Assalamualaikum dan hai semua pembaca confession.
Saya adalah seorang fresh grad dan alhamdulillah lepas habis je belajar saya dapat kerja di sebuah company beribu pejabat di Kuala Lumpur.
Rumah family(didiami oleh mak dan abah) saya terletak di sebuah kawasan area Selangor, jadi kalau saya nak ulang alik hari-hari dari rumah ke KL akan makan kos yang agak tinggi. Jadi saya decide untuk sewa rumah di KL dan cuma balik ke rumah family pada hujung minggu.
Selepas 2 bulan sy kerja, mak dan abah buat keputusan untuk balik tinggal di kampung kami yg terletak di negeri Perak. Dan rumah di selangor dibiarkan kosong tanpa penghuni. Mak cuma pesan supaya saya balik setiap minggu utk tengok tengokkan rumah di selangor tu. Maaf saya rahsiakan tempat specific nya ya.
Jadi bil elektrik, air, dan bil astro serta unifi saya bayarkan memandangkan saya dh bekerja. Apa yg saya nk cerita dlm confession ni ialah, saya mempunyai seoarang orang kawan yg suka sangat datang rumah pada hujung minggu dan buat rumah tu macam rumah sendiri. Saya kenal dia masa sama-sama belajar dulu, dia pulak lepas habis belajar, dapat kerja area selangor (dekat dengan rumah family saya). Jadi dia sewa rumah berdekatan dgn rumah family saya.
Pada permulaannya saya rasa selesa. Yelah, at least hujung minggu ada jugak kawan nk bersembang. Daripada saya duduk rumah sorang sorang dan asyik hadap TV je kan. Tapi lama kelamaan, saya rasa macam kawan saya tu dh macam ambil kesempatan pulak.
Bayangkan setiap minggu datang nak basuh baju. Sekali bawa baju sampai 2 3 kali mesin tak habis habis lagi. Ada sekali tu, saya saja tanyakan dia, “Kenapa tak basuh dobi je?”. Jawapan dia yang agak buat saya menggelegak, “Alah dobi basuh bukan bersih sangat, mahal pulak tu,”. Saya memang nak mengamuk je masa dia cakap tu tapi saya sabar lagi melayan kerenah dia.
Tak cukup dengan isu basuh baju, segala jenis makanan yang ada dekat rumah saya, dia tibai. kalau dah tahu datang nak tumpang rumah orang, bawa lah ayam mentah ke, ikan ke, bolehla masak dan makan sama sama. Ini tak, datang bawa diri je. Yg beli makanan tu semua saya, kiranya macam saya dok belanja dia makan setiap hujung minggu.
Sebab saya ada kereta, dia selalu ajak pergi situ lah pergi sini lah. Bila minta duit minyak dengan tol, dia sua kad touch n go je. Tu pun baki kad tu ada berapa sen sangat, untuk balik dah tak cukup nk bayar tol lagi dah. Guna touch n go saya jugak akhirnya.
Takkan lah tak boleh fikir, sama sama dah kerja ada income sendiri. Kenapa perlu buat mcm ni kat diri saya? Range gaji lebih kurang sama je, dia boleh sedap sedap datang rumah saya makan mandi berak tidur kat sini secara percuma dah berminggu minggu buat macam ni.
Sekali sekala boleh terima lagi, ni kalau dah setiap minggu buat macam ni siapa yg boleh tahan?
Kalau sekali datang ade bagi rm10 ke boleh jugak terima. Saya suffer simpan duit. Dia senang senang je hidup atas kesenangan orang lain.
Bukan kira berkira ataupun tak, tapi zaman Najib ni, semua benda kena jadi berkira. Saya jenis tak reti nak cakap depan depan karang ada yg terputus silaturrahim. So nasihat saya, berhentilah ambil kesempatan ya. Letih dah nak menanggung semua ni.
– Encik A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit