Sudut Hati Mama

Assalamualaikum wbt kepada para pembaca, mungkin ini sedikit nukilan yang barangkali boleh menjadi tunjang pengubah rentak kehidupan kepada para pembaca umumnya dan para lelaki khususnya, lagi-lagi yang masih mempunyai ibu/emak/mama/ummi/isteri di samping anda.

Saya anak lelaki, masih lagi belajar, bujang, bakal menjadi seorang engineer yang bergaya insyaAllah.

Di suatu petang, tinggal beberapa minit sahaja lagi sebelum maghrib kunjung tiba, saya dan mama bersiap-siap menyediakan juadah puasa untuk sekeluarga,

(M)ama : Adik ingat lagi tak masa adik tanya mama dengan papa yang adik mahu kahwin pada dua tahun lepas?

(A)dik : Mestilah adik ingat, mama bantah keputusan adik kan masa tu.

Mataku sedikit berair akibat percikan bawang yang terjun ke kelopak mataku.

M : Papa ada bagi tau adik tak sebab apa?

A : Takde pun, papa senyap je.

M : Mama bukan apa adik, mama cuma nak adik tau, yang mama berat untuk lepas kan anak mama yang seorang ni.

A : Kenapa mama cakap macam tu?

M : Adik pernah tahu tak yang hati seorang ibu/isteri sentiasa mahukan pertolongan dalam apa jua perkara? Ambil contoh paling senang adalah bab memasak.

A : Adik kurang faham apa yang mama cuba sampaikan ni.

M : Walaupun mama tahu mama sebenarnya larat sahaja nak buat semua lauk-pauk ni seorang diri. Tetapi umur mama ni sudah hampir kepada 50-an di mana uban-uban mama pun sudah kelihatan malah tumbuh semakin lebat.

Sambil aku membasuh bawang di sinki dan mengelap air mata dengan tisu, aku cuba memahami bait-bait ungkapan yang keluar dari mulut mama.

A : Kalau mama nak minta tolong apa-apa sahaja, mama boleh bagi tau adik. Mama jangan risau, insyaAllah adik akan tolong mama.

M : Sebab itu mama berat nak lepaskan adik kepada para wanita di luar sana, walaupun mama tahu yang tanggungjawab pertama adik adalah menjaga mama. Akan tetapi, mama rasa macam berat sangat.

A : Mama, evrything’ll be okay. Jangan sedih-sedih mama. Nanti adik facetime mama selalu bila adik dah ada kat sana okay?

M : Okay.

Sedikit sebanyak luahan hati seorang ibu/isteri, mungkin pada umumnya kita didoktrinkan dengan perempuan di dapur, laki di lapangan kerja. Tetapi hampir mustahil untuk lelaki sahaja berkerja dan perempuan menjadi suri rumah pada masa kini kerana duit gaji pada sebelah suami sahaja hampir tidak mencukupi (well, take average family cases).

Jadi, wahai para lelaki. Lagi-lagi yang jarang pulang ke kampung halaman, yang belajar di luar negara mahupun di dalam negara, rajin-rajinkanlah menolong ibu/isteri anda di dapur/jemur baju/mop lantai etc. Hakikatnya mereka tidak lihat kerja anda pun, mereka sudah cukup bahagia mempunyai anda di sisi mereka sambil bersama-sama membangun keluarga hingga ke syurga.

Terima kasih.

– Iman

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit