Di sini saya hendak berkongsi suatu kisah yang mana seorang wanita datang mengadu bahawa suaminya sering bertindak kasar,
Ianya termasuk suka memarahi isterinya di hadapan khalayak ramai seperti pasar, kedai, dan lain-lain tempat yang ramai orang apatah lagilah di rumah.
Kadangkala terlintas di hatinya ingin meminta cerai dengan suami tetapi takut untuk meluahkan perasaan sedih ini atas alasan takut dipukul dan dicederakan.
Tambahan pula, sebelum ini suami suka naik tangan walaupun hanya kesalahan dianggap kecil bagi saya iaitu tersalah memasak lauk makanan tengah hari sahaja.
Selain itu, wanita tersebut pernah mengadu kepada ibu mentuanya tetapi ibu hanya menasihati supaya wanita ini sabar disebabkan suaminya memang dari sejak kecil lagi adalah seorang yang keras kepala termasuklah suka bersikap kasar dengan ibu bapanya.
Lama kelamaan wanita tersebut pun memikirkan sampai bila dia hendak bersabar jika hanya sebelah pihak sahaja yang selalu mengalah selama 5 tahun usia perkahwinan,
Sehingga sanggup berkorban diri dipukul dan dimarahi setiap masa tanpa melaporkan kelakuan buruk suaminya itu di balai polis, hospital dan mahkamah syariah.
Semakin lama sikap buruk suami itu semakin menjadi-jadi. Suatu hari wanita itu memberanikan diri untuk meminta cerai kepada suaminya secara baik. Ingatkan suami hendak berubah rupanya lagi teruk sehingga tidur pula di rumah orang lain berhari-hari, berminggu-minggu.
Balik ke rumah pun sekadar hanya melepaskan nafsu serakahnya sahaja. Wanita itu mengakui bahawa kasih sayang dan cinta terhadap suaminya semakin berkurang apabila melihat suaminya langsung tidak berubah sikap ke arah yang lebih baik.
Berkali cuba berbincang termasuklah mengajak suami ke pejabat agama, tetapi suami hanya mengatakan, “aku tiada masalah, kau sahaja yang ada masalah, jadi kau seorang saja pergi kaunseling!”.
Sejak dari perbualan wanita tersebut dengan suaminya tentang kaunseling, suami semakin angkuh tidak mahu menceraikan wanita itu dengan alasan “masih sayangkan anak”. Sayang anak sahaja??
Pernah sekali suami mengadu kepada ibunya bahawa isterinya curang dengannya sebab itulah dia bersikap dingin.
Wanita itu sangat terkejut apabila diberitahu oleh adik iparnya bahawa dia seorang isteri yang tidak taat sebab berlaku curang. Walhal keluar rumah pun tidak, apatah lagi hendak berlaku curang. Telefon pun kena kongsi dengan anak!
Wanita itu memberitahu bahawa nasiblah dia dikurniakan mentua yang tidak terburu-buru menuduhnya seorang yang derhaka.
Sampailah suatu masa dalam tahun ini juga ibu bapa suaminya mendesak suaminya untuk menceraikan wanita tersebut atas alasan tidak sanggup lagi melihat dan mendengar caci maki yang dilemparkan ke atas isterinya itu,
Dan mereka tidak mahu bersubahat dengan sikap buruk anaknya yang mana telah pun bersekedudukan dengan wanita lain.
Rupa-rupanya suaminya yang berlaku curang! Patutlah mentuanya tidak pernah menyalahi menantunya di dalam hal ini. Kini wanita tersebut di dalam proses perceraian. Waallahu’alam…
– Amalina Adam (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit