Bismillah. Moga nukilan ini ada manfaatnya. Aku Maya. 24 tahun. Seorang perempuan yang dibesarkan dalam keluarga yang penuh kasih sayang walaupun sekadar dibesarkan oleh seorang ibu, tanpa ayah di sisi aku. Ayah masih ada di dunia tapi seakan-akan tiada. Dia seakan lelaki asing bagi aku, hanya meminjam title ayah sebagai pinjaman.
Keluarga aku tidak porak peranda. Aku menganggap jodoh ibu dan ayah tak berpanjangan. Semakin usia aku menginjak, semakin bertambah faham aku kenapa ibu dan ayah pilih untuk tidak bersama lagi. Cerita ini bukan cerita mereka tetapi cerita aku, Maya.
Fitrah seorang lelaki akan jatuh cinta pada seorang perempuan. Bagaimana kita menguruskan fitrah itu supaya untuk tidak menjadi fitnah yang menjadikan kita ini seorang pencinta yang hebat. Jujur aku katakan didikan agama yang aku terima di rumah tidak mencukupi tetapi didikan di rumah berjaya membuatkan aku mahu mendidik diri sendiri agar mencari ilmu agama di luar rumah agar tidak menjadi perempuan yang sesat.
Ceritaku bermula apabila aku kenal seorang lelaki. Bukan cinta pertama. Sebaliknya cinta yang entah ke berapa tetapi memandangkan usia aku sudah ini bukan usia untuk bermain-main cinta maka aku membuat keputusan untuk serius dalam perhubungan kali ini. Ya aku serius. Dahulunya aku tidak pernah serius seperti ini. Kami sering berjumpa. Selepas beberapa bulan, kami sudah berani berpegangan tangan. Dia akan mengelak. Aku nampak usahanya untuk cuba mengelak daripada aku. Bagi perempuan, itu cara ekspresi cinta aku. Bagi lelaki, itu nafsu! Tapi dia cuba mengelak. Dia pernah memberitahuku, dia ikhlas memperisterikan aku maka itu sebab dia mahu mengelak dan melindungi aku daripada dia.
Aku bergelut dengan perasaan sendiri. Masa begitu pantas. Dipendekkan cerita, episod berpegangan tangan tersebut berlaku pada bulan itu, episod keterlanjuran juga berlaku pada bulan itu. Aku tak sangka diri aku seorang wanita yang pemalu..konon menjaga ikhtilat dengan lelaki, tidak boleh pandang adegan bercium mulut di tv, membaca al Quran setiap hari, solat 5 waktu sehari, cemerlang dari sudut sahsiah dan sebagainya..tumpas. aku tumpas di tangan seorang lelaki. Aku tumpas. Baru sekarang aku faham apa ertinya bila syaitan sudah menjadi insan ketiga. Jangan ditanya bagaimana kami terlanjur. Keadaan berlaku begitu pantas. Aku buat dosa besar berzina dalam keadaan aku tahu zina itu berdosa! Allah. Allah. Ampunkan aku ya Allah.
Baru aku mengerti apa itu erti ‘ujian’ yang sebenarnya. Siapa cakap orang beriman tidak akan diuji? Aku diuji, tetapi aku tewas. Aku memilih untuk terlanjur dan tidak memelihara kehormatan yang sepatutnya aku jaga demi suami tercinta. Aku tahu ramai yang akan mempertikaikan aku bodoh dan sebagainya..tapi bila kalian sendiri tersepit di antara nafsu dan cinta sendiri di saat tu, segalanya akan terkorban. Aku tak mampu berfikir saat tu. Aku tak dapat membuat keputusan yang waras ketika itu. Hanya diri saja boleh diharap tetapi diri sendiri pun tumpas. Pulang daripada kejadian tu, pertama sekali solat sunat taubat. Aku benar-benar mengharapkan keampunan Allah..rahmat Allah.. aku menyesal sebenar-benar sesal. Sebelumnya aku tak tenang. Setelah jiwa kembali tenang dan hidup kembali tersusun, aku kembali tenang cuma dosa tu tak dapat hilang daripada ingatan aku. Kami masih lagi berhubung.
Aku tahu dia lelaki baik sebenarnya, kerana dia juga tumpas dengan aku. Pengajarannya di sini janganlah kita rasa kita hebat kerana tak pernah buat dosa besar. Kita rasa kita mulia daripada orang lain..sedangkan bila Allah nak uji, bila-bila masa sahaja keimanan teruji hatta kau sendiri tahu itu adalah DOSA. Aku harap kalian mampu menjauhkan diri dari pintu-pintu zina; couple. Ya. Aku adalah manusia yang menghampiri pintu zina lantas aku terhumban ke dalam pintu tersebut. Aku lah manusianya. Aku lah pendosa tersebut. Moga Allah ampunkan aku.
Tiada perkara yang lebih besar aku mengharapkan melainkan keampunan daripada Allah. Kejadian ini ibarat satu berita buruk buat diri seorang Maya. Ibarat berita aku mendapat barah! Ya ini barah dosa. Aku menyesal. Kejadian tersebut tidak berulang lagi.. cuma, manusia boleh berubah. Aku sudah menjangkakan si dia berubah menjadi orang lain. Ya, dia berubah. Dia berubah hati disebabkan perkara kecil. Dia sudah tak menyatakan cinta dan sayang pada aku sepertimana dia lakukan bertahun dahulu. Allah takdirkan kami berjauhan selepas kejadian itu (hubungan jarak jauh); aku bersyukur kerana dapat menjauhkan kami daripada perkara itu lagi.
Aku sendiri dari awal sudah meletakkan REDHA yang tertinggi andainya si dia sudah jauh hati. Cinta aku pada dia sangat ikhlas tetapi tidak bermakna aku akan serahkan tubuhku lagi. Dia juga tak ada meminta gambar bukan-bukan, atau gambar free hair dan sebagainya. Seperti aku katakan di awal confession ini bahawa kami terlanjur. Ya ini benar-benar terlanjur. Dan sebenar-benar taubat adalah taubat yang bersungguh-sungguh dan berazam tidak akan mengulangi lagi. Dia berubah hati? Biarlah.. aku merelakan dia pergi jika itu dia mahu.
Sejak malam dia memberitahu bahawa sikap dia sudah berubah dan tak akan menjadi sebaik hubungan kami dahulu, aku redha. Hati aku betul-betul lapang dan redha. Biarlah.. Allah itu sebaik-baik perancang. Biarlah Allah itu merancang hidup aku dan bukannya aku yang merancang. Kerana perancangan aku begitu banyak titik kelemahan dan titik dosa. Jika perancangan aku terbaik, maka Allah jugalah yang membuat keputusan. Allah penentu yang terbaik. Dia lelaki yang baik maka bila ada mana-mana perempuan dapat lelaki seperti dia perempuan itu bertuah sebenarnya. Aku? Biarlah..sekali lagi aku nyatakan aku berserah hanya pada Allah.. subuh pertama selepas luahan hatinya yang sudah berubah itu aku juga sudah berubah. Berubah menjadi insan yang redha akan segala-galanya. Aku tidak akan menipu bakal suami aku atau menganiaya dia. Aku sendiri tak pasti aku akan bernikah atau tidak selepas ni sebenarnya sebab seperti aku katakan tadi Allah saja sebaik-baik perancang.
Moga hari-hari yang mendatang lebih baik untuk aku. Sebelum ini setiap kali solat aku akan mendoakan kesejahteraan dia, keselamatan dan rezeki dia sejak daripada dia tiada kerja sehinggalah dia stabil segalanya sekarang (mungkin dia lupa perempuan yang support dia emosi dan sebagainya). Sejak dia berubah hati.. aku juga berubah hati.. manusia mana tidak ada rasa kecewa? Begitu juga aku. Kecewa kerana melakukan dosa pada Allah, kecewa kerana cinta yang tidak berpenghujung.. maka tiada lagi doa untuk dia selepas ini. Bukan berdendam. Hanya mahu melupakan. Doakan aku menjadi perempuan yang lebih baik selepas ini. Perempuan yang gagah tidak tergoda dengan hawa nafsu. Amin.
Moga ini pengajaran yang terbaik buat kalian. Jaga-jagalah dengan pintu zina.
– Maya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit