Sudah Cukup Sudah

Assalamualaikum w.b.t. Saja nak buat sedikit luahan hati berkaitan cinta monyet. Cakap mengenai cinta monyet, majoriti mesti ada lah kan cinta-cintun zaman remaja sekolah menengah dulu-dulu gitu.

Sekarang aku dah nak menginjak masuk umur 30 series dah, dah kahwin, baru 3 tahun kahwin, anak saja belum ada. Doa-doakan ya, teman-teman.

To be completely honest, aku sibuk dengan further study dan kerja, tak sempat kadang nak bermedia sosial. Facebook pun sekadar guna sebab business marketing dan baca-baca berita semasa, cuma kadang-kadang kalau jalan makan angin, post lah juga gambar sekeping dua.

Berbalik pada tajuk, dulu masa aku 15 tahun, aku ada lah kawan dengan seorang lelaki ni. Aku namakan dia A. Biasalah cinta monyet. Tapi cinta monyet pun bertahan juga sampai aku 17 tahun.

Kemudian, lepas settle SPM, aku masuk asasi, dia buat diploma, tempat lain-lain. Jadi, hubungan macam hambar sikit lah.

Then aku berkawan lah dengan kawan lelaki lain nama B. B ni tak rapat pun mulanya, tapi sebab isu banyak sangat dengan A, aku jadi macam tawar hati.

A ni ada behavior possessive sikit, jenis control person, terlebih care, macam tak independent pun ada. Sikit-sikit tanya keputusan aku, macam tak reti buat keputusan sendiri. Both kami anak bongsu. Tapi dia tak independent.

Dia jenis kawal aku tahap aku tak boleh add friend lelaki langsung dekat media sosial. Awal tu media sosial pun dia tak bagi aku ada. Kena mesej dia 24/7, call pun 24/7. Kau bayang lah 3 tahun hidup aku macam mana setiap hari.

Aku tak berani putus sebab dia jenis agresif, suka toreh tangan, ugut nak bunuh diri bagai. Dan yang paling tak boleh brain, semua kawan aku dia add dan simpan nombor telefon. Bayangkan kalau tak dapat reach aku, kawan-kawan aku lah dia cari.

Masa aku kenal dia, banyak juga benda jahat aku buat. Mak ayah aku sibuk sebab kerja dalam bidang profesional, jarang ada dekat rumah. Abang-abang aku dan kakak-kakak aku semua belajar jauh, jadi most of the time aku duduk rumah sorang.

Aku selalu ajak dia teman aku dekat rumah, kadang dia bermalam rumah aku sebab mak ayah aku tak pernah pun check bilik aku. Benda ni berlanjutan sampai aku habis SPM.

Lepas tu aku sambung belajar. Universiti aku macam Islamik sikit, jadi sedikit sebanyak aku terdetik nak berubah, sebab rasa macam banyak dosa. Tah esok lusa meninggal, insaf aku. Dan aku rasa lelaki yang aku berkawan tu pun tak membawa aku ke jalan yang baik.

Sejak dari tu aku jarang ajak dia datang dah, tapi dia yang offer nak datang rumah, nak buat benda bukan-bukan dekat aku. Aku rasa rimas sebenarnya kena deal dengan orang macam tu. Last-last aku mengaku dekat mak ayah aku, semua benda jahat aku pernah buat.

Ya, ayah aku kecewa gila dan menangis sebab aku sanggup buat jahat gitu. Mungkin dia rasa dia gagal didik aku. Tapi aku direct to the point ja masa tu sebab aku rasa macam ketenteraman aku diganggu, dan tak ada orang lain mampu lindungi aku melainkan mak ayah aku.

Bukan senang si A tu nak give up macam tu ja. Dia pernah simbah kereta ayah aku dengan cat. Ayah aku ni orang berjawatan juga lah dekat kawasan perumahan tu.

Lepas kejadian tu, orang perumahan macam banyak cakap buruk pasal keluarga kami. Ada juga yang cakap ayah aku hutang along, ada juga yang cakap pernah nampak si A datang rumah aku. Sebab aku memang tak kawan dengan mana-mana lelaki selain A masa tu.

Pernah juga kitaorang jumpa taburan garam, rumah kena baling telur 2-3 kali, ada juga kain kuning berikat ditanam di luar rumah.

Ayah aku syak ada orang dengki, tapi hati aku kuat mengatakan tu kerja si A. Jadi kitaorang satu keluarga decide untuk pindah dari situ, mulakan hidup baru.

Aku pun teruskan belajar macam biasa, kejar cita-cita, nak tebus kekhilafan yang aku buat. Aku belajar rajin-rajin. Aku strive betul-betul setiap semester dan grad dengan first-class degree. Alhamdulillah.

Dalam tempoh aku belajar tu, tipu lah kalau aku kata A tu tak kacau aku kan. Ada ja, tapi dia tak tahu aku tinggal dekat mana. Sekadar mesej.

Aku pernah provoke dia, pernah juga sekali aku pretend nak get back, sebab aku nak dengar pengakuan dia. Selama ni dia ke yang buat semua benda-benda jahat dekat keluarga aku sampai kitaorang malu dan pindah?

Guess what? Dia mengaku dia buat, dan dia kata dia buat sebab sayang aku. Gila kan orang macam ni? Takkan orang macam ni aku nak buat pasangan hidup? Memang tidak lah.

Masa universiti, aku kawan dengan B. Kan masa aku pretending untuk get back dengan si A, dah wujud si B, terkantoi pula dekat A.

A punya drama aku curang, dia pukul aku dekat kepala dan muka. Of course aku pukul dia balik, aku pun ada kaki tangan kan. So jadi lah adegan WWE sekejap.

Then dia nangis tanya kenapa aku curang bagai. Aku cakap aku tak ada niat nak get back pun, aku cuma nak dengar sendiri dari dia, yang selama ni, dia ke yang buat dekat aku dengan keluarga.

So kisah aku dengan A tamat gitu ja (masa tu aku rasa macam tu lah). Fast forward, aku kawan dengan B dari asasi sampai degree, then kahwin.

Nak jadi ujian untuk aku, kami bercerai lepas setahun perkahwinan. Bab B aku tak nak cerita panjang sebab bagi aku dia ok ja, mungkin jodoh kami setakat tu, kifarah untuk aku juga mungkin. Plus kahwin muda lagi masa tu (23 tahun). So bawa haluan masing-masing.

B pun dah remarried dengan kawan aku dan dah ada anak dah pun. B kahwin dulu selepas divorce. Aku sibuk kerja dan further study masa lepas divorce, tak sempat cari pengganti.

Then masa berlalu, muncul lah C. Ok, C ni suami aku sekarang ni lah. C ni kawan aku juga, kenal lama dah, dari aku asasi.

Kenal dari mutual friend, pernah jumpa real life, tapi remain as friend, sebab zaman tu aku tak layan sangat lelaki tua dari aku. Nak kahwin tau pula cari yang lebih tua, lebih matang dan ada kewangan yang stabil.

Long story short, C nak kahwin dengan aku. Dia cakap dia minat aku dari dulu tapi sebab aku dengan B, malas nak kacau line. Then kahwin lah kami.

Sebelum kahwin tu, tiba-tiba muncul pula A dalam kamus hidup aku. A dah kahwin masa ni, rasanya dah ada anak (tak sure sebab aku tak ambil tahu dah pasal dia, orang lah inform dia ada anak).

Tapi yang ajaibnya, dia mesej C (tunang aku waktu tu). Dia mesej C guna Facebook isteri dia. Aku tahu tu isteri dia sebab profile pic dan status married with A. Ok, dia tulis dekat C:

“Betul ka nak kahwin dengan aku yang janda ni? Aku ni perempuan kaki kikis duit lelaki. Biar muka tak cantik, asal hati tak busuk.”

Lebih kurang macam tu lah ayatnya. C tunjuk aku mesej tu. C abaikan ja sebab C tahu aku ni macam mana. Plus, C ni jauh lagi matang dari kitaorang ni.

Mungkin A expect C tak jadi kahwin dengan aku kalau dia buat macam tu. Masa tu aku confuse, entah tu A atau isteri dia yang tulis macam tu.

Jadi, kalau kau baca confession ni, tolonglah. Kita dah ada kehidupan masing-masing. Kau dengan cara kau, aku dengan cara aku. Aku tak nak nampak kelibat kau dalam hidup aku lagi sebab kau adalah kenangan paling gelap yang pernah wujud.

Aku harap admin berbaik hati untuk approve luahan ni. Terima kasih.

– Ana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *