Sudut Pandang Budak Postgrad Research

Dalam seminggu dua ni, kat social media berderet gambar baling topi konvo since musim konvo finally dah sampai. Congrats diucapkan kepada yang dapat konvo tahun ni. Tak kira konvo apa pun – sijil, diploma, degree, master or even PhD, finally you have your own moment on that prestigious stage. First and foremost, let me introduce myself. Sebenarnya, aku student postgraduate yang melewati umur 20-an. Masih young, dumb and broke. Aku sendiri dah konvo dua kali – degree and master. InsyaAllah in a near future, there will be the 3rd one. Today, aku nak share life aku as a postgraduate research student. Aku takde niat nak riak jauh sekali nak mengeluh, just nak share untuk panduan adik – adik yang nak sambung belajar lagi lepas habis degree.

So far dah masuk tahun kelima aku bergelumang dalam dunia research di one of RU kat Malaysia. Dulu – dulu, aku selalu dapat soalan kenapa sambung study master by research? Kenapa tak pilih coursework or mixed mode? Senang cakap aku sedar yang aku jenis tak berapa nak pandai, tapi perasaan nak sambung belajar tu lagi kuat dari nak start bekerja. Maybe that time aku jenis playful. Plus, aku dapat full support dari family. Aku pilih research sebab aku bukan pandai and bukan jenis boleh score dalam exam. Tapi aku boleh score kalau subject yang assessments berdasarkan hands on, contoh FYP aku dulu A. Aku even dapat dean list masa semester ada subject FYP, padahal tak pernah hayat aku dapat dean list sepanjang degree. Dari situ, aku dah tahu kekuatan aku kat mana, so thats the main reason aku pilih research. Ada junior pernah tanya, dah kalau jenis yang boleh score dalam exam and on the same time boleh handle research? Nasihat aku, go for mixed mode then. Kalau nak proceed jugak by research mode takde masalah, cumanya pendapat ikhlas aku, kalau kau boleh dapat master dalam masa lagi cepat kenapa nak ambil masa yang lama (read : buang masa muda kau) going through research mode? Apa beza mode tu semua? Izinkan aku gelak dalam hati kejap. Seriously up to now, aku tak nampak perbezaan yang ketara pun kalau kat Malaysia ni. Kalau 10-20 tahun dulu, untuk membolehkan kau sambung PhD ataupun apply job for a lecturer, kau kena grad master by research but thats not relevant anymore. Betulkan aku kalau aku salah ye. Ada je kawan aku yang dah grad from master coursework are now lecturer kat universiti awam di Malaysia ni. Dalam scroll and transcript je yang stated kau ni grad dari mode apa. But at the end of the day, how you perform and bawa diri you after konvo lagi penting dari kau ni sebenarnya coursework, mixed mode or research. Trust me, been there experienced that.

Bila kau dah pilih untuk masuk dunia research, kau kena paling pandai time management. Dari first semester kau register sampai la kau submit thesis kau, kau kena ada aim untuk progress yang kau kena achieve from 3 months to 3 months. Sebagai contoh : untuk objektif pertama study kau, method kau kena apply perlu sebulan untuk siapkan. Thats mean kau kena make sure barang – barang yang kau nak guna untuk siapkan objektif pertama tu dah completely ready awal lagi. Kalau perlu order certain special reagents tu, kena alert kat supplier awal – awal. Ni belum masuk nak dapatkan quotation barang mengikut spesifikasi yang kau nak, nak tunggu bab purchasing settle di pihak yang uruskan pembelian, nak tunggu barang sampai lagi. Memang boleh menduga kesabaran kalau salah time planning. Aku selalu buat macam ni – bila aku nak start buat labwork untuk 1st objectives, aku dah start survey keperluan barang untuk 2nd objectives. By the time kau (and SV) dah puas hati dengan data untuk 1st objectives, barang untuk 2nd objectives dah ready. 3 bulan yang aku maksudkan tadi tu, aku rasa dah cukup untuk kau repeat balik method yang kau run incase perlu repeat, troubleshoot yang mana boleh. Masuk part thesis writing pun sama. Kau bagi SV 1st draft of chapter 1, 1st draft chapter 2 kau dah kena ready anytime nak pass kat SV baca once dia bagi balik chapter 1 yang dia dah revised. Kalau boleh, kau kena ada realistic aim bila nak habis study tu so kau tak tersasar jauh nanti sebab tu time management sangat penting.

Sebut pasal SV. Kau kena cari SV yang tiptop dari semua aspek. Tak kira SV lelaki atau perempuan. Ada yang kata SV lelaki best sebab tak banyak songeh compared to SV perempuan. Nehhh! Tak semua SV perempuan tu banyak songeh and strict. Ada yang still boleh bawak berbincang kalau kau pandai ikut apa yang dia nak. Frankly speaking, aku rasa jantina SV tak memainkan apa – apa peranan pun dalam membantu kau habiskan research project kau. At the very beginning of your study, masa kau kena meet up your potential SV for the very first time, kau kena tanam dalam otak kau yang kau nak kena mengadap almost setiap hari dengan SV kau ni. Kalau dalam masa sejam dua pertama kau discuss dengan potential SV kau ni pun kau dah tak boleh tahan, tak boleh ngam, aku rasa better kau cari SV yang lain. Chemistry paling penting since 1st face to face meeting lagi. Sejujurnya, aku suka SV yang boleh dibawa berbincang ketengah kehulu kehilir, yang ambil berat pasal projek yang kau handle (read : occasionally, datang lab ambil tahu apa yang kau buat kat lab, apa masalah yang kau kena hadap masa tengah run labwork kau tu), yang jaga kebajikan kau (read : your family background, your financial problem, your love life), yang tahu jaga aib student dia di kalangan lecturer/researcher yang lain, yang boleh give and take. Bonus point untuk kau kalau kau dapat SV yang dah ada pengetahuan mendalam, nama dan dikenali dalam bidang yang kau berminat nak venture in. Bear in mind that both kau dan SV kau adalah human and human do make mistakes. But things boleh jadi simpler if anything boleh bawa berbincang tanpa melarikan diri kalau ada apa – apa masalah timbul. So, please jangan salah pilih SV.

Bila dah dapat SV yang bersesuaian, next kau kena make sure SV kau tu ada grant yang sufficient enough nak tampung research project kau dari awal kau start project sampai habis project kau. Zaman sekarang ni untuk dapat duit grant yang lumayan memang dah berlalu. Nak tak nak, apa yang kau perlu buat ialah know your method very well then use the consumable wisely. Jangan tetiba – eh tersalah kira la concentration chemical ni memang nak kena maki la dengan SV kau. Kalau chemical yang commonly used dikalangan research group lain boleh la kau nak bermuka tebal mintak pinjam guna or buat sistem barter, tapi ni dah kalau reagent dalam kit yang sememangnya just nice je supplier tu quote untuk kau run triplicate tak ke naya kau nak menangis dihujung bucu bench lab? Memang bercinta la nak order lain, nak menunggu tu pun satu hal. Kau dikira beruntung kalau grant yang SV kau dapat tu boleh menampung kau punya project for the whole years yang kau perlukan untuk habiskan kau punya research, be it master project or PhD project. Kau dikira lagi beruntung kalau dalam masa yang sama grant tu boleh bagi monthly allowance kat kau as staf penyelidikan yang handle those labwork yang related to the grant. Kau boleh dianggap kurang bertuah kalau grant yang sama tu kau kena kongsi dengan a few other postgrad students under the same SV, yang handle research totally different topic from what supposed to be achieved in that grant. Kalau topic yang related, aku kira still bearable. Sebabnya, every 6 months – 12 months, setiap grant kena submit progress report kepada yang supply duit grant tu, sebagai contoh kepada kementerian. Progress report tu of course nak kena synchronize dengan pengeluaran wang yang keluar. Dah kalau bukan kau sorang yang guna duit tu untuk projek tu mestilah problem timbul kemudian. Bab duit ni sometimes memang boleh bawa gaduh di kalangan research group tu sendiri. Nasihat ikhlas aku, benda boleh bawa berbincang macam ni, berbincang la secara sebaiknya. Masing – masing yang sambung belajar ni pun bijak pandai dah kan.

Next thing yang kau kena consider ialah kau kena make sure research yang kau nak buat tu ada fokus. This part penting untuk kau setkan from the beginning so that research kau tak terlampau meleret ke arah method yang tak perlu pun nak achieve that specified objectives dalam your study. Unless from 1st objectives to 2nd objectives, tetiba finding from 1st objectives tu quite questionable before proceed to next, nak tak nak out of no where kau nak kena add 1 more extra method to double confirm it, so it is quite reasonable to make a detour kejap. Tapi just make sure it is bersebab then its ok. Kalau saja – saja, memang kau ada banyak masa terluang or duit grant yang terlebih nak dibazirkan. Part ni sometimes idea yang tetiba datang dari SV kau pun ada juga wujud. If that, allow your SV to do so but you have to set the time limit for you to follow that new idea so that kau tak tersasar jauh dari your own timeline and flowchart metodologi yang sebenarnya (read : kebenaran).

Satu hal yang tak kurang penting bila kau pilih jalan research ialah kau kena jadi extra rajin. Rajin dalam semua segi. Labworks punya skill kena keep on polish. Day by day, technology berubah and jadi lagi maju. Banyak alat jadi lagi advanced. Dari guna technique yang takes time, why not try guna new techique yang boleh jimatkan masa kau. Jangan malu nak bertanya kepada yang senior dalam lab. Kau pun boleh belajar dari junior. Sini sangat penting kalau kau buat baik dengan semua orang tak kira siapa pun, be it staf lab bawahan sekalipun. Buat baik berpada – pada (read : bukan bodek or kipas), insyaAllah labworks kau pun boleh jadi smooth. If ada free time, attend je any of workshop or seminar or even as simplest talk yang fakulti kau organize. At least kau dapat ilmu baru, tak pun kau dapat refresh on certain technique yang kau dah biasa buat. Tak rugi pun attend benda – benda berilmiah macam ni. Sometimes, dapat sijil and makan free lagi at the end of event. Sama juga untuk skill on certain software or apps yang berguna untuk thesis writing. Contoh macam SPSS, Mendeley, Endnote and banyak lagi. Once kau boleh keep up dengan benda macam ni, kerja writing kau boleh jadi lagi cepat siap dari kau guna cara manual. Rajin membaca dan memahami jurnal pun patut kau buat as tabiat harian kau. Pendek kata, jangan jadi pemalas.

Bila dah masuk dunia research, stress dah jadi bestfriend kau. Menangis bucu bench lab dah jadi normal kalau eksperimen kena repeat run. Mereput dalam lab pada waktu malam or even weekend pun jadi rutin hidup kau. Tak sempat makan the whole day sebab too occupied dengan labworks pun dah jadi biasa. Time thesis writing pun memang menguji. Lupa save document yang kau edit the whole day pun rasa nak flip table kat library. Ni belum part orang luar yang tak paham pasal master by research tanya kau – ohoooi bila nak grad ni? Kenapa anak jiran makcik yang buat master dah lama grad yang kau ni tak grad – grad jugak ni dah kenapa? Lel. Kalau fikir balik part ni, memang part paling mencabar dan menduga keimanan sebenarnya. Kalau kau maki kat makcik tu pun tak guna, better kau terang elok – elok kat makcik tu so that orang luar faham apa sebenarnya buat research ni. Kalau boleh kau ajak makcik tu sambung belajar by research jugak. At least, kau tenang sikit dari stress nak menjawab soalan makcik tu. Senang cakap, life kau dah jadi macam lifeless. Kat sini, support system disekeliling kau – close family, siblings, good friends, labmates, SVs kena padu. Semua kena tahu mainkan peranan yang sepatutnya kalau kau tetiba datang kat diaorang meluah perasaan stress kau. They all should know when to say something nice : motivation words ke, kata – kata semangat ke, untuk kau jangan cepat putus asa. Diri kau sendiri pun patut tahu nak buat apa. If perlu take a break for a while, then go for a short vacation. Pergi terapi kat pantai ke, window shopping ke, massage kat spa ke, makan buffet ke you name it anything yang boleh release your stress, tapi please jangan lari dari masalah. Ingat, semua problem boleh dibawa bincang dan diselesaikan.

Dan yang paling penting, kau kena sentiasa ingat Allah tu ada untuk kau. Bila apa – apa jadi, kau kena dekatkan diri dengan Allah, tak kira benda positif atau negatif. Mintak la, bersyukur la, mengeluh la, menangis la, mohon la, doa la kat Allah biar perjalanan penyelidikan kau berjalan lancar seperti mana yang kau harapkan. Tak kira apa yang kau rancang, kau kena sentiasa ingat yang Allah akan tentukan. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Well, apa yang aku share kat atas ni semua berdasarkan pengalaman aku sendiri dan juga pemerhatian rakan – rakan di sekeliling aku. Maybe tak semua apa yang aku lalui ni budak postgrad research lain lalui. Selepas go through apa yang aku share ni, aku harap adik – adik yang nak further study lepas degree fikir sedalam – dalamnya sebelum buat keputusan nak sambung belajar lagi, especially dalam bidang research ni. Kalau yang jenis tak kuat mental, better kau pergi cari kerja. Kalau nak sambung jugak by research, tahniah, anda memang AWESOME!

Yang pasti, aku dah share seikhlas mungkin. Mohon jangan kecam aku.

– Tak GOT.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit