Assalamualaikum saya Man, salah seorang pelajar IPT di selatan tanah air. Saya ada mengenali seorang wanita (pelajar IPT yang sama) melalui laman sosial Twitter sekitar tahun 2016.
Pada mula saya tidak berniat pun untuk memilih si dia sebagai bakal teman hidup,
Namun hari demi hari si dia yang sering menghubungi saya melalui mesej pernah bertanya adakah saya ada bermesej dengan mana-mana kawan wanita lain.
Lalu saya menjawab “Ada”. Ini disebabkan saya menganggap dia hanyalah kawan biasa, namun tanggapan saya meleset.
Akibatnya, saya dimarahi dan dituduh seakan tidak setia. Sedangkan saya tidak “declare” apa-apa lagi dengan dia.
Selepas sebulan berlalu, saya cuba untuk menerimanya walaupun masih belum wujud rasa suka dan cinta di dalam hati.
Lama kelamaan apabila bermulanya rasa suka dan cinta itu, hubungan kami bermula dengan perkara yang dibenci Allah SWT, namun tidaklah sampai tahap berlaku penz1naan.
Saya harap saudara/i faham apakah yang saya maksudkan ini.
Sehingga tiap kali hujung minggu saya berasa hina dan bersalah atas apa yang saya lakukan. Saya tidak mahu hubungan kotor!
Kemudian setelah 3 tahun, saya mula nampak si dia terlalu banyak memainkan “trust issue”, asyik bertanya satu demi satu berkenaan “followers” di laman sosial saya.
Sehingga satu tahap saya hampir hilang kawan baik saya sewaktu diploma dahulu hanya kerana dia adalah seorang wanita juga.
Kitarannya mudah:
Follow > Disoal si dia > Kena marah > Minta unfollow walaupun rakan yang pernah kenal.
Berlalulah tahun demi tahun, saya mula mula dengan perangai “insecure” si dia ini.
Pernah juga saya bercadang untuk melanjutkan pelajaran saya namun apa yang saya dapat adalah dimarahi.
Si dia dakwa saya tidak serius untuk berkahwin, saya dihalang sekeras-kerasnya untuk melanjutkan pelajaran.
Hakikatnya saya adalah anak sulung dalam keluarga, di bawah saya ada lagi 4 adik yang masih bersekolah dan baru melanjutkan pelajaran sejurus tamat SPM pada tahun 2020 yang lalu.
Saya memang berniat untuk bantu keluarga saya dahulu. Tetapi saya tidak peduli dengan amarah si dia tadi, saya terus tekad dengan impian saya tersebut.
Sehinggalah saya pun mulalah berasa tawar hati dan tiada lagi rasa cinta dek kerana perangai si dia yang sebegitu rupa. Ada suatu tahap saya hanya “stay” hanya kerana rasa kesian.
Saya juga pernah beberapa kali minta untuk berpisah namun si dia tidak percaya dengan kata kata itu kerana beranggapan kata kata itu diucapkan sewaktu “mood” yang sedang marah.
Saya juga mudah kesiankan orang, apabila si dia menghantar “sticker” sedih-sedih melalui Whatsapp adakah saya memang tidak mencintainya lagi, saya jadi kesian.
Jadi terpaksalah jaga hati. Sedangkan hati sendiri dah tak rasa apa-apa
Banyak kali juga saya dimarahi hanya kerana isu laman sosial ini, sehinggakan saya tidak boleh “follow” mana-mana kawan wanita walaupun pernah menjadi rakan satu subjek.
Saya sering memberi penjelasan yang saya hanya follow atas dasar sama seperti rakan-rakan lain yang “follow dan followback” sesama sendiri. Tidak lebih dari itu pun.
Saya tak tahu sama ada saya atau si dia yang toksik sekarang. Saya amat buntu, setiap hari saya doa pada Allah supaya beri jalan keluar untuk semua ini.
Mohon pembaca beri cadangan bagaimanakah untuk berpisah dan apa tindakan saya perlu lakukan?
– AZ (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit