Hi Semua. Seperti tajuk diatas aku cuma nak share tentang encik suami aku, ya suka buat loan.
Straight to the point, kami masih tengah ke hujung 20an, dan kahwin hampir 5 tahun. Masalah ini aku dapat trace 1 tahun kahwin dan masuk tahun 5 kahwin. Tahun 2, 3, 4 aku rasa tak di uji sangat.
Back to story, suami aku kerja glc company. Senang sangat buat loan even loan dan cc dah banyak ya. Kalau bukan amount besar lepas amount kecil pun boleh lepas.
Buat apa dengan loan? Pertama sebab nak kahwin. Masa tu dia dah kerja company glc ni dalam setengah tahun, dan kami ada bincang nak kahwin. Aku tanya dia cukup tak duit, dia kata cukup sebab buat 2 kerja. So kahwin lah kami.
Terkantoinya loan pertama bila dia nak buat purchase ke apa, aku tengok di acc merah dia tu ada nama loan. Aku tanya dia mengaku loan nak kahwin 10k. Yang tu 5 tahun yer awak2 untuk settlekan.
10k tu untuk makan kenduri rumah dia, biasalah mak nya pulak kalau kenduri habis anak beranak pinak nak jemput, lembu wajib seekor. Habis yang pertama
Loan kedua pula, aeon credit. Yang ni aku tak pasti kenapa dia apply. Mungkin suka2 nak ada duit banyak dalam bank. Yang ni aku tak bising sangat. Sebab amount dalam 1k macamtu dan bulanan masih rendah.
Next bermula lah segala credit card pula. Tak silap aku dia pakai sampai habis limit. Cc kan 50hinggit je minimum bayar, so dia pakai lah.
Hidup aku dengan dia takada lah mewah, mostly barang keperluan aku beli sendiri sebab dia sediakan makan minum tempat tinggal dan kereta je (kereta kongsi).
Macam kehendak aku beli sendiri semuanya. Aku kalau sebut pasal komitmen dia endingnya selalu bergaduh. Tak selesai juga
Next, dia buat loan lagi. Tapi kali ni aku tak dapat detect sangat sebab dia dah pandai. Aku biasa detect kerja2 loan dia ni senang ja, check mesej otp / bank dekat message.
Selalu kan message jarang kita buka. So dekat situ lah aku tahu dia apply apa2. Hahahaa nak menipu buat kerja tak clean.
Mesti korang pelikkan kenapa dia selalu buat loan, nak tahu kenapa? Sebab dia main saham. Aku tak nafikan, masa dia untung dia selalu bawa kami anak beranak makan makan, jalan jalan. Tapi komitmen dia?
Makin rancak dia bersaham makin dia cuba2 apply loan lain sebab nak topup duit. Bonus tahunan dia kebanyakan guna untuk saham ni lah. Kami merasa lah juga sikit. Kurang dari 2k hahahaha.
Lepastu, sekarang dia dah rugi banyak dalam saham dan tarik handbreak. Dia ada mengadu sekarang pasal komitment dia, oh lupa nak bagitahu yang dia refinance semula loan dia jadi satu payment sahaja.
Kau tahu gaji dia tinggal berapa balance? 700. Loan tu pulak 10 tahun nak kena bayar. So lagi 8 tahun. Zaman sekarang 700 tu 2 minggu je.
Aamount loan tolak tu lagi besar dari balance gaji lepas tolak segalanya. Tapi aku cuba memahami lah nak buat macamana kan. Susah senang bersama gitu.
Aku sendiri pun tolong je bayarkan separuh2 dari bil rumah, taska anak tapi itulah dia akibat dari suka buat loan.
Dia tak pernah nak list segala jenis payment dia perlu keluar. Main terjah je, macam aku pulak dah set siap2 komitmen sebulan.
Aku nak pesan sini pada yang suka buat loan dan tak pandai manage kewangan, tolong lah jangan suka2 buat loan. Duit banyak memang suka.
Tapi end of day kau kena bayar juga hutang tu. Sudah sudahlah. Ukur baju di badan sendiri.
Doakan suami aku dpermudahkan rezeki untuk setel hutang loan dia.
– Lalaa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit