Sudah Hilang Keyakinan Diri Untuk Bekerja

Salam semua, aku seorang suri rumah mempunyai side income kecil kecilan dan mempunyai seorang anak. Berumur 27 tahun.

Aku graduate dan berkahwin 2 tahun. Lepas berkahwin terus dapat rezeki baby.

Tengah hati membuak buak menjadi fresh graduate nak cari kerja tetapi banyak company yang tak mahu ambil staff tengah pregnant. Jadi nya ku tangguh pencarian kerja sampai lepas bersalin.

Dah sudah ada anak depan mata, rasa risau nak tinggal anak kat pengasuh. Tapi cekalkan diri untuk mohon kerja.

Tetapi interviewer sering mempersoalkan tentang anak akan dijaga oleh siapa? Family planing dan lain2.

Sekarang anak pun dah 1 tahun 6 bulan. Masih tak dapat kerja. Sampaikan rasa umur sudah 27 tapi tak ada pengalaman kerja.

Sudahlah masa intern dulu kerja photostate dengan failing saja sebab penyeliaku yang tak mempecayai untuk bagi aku buat kerja. Mereka mencari intern pun memang niat untuk menyiapkan failing project.

Kadang rasa apa kelebihan yang aku ada. Ada ijazah tapi tak ada pengalaman kerja. Mungkin aku tak ada rezeki untuk berkerja sebabkan pengalaman ku yang kurang.

Masa setiap cuti semester aku akan kerja partime promoter. Itu sajalah yang ada di resume ku.

Mertua pula acapkali menanya aku nak kerja tak. Apa planning aku.

Sampai rasa malas nak balik kampung sebabkan saudara mara belah suami akan tanya dah kerja? Kerja apa sekarang? Seolah tak ada soalan lain untuk jadikan perbualan.

Kadang malam malam aku akan scroll carian kerja dan menangis teresak esak sebabkan sedih masih tak bekerja.

Ni dah berbulan bulan aku tiada panggilan temuduga mungkin tengok gap 2 tahun aku menganggur juga kan.

Tentang bisness ku menjual produk sejukbeku ni baik baik saja. Dapatlah lepas untuk beri sedikit untuk orang tua dan berbelanja kemahuan shopping untuk diri sendiri dan untuk anak.

Untuk pengetahuan aku tinggal di negeri bersejarah. Industri tidak terlalu pesat.

Itu sahaja luahanku. Bantu nasihatkan apa lagi perlu aku buat. Maaf jika penulisanku yang tak teratur.

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Saya ada masalah yang hampir sama dulu. Saya faham apa yang dilalui. Cuba untuk hantar resume hardcopy direct ke tempat2 yang kita berminat untuk berkerja. Dulu saya skeptikal yang zaman sekarang orang tak nak kita hantar resume cara ini. tapi dah beberapa kali, cara inilah yang buatkan saya dapat kerja. semoga dipermudahkan urusan. (FYI, saya juga lepasan ijazah)

  2. Cuba apply my step yg kerajaan tu. Apply jawatan yg dekat dgn bidang awak belajar. Tapi my step benefit kurang la. Dia mcm kontrak. Ada 3 bulan ada 6 bulan. AL tak de.. gaji bayar ikut hari. Kalau cuti kena potong gaji.

    Dah habis kontrak kena apply lain. Kena rebut jgk. Kalau nasib baik.. pegawai jabatan tu smbung je kontrak kita.. kalau dia tak nak.. kita kena apply and compete dgn org lain and pergi iv balik. Tapi tak pe.. niat nak timba pengalaman. Pulun la habis kt situ. Rasa dah firm and yakin nnt.. boleh apply kt swasta pulak. Awak boleh jual pengalaman kerja dkt kerajaan tu.

    Pengalaman saya pernah intern di kerajaan dulu lepas grad senang nak dapat kerja. Sbb company swasta ni nak org yg tahu selok belok dealing dgn kerajaan supaya mudah berurusan nanti.

    Tu dulu la sebelum kawen. Lepas dah kawen ada anak ni.. susah jgk majikan nak ambik kita.

    1) Diorg malas nak layan kerenah kita ada anak kecik ni nnt selalu cuti, appointment bagai, anak sakit

    2) Diorg pun berkira2 kalau kita mengandung lagi. Kena bayar maternity leave. Siapa nak cover kerja kita.

    Saya dah pergi merata interview semua tanya benda yg sama. Dari muka HR interviewer tu pun dah nampak. Even the manager said my resume is convincing. If kena tanya mcm ni gebang la apa yg patut. Kalau betul2 terdesak nak kerja. Saya dah lali and malas nak layan mentaliti mcm ni. So normally saya terus terang je. Saya mmg ada komitmen anak kecik. So mmg tak dpt la position tu.

    Tak pe lah even kerja sekarang gaji tak besar mana.. tapi majikan sgt flexible kalau tntg urusan anak. In the mean time saya slowly improving my skills. Attend short course/class and continue mohon kerja lagi.

    Jgn mengalah tt. Cari hobi to distract you sambil apply kerja. Do what at your best. 💪💪💪 Kalau mertua bunyi lagi.. balas dah apply kerja tunggu panggil iv. Ulang je sampai dia bosan.

  3. semoga dumurahkna rezeki..semoga dipermudahkn segala urusan. keje je apa2 dlu akk..kitorg yg degree ada master bagai pn mmg keje biasa2 je..mmg susah nk cari keje skrg sbb peluang kje sket.graduan lebih byk..akk jgn putus asa tuk apply kje gomen..byk kawan sy yg keje biasa2 dlu tp lama2 dpt keje gomen..don’t give up kak..ramai la kt kg saya gitu..

  4. Saya pernah attend 1 ceramah mngenai pkerjaan.., penceramah tu seorang yg berjaya juga; dulunya dia seorang “pilot” kpl terbang boeing, skrg ni dah jd seorang usahawan berjaya, dah bergelar ‘jutawan’ pon.. dia kta kbnyakan ank muda hari ni, kdg2 tu ada kelulusan n pengalaman kerja juga, tp sering salah pilih bidang kerja or tempat bekerja.. mmgla kdg2 sbb ‘tension’ bla org tnya psal kerja, ambil je apa peluang kerja yg ada, kononnya xnak memilih kerja.. sbenarnya kerja tu ada je di luar sana, cuma rezeki nk dpt atau tidak, tp apa mkna nya, klaw tiap2 tahun tukar kerja, sbb x sesuai dgn kerja tu sendiri, atau pon ppl or environment d tempat kerja tu.. kerja yg awk patut pilih ialah kerja yg awk suka or mngikut bidang pengetahuan (kelulusan) awk dlu.. kdg2 kerja tu dah sesuai to company tu plak offer gaji yg x sepadan plak.., klaw bole, biarlah kita dpt kerja di satu2 tempat itu agak lama dan dpt timba bnyak pngalaman di situ, dah stabil or ada offer lain yg lbh bagus, boleh lah pertimbangkn utk tukar kerja d tempat lain.. lg satu, resume yg nk di submit kod sykt yg dipohon kerja tu kna lah bersifat ‘profesional’ ckit.. ada yg cgpa bule dpt ‘sijil dekan’, tp resume mcm bdk2, ada gambar bunga2 or even character cartoons.., gambar pulak cuma ‘selfie’ & baju serta mekap mcm nk g b’day party.. tulah serba sedikit tips nya.. lastly, klaw bule, elaklah utk jd ‘my-step’ d jbtn krjn (mngkin x semua), pngalaman sya dlu, klaw dah jd MyStep tu, suma kerja (yg bkn libatkn fail sulit), suma diorang kna buat.. dr photostat docs, sampaila buat air bos.. pastu klaw dah ujung thn, jbatan dah x ckp ‘bajet’ nk byr, diorang ‘terminate’ je, sbb ada kperluan jbtan yg lbh ‘mendesak’, so kna la diorang tu cari kerja kat tempat ln, w/pon mrk rajin bekerja.. okay, selamat berjaya dlm mncari kerja n jgn stress2 slalu.. wslm

  5. Jangan give up. Sy pernah ada gap 7 tahun tak kerja. Lepas besalin anak ke 3 n dgn umur late 30s, sy dpt offer kat big company. Dapat job offer utk bidang dan kelulusan ijazah sy. Rezeki urusan Allah, Usaha doa pasti ada hasil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *