Sub Con Tanggungjawab Mu Hingga Hujung Nyawa

Assalamu’alaikum wbt.

Saya baca kisah Abah yang expect anak sara dia. Ye memang wujud manusia macam ni. Bezanya bagi saya, orang tu bapak mertua saya (FIL).

FIL saya bukan le orang tak baik tapi entah kenapa dia tak nak earn & expect anak-anak yang atas sara adik-adik.

Masa kami menikah, ayah saya dan besan lelakinya (my FIL) di awal 50-an.

Mereka masih segak, kuat, tiada penyakit, tetapi sikap Ayah & FIL sangat berbeza.

While my dad masih sibuk dengan business yang sederhana demi menyara adik-adik saya, FIL saya tenang sahaja kerana ada seorang anak yang telah bekerja iaitu suami saya.

Saya tak sangka langsung sebab FIL bukan orang cetek agama.

Dia beri alasan kerja dia pakai tulang 4 kerat, dia dah penat. Tapi jalan merata ada pulak kudrat jadi saki baki duit simpanan dia memang untuk personal expenditure gayanya.

Saya cakap dengan suami Ayah saya elok je kerja lagi padahal kami 3 beradik aje. Dia tu 8 beradik, ramainya suami saya nak sara.. huhu..

Kesudahannya duit gaji sayalah untuk kegunaan kami, duit gaji dia semua untuk sara diri dia & famili, samada di kampung atau adik-adik yang di Universiti/asrama.

Saya tak nak cerita terperinci sebab perkara ini dah lama dilalui.

Lepas adik-adik satu per satu selesai belajar, sorang demi sorang kerja, sikit demi sedikit suami saya kongsi responsibility dengan other siblings.

Yang bongsu paling untung, apa nak semua dapat sebab ramai penaja.

Keluarga suami tahu nafkah beralih arah sebab saya berterus terang tapi keadaan tetap berlarutan.

Dah 20 tahun kawin saya hardly merasa duit suami. Dia habis kepada Mak Pak, adik beradik & terkini anak-anak sedara pula ada yang perlu disara.

Saya cuma nak pesan:

1. Yang belum menikah, sila cek bakal suami/isteri punya tanggungjawab kewangan kepada keluarga dia. Ada family yang memang brainwash anak-anak dah bergaji kena sara parents & adik-adik.

2. Jika ada tanggungjawab, tak mengapa, tapi biar ada had kerana di kalangan kawan serta colleagues saya, ramai aje yang ada komitmen keluarga cuma mereka asingkan siap2 & tak lah sampai tak bertanggungjawab langsung financially terhadap isteri & anak2.

3. Kalau dah termenikah & dapati suami & keluarganya pesen begini, jgn biarkan sebab percaya lah cakap saya this thing is not a day or two punya kisah. Be firm with your husband, beri kata dua, pergi Pejabat Agama atau Mahkamah buat aduan/tuntutan.

Ini antara kekesalan saya kerana menyangka dari sehari ke sehari this will end tetapi tidak.

Bukan makan minum & yuran pengajian aje punya cerita; baiki rumah, beli motor, perlu tablet dan seribu satu macam keperluan kena dipenuhi dalam keluarga yang besar & sedang membesar.

Another thing, suami yang dah selesa isteri berdikari kewangan rupanya susah nak ditune balik untuk lunaskan tanggungjawab hakikinya.

Sebab dia tengok elok je kita anak beranak hidup..

I used to makan hati, memberontak tapi now dah terima. banyak sebab saya mengalah. Tapi paling utama sebab saya rasa ujian saya tak seteruk orang lain.

Keduanya, saya busy kerja & sibuk membahagiakan diri dengan aktiviti yang saya suka sebab dia tak loghat nak menghalang.

Saya tak tahu orang seperti saya rasa mcm mana, tapi untuk saya, meh sini saya cakap terang2 (sebab identity anonymous kan),

Saya pikir jika saya mati dulu takpelah, saya dah buat lebih drp apa yang sepatutnya kerana menanggung keluarga hampir sepenuhnya.

Tapi kalau dia mati dulu, InsyaAllah saya tak susah sebab biasa berdikari & anak2 kami semakin besar.

By umur 40 kita tahu life tak perfect, tak wujud happily ever after tu, so hadap lah apa yang kita sanggup harung. I lower my expectation.

Asalkan sihat mental fizikal, bumbung makan pakai ada, cukuplah.

Bersyukur. Tak mewah tapi tak susah hati sebab tahu tak semua battle saya boleh menang di sini.

Terima kasih sudi baca luahan spontan ini jika admin luluskan siarannya. Sorry cerita ni tak dramatic, sebab saya rasa hidup kena realistic, baru aman.. hehehe..

– Didi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *