Sudah Cukup Sudah

Assalamualaikum semua. Sahaja nak buat sedikit luahan hati berkaitan cinta monyet..

Cakap mengenai cinta monyet, mejority mesti ada lah kan cinta cintun zaman remaja sekolah menengah dulu-dulu gitu. Sekarang aku dah nak menginjak nak masuk umur 30 series dah, dah kahwin, baru 3 tahun kahwin, anak sahaja belum ada, doa doa kan ya teman-teman.

To be completely honest, aku sibuk dengan further study dan kerja, tak sempat kadang nak bermedia sosial, facebook platform pun sekadar guna sebab business marketing dan baca2 berita semasa, cuma kadang-kadang kalau jln mkn angin post lah juga gambar sekeping dua.

Berbalik pada tajuk, dulu masa aku 15 tahun, aku ada lah kawan dengan seorang lelaki ni, aku namakan dia A, biasa lah cinta monyet. Tapi cinta monyet pun bertahan juga sampai aku 17 tahun, kemudian lepas settle SPM, aku masuk asasi, dia buat diploma, tempat lain-lain. Jadi hubungan macam hambar sikit lah.

Then aku berkawan lah dengan kawan lelaki lain nama B. B ni tak rapat pun mulanya tapi sebab isu banyak sangat dengan A, aku jadi macam tawar hati.

A ni dia ada behavior possesive sikit, jenis control person, terlebih care, macam tak independent pun ada. Sikit-sikit tanya decision aku, macam tak reti buat keputusan sendiri. Both kami anak bongsu. Tapi dia tak independent. Dia jenis control aku tahap aku tak boleh add friend lelaki langsung dekat media sosial.

Awal tu media sosial pun dia tak bagi aku ada. Kena mesej dia 24/7, call pun 24/7. Kau bayang lah 3 tahun life aku macam mna setiap hari.

Aku tak berani putus sebab dia jenis aggresive person, suka toreh tangan, ugut nak bunuh diri bagai, dan yang paling tak boleh brain semua kawan aku, semua dia add and simpan no telefon. Bayangkan kalau tak dapat reach aku, kawan2 aku lah dia cari.

Masa aku kenal dia banyak juga benda jahat aku buat. Parent aku busy sebab kerja bidang professional, jarang ada dekat rumah, abang2 aku and kakak2 aku semua belajar jauh, jadi most of the time aku duduk rumah sorang.

Aku selalu ajak dia teman aku dekat rumah, kadang dia bermalam rumah aku, sebab parent aku tak pernah pun check bilik aku. Benda ni berlanjutan sampai aku habis SPM.

Lepas tu aku sambung study, universiti aku macam islamik sikit, jadi sedikit sebanyak, aku terdetik nak berubah, sebab rasa macam banyak dosa, tah esok lusa meninggal, insaf aku, dan aku rasa lelaki yang aku berkawan tu pun tak membawa aku ke jalan yang baik.

Start pada tu aku jarang ajak dia datang dah, tapi dia yang offer nak datang rumah, nak buat benda bukan-bukan dekat aku. Aku rasa rimas sebenarnya kena deal dengan orang macam tu. Last aku mengaku dekat parent aku, semua benda jahat aku pernah buat.

Ya ayah aku kecewa gila dan menangis sebab aku sanggup buat jahat gitu, mungkin dia rasa dia gagal didik aku. Tapi aku direct to the point ja masa tu sebab aku rasa macam ketenteraman aku diganggu, dan tak ada orang lain mampu lindung aku melainkan parent aku.

Bukan senang si A tu nak give up macam tu ja, dia pernah simbah kereta ayah aku dengan cat. Ayah aku ni orang berjawatan juga lah dekat kawasan perumahan tu, lepas kejadian tu, orang perumahan macam banyak cakap buruk lah pasal family kami,

Ada juga cakap ayah aku hutang along, ada juga orang cakap pasal pernah nampak si A datang rumah aku, sebab aku memang tak kawan dengan mana2 lelaki selain A masa tu.

Pernah juga kitaorang jmpa taburan garam, and rumah kena baling telur 2-3 kali, ada juga kain kuning berikat di tanam di luar rumah. Ayah aku syak ada orang dengki, tapi hati aku kuat mengatakan tu kerja si A. Jadi kitaorang satu family decide untuk pindah dari situ, mulakan hidup baru.

Aku pun continue ja study macam biasa, kejar cita-cita, aku nak tebus kekhilafan yang aku buat, aku belajar rajin-rajin. Aku strive betul2 setiap semester dan grad in first class degree. Alhamdulillah.

Dalam tempoh aku study tu, tipu lah kalau aku kata A tu tak kacau aku kan. Ada ja, tapi dia tak tahu aku tinggal dekat mana, sekadar mesej.

Aku pernah provoke dia, pernah juga sekali aku pretend nak ‘get back’, sebab aku nak dengar pengakuan dia, selama ni dia ke yang dah buat semua benda-benda jahat dekat family aku smpai kitaorang malu dan pindah.

Guess what? Dia mengaku dia buat, dan dia kata dia buat sebab syang aku, gila kan orang macam ni, takkan orang macam ni aku nak buat pasangan hidup. memang tidak lah.

Masa universiti, aku kawan dengan B, kan masa aku pretending untuk get back dengan si A, dah wujud si B, terkantoi pulak dekat A. A punya drama aku curang, dia pukul aku dekat kepala & muka. Of course aku pukul dia balik, aku pun ada kaki tangan kan.

So jadi lah adegan WWE sekejap, then dia nangis tanya kenapa aku curang bagai, aku cakap aku tak ada niat nak get back pun, aku cuma nak dengar sendiri dari dia, yang selama ni, dia ke yang buat dekat aku dengan family. So kisah aku dengan A tamat gitu ja (masa tu aku rasa macam tu lah).

So fast forward, aku kawan dengan B dari asasi sampai degree, then kahwin. Nak jadi ujian untuk aku, kami bercerai lepas setahun perkahwinan. Bab B aku tak nak cerita panjang sebab bagi aku dia ok ja, mungkin jodoh kami takat tu, kifarah untuk aku juga mungkin, plus kahwin muda lagi masa tu (23 tahun).

So bawak haluan masing-masing, B pun dah remarried dengan kawan aku, dan dah ada anak dah pun. B kahwin dulu after divorce. Aku busy kerja and further study masa lepas divorce, tak sempat cari pengganti.

Then masa berlalu, muncul lah C, ok C ni suami aku sekarang ni lah. C ni kawan aku juga, kenal lama dah, dari aku asasi. Kenal from mutual friend, pernah jumpa real life, tapi remain as friend, sebab aku zaman tu tak layan sangat lelaki tua pada aku.

Nak kahwin tau pulak cari yang lebih tua, lebih matang and ada kewangan yang stabil. Then long story short, C nak kahwin dengan aku, dia cakap dia minat aku dri dulu tapi sebab dah aku dengan B, malas nak kacau line. Then kahwin lah kami.

Sebelum kahwin tu, tetiba muncul pulak A dalam kamus hidup aku. A dah kahwin masa ni, rasanya dah ada anak (tak sure sebab aku tak amek tahu dah pasal dia, orang lah inform dia ada anak). Tapi yang ajaib nya dia mesej C (tunang aku waktu tu).

Dia mesej C guna fb wife dia, aku tahu tu wife dia sebab profile pic and status married with A. Ok dia tulis dekat C; “betul ka nak kahwin dengan aku yang janda ni, aku ni perempuan kaki kikis duit lelaki, biar muka tak cantik asal hati tak busuk”. Lebih kurang macam tu lah ayatnya.

C tunjuk aku mesej tu, C abaikan ja sebab C tau aku ni macam mana. Plus C ni jauh lagi matang dari kitaorang ni. Mungkin A expect C tak jadi kahwin dengan aku kalau dia buat macam tu. Masa tu aku confuse entah tu A atau wife dia yang tulis macam tu.

Aku throwback sikit lagi masa bercinta monyet aku dengan A. A ni selalu bagi aku macam-macam. Aku pun bagi ja macam-macam. Nama pun bercinta, bila bercinta memang auto bodoh. Dia pernah bagi aku iPhone tau, masa tu iPhone 4S, dia yang rela hati bagi, aku tak paksa.

Then dia lak ada guna wifi atas IC aku, aku bagi dia guna wifi pocket tu atas nama aku. Time tu GB dekat Malaysia ni dah sikit, mahal pulak tu. memang aku subscribe yang paling mahal and quota paling banyak. Aku tak ingat berapa ratus setiap bulan bil.

Awal tu si A memang bayar, tapi after dah putus tu, aku macam pikir nak keluar ja dari orang macam ni, aku tak fikir apa dah. Until one day aku dapat call dari pihak telco tu kata nama aku akan consider blacklist if aku tak settle outstanding payment. Wifi tu kan atas nama aku.

Spoil mood masa tu tengah makan dengan kawan2. Dah bil outstanding nak dekat 1k. Kena bayar termination lagi, memang banyak.

Aku masa tu student, memang gigil nak settle 1k+++ sebab orang buat naya atas nama sendiri. Pastu aku memang call dia & tanya dia kenapa tak bayar bagai, dia cakap dia memang saja tak bayar sebab nak susahkan aku.

Aku rasa aku dengan dia seri dah, kau dah banyak susahkan aku, literally banyak gila, tapi aku still ignore. Sadly aku tak report polis sebab A tu polis sekarang.

Jadi itu lah, walaupun dah nak masuk 30 an kisah hingusan ini tak pernah habis. Dia dengan wife dia sama ja 2×5, aku tak tau lah apa story telling dia cerita dekat wife dia, sampai wife dia ada audacity untuk mesej husband aku supaya tak kahwin dengan aku, cakap buruk pasal aku itu ini.

Dia nak apa pun aku tak paham. Dah lah stalk pulak guna real acc, aku ni penat dah block, aku block sebab malas. Orang yang pernah wujud menyakitkan hati, malas nak bawak ke future. Aku tak ada audacity nak mesej diaorang,

Cuma kalau baca confession ni, tolong lah kita dah ada kehidupan masing-masing. Kau dengan cara kau, aku dengan cara aku. Dan aku tak nak nampk kelibat kau dalam recent life aku dah sebab kau adalah kenangan paling gelap pernah wujud.

Aku harap admin berbaik hati untuk approve luahan, ni ja medium terbaik untuk aku luah, sebab aku tau dia baca. Terima kasih.

– Ana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Yakin yg ws puan tu bini dia? Risau dia sendiri yg ws sbb masih sakit hati. Move on tu mmg dah move on. siap kahwin lain. tapi rasa sakit hati tu susah nak hilang sbb main dengan jiwa mental. hati2 puan. minta perlindungan dari Allah

  2. Rasa macam dejavu sebab macam dah pernah baca.. Cek punya cek ada post yang sama hujung bulan Feb hari tu.. Double post ke ni?

    Apa2 pn ya once dah brkawan dengan orang yang possessive ni memang susah nak break bila dia selesa dengan kita. Tapi tulah masa awal2 kenal tu bukannya kita tau dia macam tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *