Sudikah Kamu?

Assalamualaikum semua, aku Mia berusia awal 30an (tak awal sangat la sedang-sedang gitu). Terima kasih admin kalau sudi approved luahan aku ni.

Sebelum ni pun aku pernah post confession pada hari raya tahun lepas tak silap. Tolak tambah kira dah nak hampir setahun juga la.

Begitu juga la dengan kisah aku dengan C, a. k. a crush yang dah berusia setahun.

Biasa la kan selagi hidup single sejak lahir ni crush je la yang mampu ada. Aku ni manusia yang tak reti nak mencari. Maklumla tak pernah couple pun ye jugak.

Jadi, aku sedikit slow bab-bab nak mencari calon dan nak mengenal pasti hint-hint yang orang bagi. Tu yang aku perlu minta pendapat korang semua mengenai luahan aku ni.

Aku wanita bekerjaya pergi kerja balik kerja je rutin harian ku.

Awal tahun lepas la kira baru terbukak jiwa nak berumah-tangga selepas berkenan dengan si C ni. Sebelum ni memang takde terfikir pun nak kawin. Tapi sejak kenal dia baru aku mula terbuka hati.

Dia sebenarnya junior zaman aku sekolah menengah dulu dan rupanya aku dah friend dengan dia dah lama sejak facebook mula wujud. Tapi tu la, baru tahun lepas aku sedar kewujudan dia dalam friendlist aku.

Dia juga merupakan fan utama yang view story aku sejak 4 tahun lepas dan tak pernah miss tengok story aku.

Aku pulak memang tak pernah pun view story dia. Tu pun aku baru sedar tahun lepas jugak. Haish semua tahun lepas kan.

Sebelum sedar dan tahu kewujudan dia, aku beranikan diri mereply story dia sebab nak bagi dia tahu kehadiran aku. Selepas mereply story dia baru la aku sedar semuanya tentang dia sebelum ni yang aku tak tahu.

Sebelum ni aku berdoa supaya dia sedar kewujudan aku, malah sebaliknya aku pulak yang baru sedar kewujudan dia.

Jadi, selepas step pertama yang aku reply story dia tu maka kami pun berkawan la macam biasa sampai sekarang.

Dulu aku ingatkan lepas aku reply story dia, chat kami sampai situ jela kan rupanya tak. Time birthday aku sebelum raya tahun lepas tu dia ada wish kemain panjang sempena birthday aku.

Tapi sampai seminggu aku sidai chat dia. Kesian dia tapi nasib baik lepas aku reply dia reply laju lagi chat aku. So kat situ aku rasa macam aku ada harapan la nak kawan dengan dia.

Macam aku cakap la, kami chat bila tiba birthday masing-masing (wish birthday) dan bila ada cuti umum di Malaysia atau wish hari raya.

Kami juga akan saling mereply story masing-masing. Gitu la komunikasi kami sejak setahun ni.

Dia pun kadang ade terbagi emoji love dekat status story aku. Tapi bagi aku mungkin dia tertekan kot emoji tu.

Aku sebenarnya cuba menidakkan, takut aku bertepuk sebelah tangan huhu. Kalau betol pun aku buat biasa je la tak reti nak tunjuk.

Confession aku tahun lepas mengenai perangai aku yang suka reply chat dia lambat. Dia kemain laju chat tapi aku memang slow.

Aku akan tunggu semua keje aku settle baru aku akan reply chat dia. Noob kan aku dulu haha. Tapi syukur sebab dia memang laju reply text aku.

Selepas membaca komen korang semua haritu, aku pun dah mula laju reply meseg dia. Bila dah start chat banyak benda yang kami bualkan dalam beberapa hari.

Kami akan chat bila masing-masing berada di kampung halaman. Kampung kami satu daerah tapi bekerja dan tinggal di perantauan pun satu negeri.

Tapi tu la disebabkan hanya crush mungkin masing-masing just anggap cam kawan biasa je kot. Mungkin.

Kami selesa berbual dalam chat. Number fon pun dia tak pernah minta dan aku pun tak pernah minta dari dia.

Aku sebenarnya selesa dengan perangai dia macam ni sebab kalau sesetengah lelaki yang tak kenal, kita kenal 2, 3 hari pun laju je minta number fon tapi dia tidak.

Ini pun salah satu ciri yang aku nak sebab susah woo nak jumpa lelaki yang tak pernah minta number fon walaupun dah kenal sejak sekolah.

Di sekolah dulu kami tak pernah pun bertegur sapa tapi aku pernah la jugak tertengok dia sekilas pandang gitu. Alah cam tertengok gitu jela.

Maklum la satu sekolah dan masa tu dia pun budak-budak dan suara pun tak pecah lagi.

Ok sambung, kalau dalam chat, aku akan bahasakan diri “saya” dan “awak” sahaja sebab aku selesa camtu. Tapi kadang dia pernah gak la tersasul panggil aku dengan gelaran “Dia” atau bahasakan diri dia “orang”.

Mula aku cam pelik jugak tapi bila dia selalu tersasul camtu aku rasa biasa. Rasa lepas ni aku pulak nak bahasakan diri aku orang/dia

Aku ok je mana-mana tapi kalau dari awal dia bahasakan nama aku “akak” ke memang aku kena sedar diri la yang dia memang dah friendzonekan aku la kan.

Tapi sampai sekarang tak pernah lagi la dia panggil aku akak walaupun aku tua beberapa tahun dari dia.

Kalau dia panggil aku akak memang aku takkan layan la sebab aku cepat sedar diri haha. Ni nasib tak pernah lagi panggil aku akak. Selamat.

Bila time kami balik bercuti di kampung cam time mengundi haritu atau hari raya ke cam beberapa hari jugak la chat kami berantai.

Sampai kalau dia nak gerak naik ke tempat kerja di KL pun dia akan update aku yang dia time tu berada kat mana. Padahal aku takde tanya pun.

Ade la sekali masa balik kampung time mengundi haritu, dia gerak naik KL petang so malam lepas insyak tu aku pun ada la terlintak di hati yang aku minta dia share samada jalan jem ke tak dan ade kat mana.

Selepas beberapa minit aku bermonolog gitu dalam hati ye dalam hati sahaja, tak sangka “tinggg” mesej masuk dari dia weh.

Dan mesej yang dia bagi tu sebijik jawapan yang aku nak siap tersusun jawapan sama dengan apa yang aku fikirkan tadi.

Mahu tak terkejut beruk la aku kan. Aku pelik camna dia boleh tahu ni padahal aku takde pun chat dia. Gerak hati mana kita nak tahu kan.

Semuanya atas kuasa Allah. Wallahua’lam .

Jadi, aku tunggu dia chat aku time raya ni jela sebab birthday aku jatuh hari raya. Tu pun kalau dia wish birthday aku la kan.

Haritu dia ade minta hadiah birthday dia tapi mana aku nak bagi dah alamat pun dia tak bagi. Maleh la aku nak minta lelebihkan betol tak?.

Aku ni susah nak berkenan kat orang tau. Orang nak kat aku, ramai aku reject sebab instint aku menolak. Tapi dengan si C ni entah la aku rasa selesa.

Dapat jadi kawan dia pun aku dah bersyukur banyak. Sebelum ni mana pernah aku nak reply story lelaki lain chat pun aku tak layan.

Sebelum ni aku takde usaha nak mencari jodoh sebab aku memang tak reti nak mencari. Ni je usaha yang mampu aku buat dan yang lain aku serah semua pada Allah.

Korang rasa tindakan aku ni kira usaha jugak ke camna erk? Baru tahun ni aku minta mak aku doakan aku bertemu jodoh yang baik. Mak aku cakap dia dah lama doakan aku. Terharu juga rasa sobsob.

Semoga Allah mengangkat doa mak aku dan doa korang semua di dalam bulan ramadhan ni. Aamiin.

Boleh la kiranya korang bagi sepatah dua kata mengenai luahan aku ni. Terima kasih korang sudi baca cerita aku yang mungkin bagi orang lain emm cam cerita budak-budak.

Well bukan budak-budak tapi begini la perasaan orang single terlalu lama. Ada crush pun jadi la sementara jodoh tak nampak bayang lagi ni haa gitew . Tu aku la orang lain tak.

Ok tu je la aku nak luah. Thanks korang sudi baca. Komen dan pendapat kalian semua amat aku hargai. Doakan semoga aku tak bertepuk sebelah tangan dan bertemu jodoh yang baik.

Terima kasih semua selamat berpuasa.

– Mia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *