Suka Duka Adik Beradik Ramai II

Untuk part I, (https://iiumc.com/suka-duka-adik-beradik-ramai/).

Assalamualaikum w.b.t. Terima kasih kepada admin kerana sudi siarkan cerita saya.

A lot of thanks juga kepada readers yang sudi membaca siri pertama cerita saya dan mendoakan yang baik-baik buat kami sekeluarga. Moga yang baik-baik juga kembali kepada kalian. Ameen.

Okay, Budak Kampung nak sambung cerita lagi since ada yang request :) Saya kongsikan lagi beberapa peristiwa suka duka kami adik beradik:

1- Mengaji al-Quran

kami beruntung sangat sebab mak ayah memang ajar mengaji di rumah dan terkenal juga di kampung. Hinggakan anak murid mencecah seratus orang pada suatu masa. Hujung minggu, memang penuh rumah kami dengan orang datang mengaji.

Alhamdulillah, kebanyakan kami khatam quran pada umur sekolah rendah. Bulan ramadhan, kami berlumba-lumba khatamkan quran. Inilah pendidikan rohani yang mencorakkan anak-anak.

2- Pengurusan

Adik beradik ramai, kudrat pun ramai. Jadi, kami memang diberikan tugasan harian oleh kakak yang atas. Tak lain tak bukan, untuk ringankan beban mak ayah. Ada yang bagi makan ayam itik, ada team membasuh & menjemur pakaian, ada yang angkat pakaian di ampaian, ada team melipat pakaian.

Paling syok dan menjadi rebutan, of course angkat pakaian di ampaian. Sampaikan berebut nak buat. Sebab malam tu tak payah lipat kain dah, tengok je yang lain buat sambil goyang kaki layan tv. Huhu, macam mana kalau skip tugasan? Awas, azab yang pedih menanti. Erk.

3- Hari Raya

Paling seronok. Time ni la nak tunjuk skill buat macam-macam biskut. Kami buat sekadar termampu. Da siap sama-sama susun biskut dalam balang. Rumah pulak dihias ala kadar sahaja, tak semestinya semua kena tukar baru, yang penting suasana keraian itu ada.

Baju raya? Mak yang jahit sendiri. Biasanya tempahan untuk baju raya berlambak,jadi mak dahulukan baju pelanggan dulu, nak dekat raya baru baju kami siap. Kadang-kadang,pagi raya tu baru siap. Kami beratur kat mesin jahit mak lepas mandi pagi raya. Memang mak bersengkang mata untuk siapkan. Itulah pengorbanan seorang ibu, sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya.

4- Hukuman

14 orang, ada 14 perangai. Time buat perangai,memang naik hantu jugak la mak ayah. Paling takut, dengan ayah sebab ayah bekas guru besar. Jadi, watak guru besar dan sifat ke’guru besar’an itu terbawa-bawa di rumah. Rotan ke, ranting pokok ke, kami da biasa kena. Sebab tu la jadi orang. Huhu.

Pernah sekali, lambat balik rumah selepas main bola di padang. Dekat maghrib baru sampai rumah. Memang tak keruan la sebab ayah dah menunggu dengan ranting pokok di tangan. Nak lari? Lagi teruk kena. Pasrah sahaja menerima hukuman. Selepas solat maghrib, sayup-sayup terdengar esak tangisan,itu biasa. Haha.

Buat pengetahuan para pembaca, inshaaAllah, saya bakal mengerjakan umrah buat kali pertama bersama mak pada januari 2019. Inilah impian saya dan doa saya setiap kali ramadhan, untuk bawa mak ayah ke mekah. Sayangnya, ayah pergi meninggalkan kami terlebih dahulu pada awal tahun ini. Doakan kami ye :)

Nasihat terakhir:

Jangan pernah berkira dengan mak ayah, sebagaimana mereka tidak pernah berkira dengan kita. Layan mereka sehabis baik, in sha allah syurga ganjaran kita semua.

Sekian sahaja daripada saya, terima kasih admin, terima kasih semua.

– Budak Kampung

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *