Hari ni cuaca sangat indah. Terdapat sekumpulan kanak-kanak sedang bermain. Ada sepuluh orang termasuk anakku. Aku seronok melihat mereka bermain macam tak ingat dunia, hihi.
Dari pagi sampai la petang. Mereka cuma akan balik apabila dipanggil. Tetapi lepas beberapa minit meraka akan datang semula.
Melihat keletah mereka, aku terimbau zaman kecilku. Adik beradik aku ramai sembilan orang. Aku anak pertama. Keluargaku orang susah.
Ayah kerja meniaga sayur kampung di pasar pagi. Walau ayah seorang peniaga namun kami bukan orang senang. Malah tergolong orang miskin.
Rumah kami tiada televisyen sehingga aku masuk tingkatan satu. Di sinilah bermula cerita. Kerana kami tidak mempunyai televisyen maka kami selalu ke rumah jiran. Tumpang tengok tv di sana.
Yang menyedihkan acapkali kami datang, pasti jiran akan tutup tv. Sedihnya masa tu
Aku teringat aku berumur 10 tahun ketika itu. Kami 5 orang memang rapat². Selalu pergi rumah jiran sebab nak tengok tv.
Tapi itulah bila orang tak suka. Kami datang mereka akan tutup tv. Kalau nasib baik dapat tengok tv dari tingkap tapi tak boleh masuk.
Banyak kenangan sedih bagi aku dan adik beradik. Yang paling terkesan mestilah aku, sebab aku anak sulung.
Pernah ketika kami tumpang tengok tv, aku terdengar ibu kepada kawan aku berkata pada emaknya iaitu nenek kawan aku.
Kata ibunya, ‘mak simpan elok² gelang tu, budak² ni memerhati saja’. Pastilah dituju pada kami sebab hanya kami yang berada di situ. Kebetulan kawan aku pergi mandi
Lepas aku dengar, aku terus cuit adik² ajak balik. Adik² taknak balik sebab tengah syok tengok tv. Tapi aku paksa. Balik rumah aku nangis. Teruk sangat ke jadi orang miskin? Semua orang miskin jahat ke?
Banyak cerita sedih masa aku kecil. Tapi isu tv ni paling aku terasa.
Sekarang aku dah berkeluarga. Aku suka suruh anak² aku ajak kawan² main kat rumah. Biasanya hari sabtu mereka akan lepak rumah aku.
Aku suka mereka datang. Aku boleh kenal dengan siapa anak² aku berkawan. Mereka pun selamat sebab main di bawah pemerhatian orang dewasa.
Rumah aku biasa saja. Tiada apa yang mewah. Tapi mereka bebas bermain. Boleh tengok tv, boleh main permainan anak² aku. Boleh buka peti ais ambil aiskrim atau air. Boleh pergi dapur ambil makanan.
Biasa hari sabtu aku akan sediakan air sirap dalam peti ais, buat spaghetti atau goreng nugget. Biar mereka makan sepuasnya, main sepuasnya.
Aku ingin menjadi kenangan terindah mereka ketika mereka kecil. Aku ingin anak²ku menjadi best friends mereka.
Walaupun mereka masih kecil tetapi mereka juga punya perasaan. Baik kita layan mereka, pasti akan jadi kenangan manis buat mereka.
Sebaliknya bila kita beri layanan buruk pasti akan meninggalkan kesan pahit dalam diri mereka.
Buat anak², acik suria nak kamu tahu acik sayang kamu semua macam anak sendiri. Buat rakan seperjuangan, sayangilah kanak².
Contohilah akhlak Rasulullah ﷺ yang sukakan kanak². Jangan sisihkan mereka, jangan pilih kasih. Anggap mereka seperti anak sendiri.
Sekian.
– Acik Suria (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit