Assalamualaikum, Hello. Saya Lily, sudah berkahwin dengan lelaki yang selalu I doakan, harapkan, imipikan.
I berkahwin agak lewat, pada umur 33 (jika dibandingkan dengan rakan2 dan sedara2 saya yang lain) dengan seorang lelaki yang umurnya jarak dalam 10 tahun (duda takda anak).
Alhamdulillah bahagia sangat setakat ni, sebab husband seorang yang pandai memasak, pandai amik hati, boleh bergaul dengan family, and sangat memahami. Bersyukur sangat, parents dia pun terbuka hati nak terima saya sebagai menantu.
Abang, akak, mak saya pun approve husband I ni (sebab ex2 dulu susah diorang nak approve, hahaha! Mungkin juga sebab masa dia kena strok I selalu ada dengan dia, so mak dia suruh kahwin)
FYI, stroke is not a red flag ok. Penyakit boleh dikawal dah dijaga. Husband I dok cakap kalau perempuan lain mungkin dah chow, tapi bagi I strok ni boleh dikawal, so sekarang memang jaga makanan dan kesihatan, jangan lupa makan ubat, In Syaa Allah ok.
Sebelum saya jumpa dengan husband saya ni, saya pernah ada teman lelaki yang saya berkawan dah hampir 5 tahun.
5 tahun berkawan pun belum tentu you belum tau dark side dia. I tau dark side dia pun since kantoi dia kerja di sebuah sugarbaby company, kemudian dia dapat free access and dia mesej semua perempuan dekat situ.
Bila kantoi, dia kata bukan dia nak sangat, dia cuma try app tu je. Tapi sebenanrnya memang pun dia panggil orang datang rumah dia! Dah macam orang gila dah I masa tu.
Ex I ni pun tak pernah bawak I atau kawan2 dia jumpa family dia. Inilah yang red flag nya. Time tu jugakla baru tau dia ni ada Telegram, WeChat, MiChat, untuk cari perempuan urut ataupun servis yang mungkin RM100~RM200 sahaja.
Yang gila tu sampai kalau dia pegi toilet/ beli apa2 dekat pam minyak I memang rasa nak check phone dia. Sebab dah tau sekali, memang asyik nak check.
Tapi bila confront, dia akan cakap kita ni yang gila/ saja cari pasal. Sampai few time jugaklah I jumpa psychiatrist sebab macam betul ke aku ni yang gila/over. Turns out, actually dia gaslight I kaw kaw. Sampai I rasa salah I je semuanya.
Bila I dah tunang dengan husband I ni, tiba2 ada sugarbaby ni message I, memang tanpa rasa bersalah la. Dia cakap yang si ex I ni tak bayar dia. I dah macam.. So? also this sugarbaby takut if dia terpregnant sebab diorang tak pakai condom. I was like.. em?
So I bagi lah all the numbers yang dia ada (sebab dia kerja exec telco company) pun semua kena blok. Sebab dia kena blok, dia ajaklah I untuk teman dia, pegi rumah dia.
I cakap I tak boleh tolong you sampai macam tu. Atas nasihat tunang pada masa tu, I tolong dia dengan bagitau di kat mana rumah dia, dan dimana dia selalu park kereta dia and apa kereta dia.
Tapi si sugarbaby ni tak dapat jugak, dia takut. So dia cakap ada cara lain tak? I cakap mungkin kalau you berani you contact la mak dia, I ada instagram mak dia je.
So sampai situ jela perbualan dengan sugarbaby ni, 3/4 hari jugak dok reply keresahan dia ni. Tapi I relaks jela sebab tu bukan masalah I anymore, I tolong mana mampu je. haha kesian jugak, bagi servis lepas tu tak mintak duit masa tu. Confirmlah tak dapat.
Cuma tuhla, nasihat I to sugarbabies semua, memang you all dapat instant money, cepat, tapi you all mesti merana nanti. Kenapalah you all nak cari duit dengan cara tak berkat ni, banyak lagi kerja part time.
You all boleh buat grab, Lalamove ke, parcel delivery ke, pet sitter ke, buat cake ke, cari kat go get ke, kedai bunga ke?.
I memang geram dengan all sugarbabies ni dulu sampai rasa macam I nak jadi private investigator untuk the wifes yang ada instinct husband dia ada sugarbaby ni. Sebab sakit hati, kecewa, Allah je yang tau.
Masa I dengan ex tu, kurus jugakla. Berat hampir 40kg sebab tak lalu makan punya pasal. Nasib baik ada kucing2 yang selalu teman. Kalau 5 tahun bercinta pun, nampak red flag lari jela.
Also, nasib baik ada kawan2 yang baik, bila break up tu memang ada rasa sedih tapi flush je semua, sebab Allah dah selamatkan I. Sebab I sendiri yang doakan kalau dia bukan jodoh I, tolong jauhkan, jalau seseorang tu jodoh I, tolong pertemukan I dengan dia.
Also masa birthday I, my mum tanya nak hadiah apa, I mintak my mum doakan jumpa someone yang baik2, and all the details yang I nak lah. Haha sebab macam frustrated and kecewa dengan life sendiri.
Alhamdulillah bila dah recover, jumpa la husband I ni, and maybe sebab both family restu hubungan kami, segalanya berjalan dengan lancar.
– Lily (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Â https://iiumc.com/submit
pening baca english kau
Apa yg pening nye😂
Mcm bangang la dok ai ai..kau datin ke ape siakk..nk muntah baca