Suka Balik Kampung

Assalamualaikum, thanks admin kalau confession aku ni disiarkan. Aku cuma nak cerita pasal balik kampung.

Aku sekarang umur 24, dah kerja dekat kl, selalu kalau hujung minggu je aku mesti balik rumah aku jumpa mama dengan abah , adik-adik aku kat rumah tu. Betul lah cerita kakak confession “kosong tanpa mak ayah”tu, aku walaupun masih ada kedua ibu bapa lg (alhamdulillah) aku still rasa rindu dekat dorang walaupun hujung minggu aku balik je kampung aku tu.

Tapi cerita kakak tu betul, baru duduk kl ada setengahnya culture shock, mlm tak lekat kat rumah, hujung minggu wayang , jarang aku tgk balik kampung. Aku just fikir positive mungkin rumah dorang jauh kan. Tapi aku lain.

Selalu housemate rumah sewa aku tak tanya dah hujung minggu aku pergi mana, dorang dah tahu aku akan balik kampung, haha. Jadi segala plan nak wayang ke apa sekali sekala boleh aku takde hal pun nak keluar dengan kawan, tapi bukan selalu lah sebab aku prefer balik kampung lagi dari hbskan duit gaji aku hujung minggu mcm tu.

Aku suka masak. Jadi setiap minggu aku balik kampung je aku beli bahan-bahan nak masak. Macam-macam masakan aku masak. kebanyakannya menu yang aku belum pernah masak seumur hidup, aku tak pandai pun masak sebenarnya tapi aku suka memasak walaupun kadang tu tak jadi pun masakan aku tu, hahahahahhaah.

Mungkin aku lain dari remaja lain atau orang lain yang penuh dengan aktiviti masing-masing dengan kawan, dengan orang luar. Hujung minggu aku dengan keluarga aku je, lepas aku seharian memasak bagi adik adik keluarga makan, ada je sebenarnya aku bersosial dengan orang luar, aku keluar lah pergi pasar malam dengan pakwe, keluar makan dengan kawan lain , pergi karaoke ke kan, kahkahkah, bukan tak bersosial langsung. Tapi masa aku dengan keluarga aku utamakan dulu.

Nie nak habaq aku kerja kl faham-faham lah kan kos sara hidup tinggi, sewa bilik pun mencekik , minyak lagi tol lagi, gaji aku tak lah banyak mana tapi aku bersyukur, dengan kos sara hidup dekat kl yang tinggi termasuk harga makanan, aku mengaku kadang tengah bulan duit tinggal hidup segan mati tak mahu je lagi tapi alhamdulillah aku tak pulak rasa terbeban siap balik hujung minggu aku beli barang untuk masak dan cukup sampai hujung bulan tanpa minta duit kat parents sbb tk cukup duit smpai hujung bulan.

Dulu aku berkira jugak lah bab duit nie sekarang aku bantai je tak fikir dah takut duit tak cukup ke ape, kalau ada duit lebih sedekah kat org lain, belanja kawan ke, in sha allah kau tengah tak ada duit pun nti allah akan permudahkan urusan dengan macam-macam cara.

The happiest thing pada aku ialah balik kampung jumpa mak ayah, masak bagi adik adik makan, rezeki bila kita lebihkan keluarga nie lain. Bantu keluarga dulu bak kata org kan baru orang lain. Doakan urusan aku dipermudahkan eh sebab aku nak kahwin, hehe.

– cik bunga kampung

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit