Assalamualaikum w.b.t. Terima kasih kepada admin sudi siarkan cerita saya..
Pengenalan ringkas: nama Budak Kampung (of course bukan daripada I/C), dibesarkan dalam keluarga besar terdiri daripada 14 orang adik beradik, ayah bekas guru dan mak suri rumah (kadang-kadang ambil upah menjahit & membuat kuih).
Mesti ramai terjojol biji mata tengok 14 adik beradik kan, itulah kebanggaan ayah di depan kawan-kawan, haha. Hampir setiap tahun mak bersalin, sampaikan nurse di Klinik Kesihatan pun kenal mak atas kesuburannya, hehe.
Terdetik untuk berkongsi cerita suka duka mempunyai adik beradik yang ramai ini..senang cerita, saya simpulkan melalui beberapa peristiwa pilihan seperti berikut:
1) Rezeki.
Alhamdulillah, walaupun ramai, tak pernah lagi merasa kebuluran.. mungkin itulah yang dinamakan rezeki anak-anak yang dijamin.. sejak kecil, kami memang dididik makan berjemaah.. tunggu ayah ada baru boleh makan.. kadang-kadang ayah balik lambat daripada masjid sebab ada ceramah, naik juling mata menahan lapar, haha.. Kalau ayah lambat sangat,mak akan asingkan makanan untuk kami semua, bagi kami makan dulu, mak pula setia menunggu ayah balik.
2) Baju dan Buku Warisan.
Hanya orang yg memiliki adik beradik ramai yg faham situasi ini.. untungnya abang & kakak yg atas, dapat merasa baju & buku baru.. adik-adik, taat dan patuh menggunakan barang ‘recycle’.. tidak dilupa,buku nota latihan pun kami warisi daripada abang kakak.. janji ada pemadam, kami padam balik semua tulisan, guna semula :) jangan tanya berapa pemadam yang silih berganti, sejam jugak nak padam satu buku.. gamaknya sebab ini la saya sado lain macam sekarang, haha.
3) Wang Saku Ke Sekolah.
Bawak duit ikut mak dan ayah bagi.. 20 sen ke, 30 sen ke, paling banyak 50 sen.. kat sekolah masa rehat tak beli apa-apa, simpan untuk menabung.. kami dah terbiasa menahan lapar sekejap, sebelum pergi sekolah memang dah makan kenyang-kenyang.. balik rumah terus terkam makanan, haha.
4) Hadiah Hari Jadi Mak.
Pernah satu ketika, kami berpakat guna duit tabung untuk beli hadiah kat mak.. Tong sikit seorang ikut duit yang ada.. Beli apa? Lain daripada yang lain: 1 pack besar susu tepung Dutch Lady.. Ni idea kakak, katanya untuk mak kuat, untuk mak gagah, banyak kerja mak nak buat untuk sara kami adik beradik..
Pernah juga suatu ketika, balik dari sekolah lalu kedai jual pau.. waktu tu sebiji 50 sen.. tapi bawak duit 20 sen sahaja, simpan duit datang balik lusa, duit dah jadi 60 sen.. beli sebiji utk mak inti kacang, bahagianya rasa bila tengok mak makan..
Setakat ini dulu buat waktu ini, nak cerita semua memang tak habis, huhu. Moralnya, syukuri apa yang ada, sedikit ke banyak ke, tak kisah.. itulah bahagian kita.
Alhamdulillah, kami sudah membesar dan bertebaran di bumi pinjaman ini dengan jayanya.. mostly menjadi pendidik anak bangsa.. The most important thing, jangan lupa diri, jangan lupa asal usul.. kerana semakin tinggi kita mendabik dada, semakin tinggilah jarak untuk kita jatuh..
Sekian, terima kasih.
– Budak Kampung
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit