Hai korang!! Semalam an, ada ceramah kat dalam dewan. Pasal Kegemilangan Al-Quran Merentasi Zaman dan Lingkungan. Yang bestnya, ada kuiz, cerita, dan video sebagai selingan ceramah tu. Bukti Al-Quran adalah benar dan datangnya drpd Allah, salah satunya adalah pasal mayat Firaun yang dijaga oleh Allah sampai hari kiamat, sebagai pengajaran untuk kita.. janji Allah tu ada disebut dalam surah Yunus, ayat 92. Sekarang, mayat Firaun tu masih kekal bentuknya di Muzium Kaherah, Mesir. Means, tak mereput pun walaupun dah tersimpan selama lebih 4 000 tahun, dan tanpa sebarang pengawet pun. Hmm.. sesungguhnya janji Allah itu benar. Dah terbukti pun kan? Dr. Maurice Bucaille, pakar autopsi dari Perancis, menjumpai bahawa mayat Firaun mengandungi kandungan garam yang tinggi, disebabkan terlalu lama berada di bawah laut. Beliau cari kat Bible, cerita Nabi Musa berhenti setakat Firaun dan tenteranya mati lemas. The end. Camtu je. Takde cakap apa-apa pasal mayat Firaun pun. Pastu, bila cari dalam Al-Quran, terjumpa pula janji Allah untuk jaga mayat Firaun, sebagai pengajaran untuk kita. Last-last, Dr. Maurice Bucaille memeluk Islam dan menukar namanya kepada Dr. Yahya Maurice Bucaille. Karya beliau, The Bible, The Quran, And Science telah menjadi best seller sehingga ke hari ini.
Just nak share, 4 tokoh wanita sepanjang zaman ialah Saidatina Khadijah, Saidatina Fatimah, Maryam binti Imran dan Asiah binti Muzahim. Tapi, seorang sahaja yang namanya disebut dalam Al-Quran, iaitu Maryam binti Imran, ibu Nabi Isa a.s. So, jom kita contohi mereka. Nampak tak, betapa taqarrubnya mereka dengan Allah sehingga disenaraikan sebagai tokoh wanita sepanjang zaman. SEPANJANG ZAMAN!! Cuba bayangkan, maksudnya sampai hari kiamat, mereka lah yang terulung, yang takde orang boleh tandingi.. Hmm.. Speechless~
Ok, sekarang baru nak masuk tajuk kita hari ni: Sudden Strength. Kekuatan Tetiba. Semalam, ada satu part tu, penceramah minta seorang drpd kalangan banat, bagi pengajaran atau ibrah drpd kisah Nabi Musa & Firaun tadi.. Pastu kebetulan, ana PERNAH terdengar daripada radio pasal topik yang sama ni. So ana angkat la tangan. Saje.. nk try, cari pasal. x) Pastu penceramah tu nampak, and mereka cuba bawa mikrofon tu ke belakang. Ala, takde la belakang mana pun.. sebab ana duduk barisan paling depan banat. So kira okeyla kan. Pastu ‘malang’nya, wayar mike tu TAK SAMPAI!! Ishh.. ni memang cari pasal betul ni. Waktu tu, kawan-kawan kiri kanan belakang dah tolak-tolak dah. ‘Syakirah, pergi la depan.’ Dalam hati, bising ah korang. Geram jugak la. Orang tengah nervous gi tolak2 pulak. Memang nak kena. Tapi time tu, niat ana memang untuk sampaikan something, nak share dgn semua orang pasal ibrah tu, yang jarang2 kita sedar. So entah macam mana, ana pun selamba bangun bila nampak penceramah tu dah lambai suruh ke depan.. Tu la yang ana kata ‘sudden strength’ tu. Pastu cakap la sikit kat depan. Pot pet pot pet.. Tak perasan pun penceramah tu tengah ambik video.. Ingatkan setakat ambik gambar je. Pastu tak sangka pulak yang sebenarnya penceramah tu KAWAN ayah anaaaaa!!! Adehh, boleh jd medium penyebaran gossip nih. Ceh. Bhahaha abaikan.
So, in a nutshell, apa yang ana nak ‘highlight’kan kat sini ialah.. Sudden strength akan datang bila kita ada niat yang betul. Sama juga macam mereka yang ada di Gaza, Syria.. saudara-saudara kita kat sana.. mereka BERANI berjihad, walaupun sekadar baling batu ke arah kereta kebal.. sebab mereka ada niat yang betul.. ada TUJUAN. Ada MATLAMAT. Ada goal yang nak dicapai. Nampak kan? Yang sebenarnya NIAT memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita ni. So jom! Perbaharui niat untuk apa-apa jua yang kita lakukan hanya semata-mata nak dapatkan redha Allah. Jangan kita pandang akhirat tu kecil dan syurga itu murah. Tapi pandanglah yang setiap perkara perlukan usaha yang MAKSIMUM. Sekian tazkirah hari ini.. :)
P.s. Doakan kami yg terbaik dalam SPM’17 ^^
– Syakirah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit