“Suatu Masa Dahulu, Saya Hampir Cederakan Kakak.” II

Untuk part I, (https://iiumc.com/suatu-masa-dahulu-saya-hampir-cederakan-kakak/).

Assalamualaikum. Saya Nuri. Saya ada tulis confession “Suatu Masa Dahulu, Saya Hampir Cederakan Kakak.”

Saya baca semua komen di Facebook, dan saya amat tersentuh dengan kata-kata semangat dan doa yang baik-baik buat saya. Saya baca dan saya rasa sebak, mengalir juga air mata saya. Saya hargai semuanya. Terima kasih.

Jujurnya, saya tak pernah rasa berdendam dengan mak atau kakak saya. Sebab kita semua manusia biasa yang tak sempurna, memang ada ruang melakukan kesilapan.

Dan saya tak pernah anggap mak saya seorang ibu yang teruk. Sebab selain dari apa yang saya kongsi, ada sisi lain pada mak yang buat saya rasa secure atau selamat dibesarkan oleh dia. Kakak saya pun pada masa tu masih muda, belum matang dan banyak buat kesilapan.

Bila saya sendiri bersekolah di sekolah asrama, saya sendiri melalui kepenatan yang dirasai oleh kakak saya. Balik cuti sekolah, kita automatik rasa nak bayar hutang tidur kan.

Masa tu, barulah saya faham kenapa dulu balik je rumah dari asrama, kakak asyik mengantuk dan tidur.

Tapi, alhamdulillah dia sekarang sangat jauh beza dengan dirinya yang dulu. Bila kami bersembang dan meluah rasa apa yang saya lalui, barulah saya tahu yang rupa-rupanya kakak saya tak pernah anggap mak melebih-lebihkan dia.

Tapi, pada masa yang sama, saya tak boleh nak menafikan perasaan saya semasa kanak-kanak dan remaja dulu. Sehingga kini, sedikit sebanyak ia masih memberi kesan pada diri saya.

Cuma, apa yang saya boleh kongsikan. Pada ketika kejadian-kejadian sedih yang berlaku dulu, ada satu benda yang paling saya harapkan untuk mak saya buat iaitu “Clarification”.

Beri penjelasan supaya saya tak tersalah sangka dan menganggap mak hanya lebihkan kakak sahaja. Masa tu, akal saya belum cukup matang untuk digest apa yang berlaku dan memahami dari sudut fungsi seorang ibu.

Buat encik, cik, puan, akak yang ada tinggalkan komen di facebook IIUM Confession tempoh hari, jangan bimbang ya. Kita manusia, kita ada hati, kita juga ada perasaan. It’s okay jika sebagai ibu bapa kita terbuat silap dalam mendidik anak-anak.

Kita ada kelemahan masing-masing, tapi kita juga ada potensi dan kelebihan yang tersendiri. Jadikan potensi dan kelebihan untuk kita perbaiki dan tambahbaik apa yang kurang.

Anak-anak juga hadirnya mereka untuk mendidik kita menjadi orang yang lebih baik dari hari ke hari.

Saya minta maaf sekiranya ada yang menjadi risau bila terbaca confession saya. Risau sekiranya secara tidak sengaja berlaku tidak adil pada anak-anak. Adil bukan bermakna “sama”.

Adil adalah meletakkan yang hak pada tempatnya.

Jadi, sekiranya ada hari-hari yang kita rasa kita tak berfungsi dengan betul pada anak-anak contohnya terlepas marah pada mereka tanpa mereka faham sebabnya, maka kembali lah kepada anak-anak di malam hari sebelum mereka melelapkan mata untuk tidur.

Bagitahu anak-anak, sebab kenapa marah atau termarah. Kenapa itu, kenapa ini. Bagilah penjelasan yang boleh difahami.

Yang penting, sampaikan isi bualan yang kita sayang pada mereka. Supaya bila mereka bangun keesokan harinya, anak-anak telah pun setel emosinya dan bangun dalam keadaan perasaan yang lebih segar, “refresh feeling”.

Amat penting untuk kita yakinkan dan fahamkan anak-anak bahawa kita sayang mereka, supaya segala salah anggap tidak membentuk menjadi sistem kepercayaan mereka. Contoh salah anggap yang boleh dikekang lebih awal, “mak ayah tak sayang saya”.

Kalau ada anak-anak yang menunjukkan tingkahlaku kurang menyenangkan pada pandangan mata kita, itu sebenarnya adalah petanda ada keperluan dalam diri mereka yang masih belum dipenuhi.

Contohnya, kasih sayang, perhatian, pemahaman, dan lain-lain. Apa yang penting, “be there for them”.

Dengari dan cuba fahami mereka. Elakkan diri dari cepat jatuh hukum yang mereka anak yang jahat. Percayalah, asalnya anak-anak ini bersih dan suci. Banyak faktor yang mencorakkan pembentukan diri mereka.

Kita semua, sebagai orang dewasa pun selalu rasa nak dihargai kan? Begitulah anak-anak kita.

Bila bercerita tentang penghargaan ni, kita akan selalu kecewa kalau terlalu meletakkan harapan pada manusia. Tak dinafikan, kita akan rasa nak dihargai dari orang sekeliling kita kan.

Sama lah macam saya. Dari kecil, saya selalu rasa nak dihargai. Sampai saya dah dewasa pun, saya tercari-cari dan cuba mendapatkan penghargaan dari orang lain. Hakikatnya, yang saya dapat adalah rasa kecewa.

Saya bersyukur saya dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata. Penyeri hidup saya, dan merekalah orang yang selalu mencari saya walau sekadar ingin dibancuhkan susu.

Anak-anak ini membuatkan kewujudan diri saya ini terasa diperakui, begitu penting dan bernilai.

Dulu, saya selalu tanya Allah. “Kenapa ya Allah, saya selalu ditimpa dengan kesedihan?”. Dan soalan ni sampai sekarang pun saya masih belum ada jawapan yang solid.

Dan saya kena terima, ada perkara tertentu dalam kehidupan ini berlaku atas izin Allah dan tiada jawapan yang dapat memuaskan hati saya untuk menerima hakikat yang ditakdirkan. Kalau Allah berkehendak, Dia pasti akan izinkan juga perkara itu terjadi.

Jadi, itulah yang berlaku pada saya. Akhirnya, suami saya meninggalkan saya. Saya diceraikan dengan talak satu, dalam keadaan yang saya terpinga-pinga.

Ramai orang di sekeliling cuba mengorek cerita, bertanya punca dan sebab berlakunya perceraian tersebut.

Tapi, biarlah saya seorang yang tahu dan bagi saya tak ada keperluan untuk orang lain tahu sebab ia tidak membantu saya.

Walaupun berat rasanya kaki untuk melangkah gagah, tapi saya perlu meneruskam kehidupan saya. Cukuplah, saya ada Allah yang pandang, menyayangi dan memahami saya.

Awak semua doakan saya kuat dan tabah ya dalam menjalani liku-liku kehidupan ini. Hidup saya memang banyak cerita sedih. Sampai satu tahap saya rasa tenang dan nikmat dengan kesedihan tu. Inilah kehidupan saya.

Dan saya tak akan berputus asa dengan hidup saya walaupun akan ada masanya fasa life ni boleh diibaratkan seperti roller coaster.

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya sekarang saya masih ada mak dan kakak yang menyokong saya dari belakang. Merekalah yang menjadi tempat untuk saya berpaut seketika, pada waktu jatuhnya saya.

Terima kasih awak semua.

– Nuri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *