Sudah-Sudahlah

“Haa baru padan dengan korang semua, pilih lagi parti XX untuk memerintah”.

“Biarkan diorang rasa, siapa suruh pilih lagi parti XX. Kan dah dapat balasan Tuhan”

Berikut merupakan ayat- ayat yang sering aku baca di medium X.

Ya, seorang rakyat Malaysia yang berada dibilik berhawa dingin sambil menarik selimut yang menulis ciapan ini.

Barang kali puas baginya melihat “bala” yang diturunkan Tuhan seolah- olah membetulkan pilihannya semasa pilihanraya tempoh hari.

Tetapi, dia lupa….

Sebenarnya, dugaan ini bukan berkisar tentang politik. Banjir, bukan berlegar di ruang politik. Ujian, tidak mengenal merah, hujau dan oren. Ujian dihantar untuk semua.

Betapa sudah membarah perpecahan dalaam kalangan masyarakat kita hari ini, apabila sanggup mengatakan “padan muka” kepada mereka yang ditimpa ujian dek kerana tidak sehaluan dengannya.

Aku disini bukan ingin bercakap tentang soal politik. Aku ingin mengajak kita semua kembali ke pangkal jalan. Sudah- sudah la mengaitkan semuanya dengan politik. Cukup.

Banjir kali ini sangat dahsyat. Dengan lebih 85,000 orang yang terlibat dan terkesan dengan musibah ini. Ada yang dipindahkan dalam keadaan yang sangat lemah, ada yang sedang mengandung, ada mangsa yang uzur dan ada mangsa yang kelainan upaya.

Ada juga mangsa yang diuji dengan runtuhnya rumah pusaka keluarga yang dihuni sejak belasan tahun sudah, dan ada yang masih terperangkap menunggu bantuan tiba.

Dan pada saat ini, ada lagi mangsa yang naik ke loteng2 bumbung rumah sambil menunggu bantuan tiba. Tanpa makanan, kesejukan meresap ke tulang belulang mereka.

Bagaimana sanggup kita berkata “padan muka”? Mana pergi belas ihsan kita sebagai manusia sejagat? Adakah disebabkan haluan politik yang berbeza, terus kita padam segala sifat belas dalam diri?

Jika tiada yang boleh kita bantu, paling tidak, panjatkan doa untuk mereka yang diuji, bukan menuding jari menyalahkan pihak ini dan pihak itu.

Panjatkan doa agar Tuhan mengangkat musibah yang menimpa, agar Tuhan beri kesabaran dan kekuatan kepada mangsa.

Dan jika doa pun tidak mampu kau panjatkan, cukup hanya berdiam diri dan tidak mengeluarkan kata-kata yang menikam jiwa dan perasaan orang lain.

Disini, dikesempatan ini, aku ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia, agar kita mengenepikan politik sebentar, dan kita fokus dengan menghulurkan bantuan kepadan mangsa dan berdoa kepada Tuhan.

Mari semua, jangan kita berpecah belah lagi. Kita semua datang dari rumpun yang sama. Ingat, mereka diuji dengan bencana alam, kita diuji dengan bencana hati.

Sudah-sudahlah…

– Entah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *