4-6 bulan. Dan tahun ni je dah dua kali terima bonus.

Cuba bayangkan si A dari department HR, tahun ni je dapat bonus 10 bulan! Tapi yang buat sales ade based commission langsung takde bonus.

Mana la laki aku tak sedih sebab dia bekerja sangat bagus, setiap bulan dia akan pastikan achieve target n buat yang terbaik.

Tak pernah MC. Annual leave pun jarang sebab bos tak bagi cuti sebab staff tak cukup nak cover. Hmm. Aku sebagai isteri turut sedih bila suami meluahkan perasaan dia sehingga menitik air mata dia.

Korang rasa patut ke tak patut company ni buat macam ni. memang tak boleh fight sebab mereka akan cakap laki aku ni commission based.

Itu jela ayat HR ulang2. Banyak sangat ke comission setiap bulan?? Mostly setiap bulan laki aku akan dapat 600-1000 commission.

Aku amek contoh 1000 x 12 = 12,000. Tapi yang lain bonus 4000 x 6bulan = 24,000 sekali bonus. Tahun ni DUA KALI bonus 24,000 + 24,000 = 48,000.

Padahal laki aku n kawan2 yang duduk di kaunter sebagai customer service berpenat lelah setiap hari, bulan, tahun untuk pastikan target lepas. Syarikat pun untung besar setiap tahun.

Siap dapat rating 5 star! Tapi aniaya pekerja macam ni… At lease hargai la sikit.. Mereka ade sanggup yang terpaksa keluar duit sendiri untuk capaikan target tau!!! Eh geramnya aku…..

Taktau la aku nak luah kat sape. Nak report takut laki aku pulak kena buang kerja.

Sebelum ni masa syarikat declare bonus pertama, mereka yang buat sales ade fight tapi macam biasa alasan pihak management sebab mereka ni commission based!!!

Itu jela alasannya. Declare bonus kedua pun bagi alasan yang sama. KECEWA n SEDIH sangat.

Korang ade pendapat tak atau cara nak solve issue ni macam mana? Ada siapa2 pernah faced this issue tak???

Laki aku sangat SEDIH sebab dia kerja agak lama. Sebelum2 ni masih boleh tahan tapi tahun ni macam tak boleh tahan sebab dorang terima bonus dua kali dalam setahun. Dia rasa sangat tak dihargai……

Tapi apa2 pun kami tetap bersyukur dengan rezeki Allah.

Korang doakan kami sekeluarga dimurahkan rezeki ya.. Semoga suamiku lepas ni dapat bekerja dengan ikhlas walaupun syarikat aniaya mereka macam ni.

Huhu.. Thanks korang sudi baca…

– Siti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *